𝔅𝔞𝔟 46

1.2K 80 0
                                    

"Perhatian kepada para pelajar, sila bersedia di luar dewan untuk peperiksaan sebentar lagi," ucap Cikgu Lin, Penyelaras Tingkatan 5.

Peperiksaan? Ye, harini. Harini peperiksaan yang bakal menentukan haluan hidup pelajar sekaligus menamatkan zaman persekolahan.

Ye awak, SPM.

"Sayang okay ke ni?" soal Naufal meminta kepastian.

"Okay je lah. Takde apa nak dirisaukan," jawabku lalu memeluk lengan Naufal.

"Macam mana tak risau dengan isteri kesayangan saya ni? Hmm?" hujung hidungku dicuit.

"Tapi nanti rindu abang..." rengekku.

Naufal mengucup pipi dan dahiku.

"Sekejap je, okay ?" soal Naufal.

Tahu sangat dia dengan perangai isterinya itu sekarang. Sejak mengandung, dia menjadi semakin manja. Kalau boleh, tak nak berenggang dengan suaminya.

"Ermm, belanja ais krim. Boleh, kan? Kan? Boleh lah, eh?" rayuku sambil membuat puppy eyes.

Naufal berfikir sejenak. Iye, itu lah isterinya. Kalau boleh setiap hari dia nak minta ais krim. Tak dapat ais krim, menangis lah dia. Naufal pula, tak boleh tengok isterinya menangis.

"Boleh, kan?" bibirku tersebik-sebik menahan tangisan.

'Ah sudah, dah mula dah dia' desis hati Naufal.

"Okay, okay, nanti kita beli ais krim, eh? Takmo lah nangis," pujuk Naufal.

Mataku sudah bersinar-sinar mendengar jawapan Naufal.

"Yeay ! Thank you, abang ! Sayang abang ketat-ketat !" aku memeluk Naufal erat.

Naufal pula membalas pelukanku.

"Tapi nanti exam buat elok-elok tau. Jangan stress sangat dan jangan bazir masa. Jaga diri and jaga baby," nasihat Naufal dan menghadiahkan ciuman di dahiku lama.

"Okay ! Janji tau nak belikan ais krim. Kalau tak, baby merajuk dengan Abi," ujarku mewakili baby di dalam kandungan.

Naufal tersenyum suka.

"Iye, Abi janji Abi belikan ais krim nanti, okay baby ?" tangannya mengusap lembut perut aku.

Aku mengangguk dan tersengih.

"Do your best, don't give up," sempat aku berpesan dan mengucup sekilas bibir Naufal.

Naufal tersenyum nakal dan mengangguk.

"Sayang abang !" lengan Naufal ku peluk erat.

"Sayang sayang !" balas Naufal pula.

Seketika kemudian, semua pelajar SPM dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan. Saling mengucapkan kata-kata semangat dan kata maaf antara satu sama lain sebelum masuk ke dalam dewan.

•••

"Alhamdulillah, habis dah SPM !" jerit Rayyan.

"Wohoo, dah habis !" Fahmi juga tidak ketinggalan.

"Lepas ni aku nak qada' tidur !" ucap Adam.

Mereka ketawa sakan mendengar kata-kata Adam.

Aku dan Naufal baru sahaja tiba melihat Fahmi, Rayyan, Adam, Akif dan geng Cutie Pie sedang tertawa.

"Yow, pasangan pengantin lama kita. Dekat sekolah pun nak berasmaradana eh," perli Qayra.

"Biar ah suami kite," kataku lalu memeluk lengan Naufal erat.

Mereka menggeleng sahaja melihat telatah ibu mengandung itu.

"So, korang nak pergi mana?" soal Intan.

"Balik," jawab Adam, Rayyan dan Fahmi serentak.

Mereka mengangguk tanda faham.

"Beli ais krim ! Jom beli ais krim !" ujarku teruja sambil menarik-narik baju Naufal.

Mereka memandang ke arah aku dengan pandangan pelik.

"Like seriously ?" soal Sya tidak percaya.

Aku mengangguk laju.

"Jom lah... jom..." rengekku dengan air mata bergenang di tubir mata.

"Erkk-" mereka kehilangan kata-kata.

Air mata aku sudah hampir tumpah di pipi.

"Eh, eh, okay sayang. Kita pergi beli ais krim sekarang ye," ujar Naufal kalut.

Serta-merta mood aku berubah gembira.

"Yeay ! Jom !" ajakku.

Aku berjalan dahulu ke arah kereta Audi milik Naufal.

"Ermm, tabah bro," bahu Naufal ditepuk beberapa kali oleh Akif.

"Sabar je lah mak buyung seorang tu," Yaya menggelengkan kepalanya.

Naufal mengukir senyuman tabah.

"Aku gerak dulu lah, apa-apa roger," pamit Naufal sebelum bersalaman antara lelaki.

"Okay, dah pergi. Kesian bini kau tunggu tu," ujar Adam.

Naufal memberi salam lalu beredar ke arah keretanya.

Dari jauh terlihat Ika yang sedang berdiri ditepi pintu kereta dengan muka cemberutnya.

Sebenarnya, dia bukan tak nak bagi Ika makan ais krim. Bukan sebab ais krim tu mahal ke apa, tak pun. Dia cuma risau apa-apa jadi dekat Ika dengan anak dia.

Tapi apa dia boleh buat? Dia tak sanggup tengok Ika menangis. Dah lah dia buat Ika sedih 5 bulan lamanya, itu cukup terseksa buat Ika.

"Jom, sayang,"

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now