𝔅𝔞𝔟 39

1K 79 4
                                    

"Baik, seperti yang kita sedia maklum harini. Kita akan ada pertukaran pelajar tapi hanya untuk beberapa bulan ini sahaja. Pelajar dari US akan berpindah ke sini, dan pelajar dari sini akan berpindah ke US," terang Cikgu Nora.

Ada pelajar yang bersorak dan ada juga yang mengeluh.

"Nama yang cikgu sebut ini, adalah pertukaran pelajar dan akan berpindah ke US," Cikgu Nora mengeluarkan sehelai kertas.

Kertas itu diperbetulkan sebelum Cikgu Nora mula membaca.

"Nik Akif Raykal, Yaya Najihah, Malaika Haura, Qayra Inara, Nurul Batrisya, Intan Endriana..."

Aku sudah teruja kerana aku bakal pergi ke US. Finally, dah lama aku nak pergi US.

"Jadi, nama yang disebut itu akan pergi ke US selama 5 bulan. Budak US akan pindah ke sini selama 5 bulan juga. Itu sahaja, sekian,"

•••

"Ika," panggil Akif.

"Hmm?" soalku sambil makan nasi ayam.

Makanan depan mata, mana nak kisah orang lain dah, kan? Lagipun, aku mengidam dari semalam weh.

"Kau boleh ke ikut? Suami kau bagi?" soal Akif.

Aku memandang Akif didepan.

"Dia tak kisah pun," jawabku.

"Habistu, mak ayah kau? Mak mentua, ayah mentua?" soal Akif lagi.

"Lagi lah tak kisah. Silap-silap diorang yang halau aku," jawabku selamba.

PAKK

Botol air mineral milik Qayra dibaling oleh Sya tepat mengenai kepalaku.

"Aduh ! Kau pahal?" soalku sambil menggosok kepala aku yang terkena botol tadi.

"Kau tu, mulut celupar sangat," bidas Sya.

Aku mencebik.

"Hmm, nanti anak kau pula macam mana? Kau tu dah berbadan dua. Kang balik bawa perut, apa pula diorang fikir," soal Yaya pula.

Qayra, Sya, Intan dan Akif mengangguk mengiyakan soalan Yaya.

"Entah," jawabku sepatah.

Mereka berlima memandang tajam ke arah aku.

"Halah-halah, biar lah," aku bangun dan bergerak menuju ke kelas.

"Ika ! Tunggu !"

•••

"Abang," panggilku.

Naufal memandangku sekilas lalu pandangannya dialihkan kepada phone kembali.

"Abang, saya boleh pergi US, kan?" soalku ragu-ragu.

"Boleh, aku izinkan," jawab Naufal dingin.

Aku menghela nafas lega.

"Senang lah kau nak menggatal kat sana, kan?" soal Naufal serkap jarang.

Aku hanya membatukan diri. Angguk tidak, gelemg tidak.

"Betul, kan?" Naufal memandangku dengan pandangan menyampah.

Aku tidak membalas soalannya malah terus masuk ke dalam bilik untuk mengemas baju.

'Agak-agak, bila benda ni nak selesai? Macam mana kalau aku balik, Naufal dah kahwin dengan Afra? Ishh, positif Ika' desis hatiku.

•••

"Ika pergi dulu," kataku dengan perlahan.

Walaupun mereka berkasar terhadapku, aku tidak mahu menjadi anak derhaka.

Tangan Papa, Mama, Ibu, Abah, twin dan Naufal aku salam.

"Tak payah balik terus pun takpe," gumam Mama perlahan namun didengari olehku.

'Orang tak balik betul-betul kang' desis hatiku.

"Take care, assalamualaikum," pamitku.

Aku sekadar menaiki grab untuk ke airport.

'Kalau lah tak jadi macam ni, mesti Naufal yang akan hantar aku. Mesti dia yang beria-ria nangis sebab takut rindukan aku. Pastu nanti, hari-hari tanya khabar, tiap malam nak video call. Hmm, andai semua itu yang berlaku sekarang' desis hatiku.

Air mata yang mengalir pantas ku seka. Muka ditepek sekali lagi dengan bedak untuk menutup sembap mata.

'Ya Allah, harap semuanya berjalan dengan lancar. Kau panjangkan lah jodoh aku dan Naufal sehingga ke syurga-Mu, Ya Allah. Aaminn, aaminn, ya rabbal alaminn...'

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now