𝔅𝔞𝔟 22

1K 85 6
                                    

Aku masuk ke dalam bilik lalu badan dihempaskan di atas katil. Mulut melepaskan keluhan.

Perlahan-lahan aku cuba duduk di atas katil. Mata melilau memandang sekeliling bilik yang penuh bertampal gambar aku dan Is sebelum Is pindah.

Kotak itu pun sudah aku pindahkan ke atas meja. Bilik aku sentiasa kunci dan kuncinya aku pegang, so takde lah sesiapa boleh masuk without my permision. Gitew~

"Haih, bila lah Haura boleh jumpa Is?" soalku sendirian.

Tak guna aku tanya pun, takde siapa nak jawab. Kalau ada yang jawab tu, sah aku masuk bilik orang lain.

Aku pun bangun dan bersihkan diri. Usai solat Isya', aku baring di atas katil dan mata mula memberat. Akhirnya, aku tertidur.

•••

Kami diberi cuti selama seminggu. Aku meluangkan masa dirumah. Bukan buat apa sangat pun.

Tidur, makan, layan drama korea, makan lagi. Macam mana aku tak gemok?

Tapi, bosan juga kat rumah ni. Memang kau boleh rest, tapi buntu nak buat apa. Takde idea.

"Ika !" panggil Mama dari bawah.

"Ye, Ma ! Kejap !" laungku sedikit menjerit.

Aku bukan nak kurang ajar, eh? Kalau aku sahut slow, mana Mama nak dengar? Aku dekat tingkat 1, Mama dekat bawah.

Tengok, jeritan Mama pun boleh bergema satu rumah. Silap-silap, jiran 1km dari sini pun boleh dengar.

"Iye, Ma? Ada apa Mama panggil ni? Family meeting ?" soalku bertubi-tubi lalu melabuhkan punggung diantara Adrian dan Arian.

"Memang, Mama nak kahwin kan kamu," jawab Mama selamba.

Mataku terbuntang luas mendengar jawapan Mama.

"Eh Mama, Ika baru 17, eh? Mama jangan nak kahwin kan Ika, ini bukan novel tau, Ma," laju aku memotong percakapan Mama.

Mama dan Papa tergelak kecil.

"Bukan lah, Mama nak cakap benda lain," kata  Mama tenang.

Aku menghembuskan nafas lega.

"Ika ni ada boyfriend dah, Ma," kata Arian.

Aku mencubit lengan Arian membuatkan dia mengaduh kesakitan.

"Padan muka," bisikku tegas.

"Hah, Mama nak cakap apa?" potong Adrian yang malas mahu melayan kedua adiknya yang seperti budak-budak.

Padahal sorang 18 tahun, sorang 17 tahun. Tapi rasa macam dua-dua ni baru 3 tahun aje.

"Ni, kan yang majlis tu. Kawan lama Mama nak datang, dan dia minta tumpang tidur dekat sini seminggu. Dia, suami dia, dengan dua orang anak dia. Jadi, kamu tolong sediakan bilik 3," terang Mama.

Kami bertiga sekadar mengangguk faham.

"Anak dia lelaki ke perempuan?" soal Arian.

"Lelaki sorang, perempuan seorang. Abang dgn adik," jelas Mama.

Arian meng'o'kan mulutnya.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now