𝔅𝔞𝔟 34

1K 77 0
                                    

Pagi itu, aku tersedar pada pukul 6 pagi. Kaki aku lenguh akibat menampung kepala Naufal sepanjang malam.

"Abang, bangun..."

Naufal menggeliat kecil dan mencelikkan matanya persis kanak-kanak.

"Pukul berapa?" soalnya dengan suara serak basahnya.

"Pukul 6. Abang pergi mandi dulu, nanti kita solat Subuh," kataku.

Dia sekadar mengangguk perlahan dan berlalu ke bilik. Aku tau dia masih mengumpul nyawa untuk sedar.

Paha yang lenguh aku urut sedikit. Ditekan dan ditumbuk beberapa kali. Setelah rasa kurang lenguh, aku berdiri dan berjalan menuju ke bilik bersama bantal dan selimut untuk disusun di atas katil di dalam bilik.

Selesai Naufal mandi, aku pula masuk mandi. Kami solat Subuh berjemaah. Sejak menjadi suami isteri, aku dan Naufal selalu solat berjemaah.

"Sayang... tolong," Naufal menghulurkan tali leher miliknya.

"Eh, headprefect ni tak tahu pakai tie ke?" tali leher itu tetap aku ambil dan memakaikan untuknya.

Naufal tersenyum suka.

"Ala... nak manja dengan isteri je..." tangannya melingkar di pinggangku.

"Mengada," dadanya aku pukul manja.

Selesai bersiap, aku dan Naufal keluar rumah menuju ke arah kereta. Kami tidak bersarapan di rumah oleh kerana tidak sempat beli barang dapur.

•••

Aku melabuhkan punggung di tempatku di dalam kelas. Aku menjeling orang sebelah aku yang sibuk menepek bedak di mukanya dan memakai gincu.

Oh ya, sebelah aku ni Afra. Akif dah ditukarkan duduk di sebelah Yaya. Best lah tu dapat duduk sebelah Cik Tunang. Hah, Yaya dengan Akif dah bertunang tau. And bulan 1 tahun depan diorang akan kahwin.

Sedang asyik aku buat kerja, Afra menolak tangan aku membuatkan aku terconteng buku miliknya.

"Ika ! Buku aku !" rengeknya manja.

Satu kelas memandang ke arah aku dan Afra. Aku sekadar buat bodoh disitu.

"Ika !" dia menolak tanganku hingga pen di tanganku jatuh ke lantai.

"Apa?" soalku acuh tak acuh sambil menunduk mengambil pen yang jatuh.

"Kau tengok buku aku ni !" dia menunjukkan bukunya yang diconteng tadi.

Aku mengangkat sebelah kening dan kembali membuat kerja.

"Ika !" dia menconteng satu lagi buku.

Actually, dia conteng buku dia sendiri. Buku tu dia yang letak dekat meja aku tadi. Lepastu sendiri lupa. Padan muka kau😈

"Afra, Ika, apa yang bising-bising ni?" soal Naufal malas.

Dia sebenarnya malas mahu masuk campur pergaduhan isteri dan bekas kekasihnya itu. Namun dia tidak boleh tahan marah melihat isterinya dituduh melulu.

"Y-you..." dia berhenti menconteng buku itu.

"Kenapa?" soal Adam pula.

"Ni perempuan ni, conteng buku I. I conteng buku dia balik," jawab Afra ringkas.

"Kau ni Afra, macam budak-budak lah," sindir Rayyan.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now