𝔅𝔞𝔟 32

1K 85 7
                                    

Pagi itu, aku bangun pada jam 5 pagi. Dilihat Naufal tidur disebelahku. Aku mengalihkan tangannya dari pinggangku dan terus meluru masuk ke bilik air.

Selesai mandi, aku mengejutkan Naufal untuk solat Subuh berjemaah.

Pagi ini, kami terpaksa pergi ke sekolah. Dalam sekolah, cuma guru-guru, Fahmi, Adam dan Rayyan sahaja yang tahu aku telah berkahwin dengan Naufal.

"Awak, bangun..."

Dia tidak bergerak.

"Awak, bangun... mandi, then solat Subuh berjemaah," aku menggoncangkan lengannya.

"Hmm," dia membelakangi aku.

Haih, ni mesti penat. Yelah, semalam dari pagi sampai ke malam dia tolong orang. Malam tadi pun 'kerja' juga.

"Awak... bangun..." kejutku lagi.

Perlahan-lahan Naufal menggeliat kecil dan mencelikkan matanya melihat aku.

"Bangun, mandi then solat Subuh berjemaah," pesanku lalu berdiri.

Tidak sempat aku berjalan, tanganku ditarik membuatkan aku terjatuh di atas katil.

"Thanks for last night, sayang..." dia melabuhkan ciuman di dahiku.

Muka aku berona merah apabila teringatkan kejadian malam tadi.

'Comelnya dia bila blushing' desis hati Naufal.

"Hmm, dah bangun. Nanti lambat kita solat Subuh," ujarku menutup malu.

Aku mencapai tuala lalu diberikan padanya. Sempat bibirku dicium sekilas sebelum berlari masuk ke bilik air.

"Naufal Iskandar !"

Aku terdengar dia ketawa di dalam bilik air. Seronok gelakkan aku ye, shuben !

•••

"Mama, Papa, kitorang pergi dulu," pamitku lalu menyalami tangan Mama dan Papa.

Naufal turut menyalami Mama dan Papa. Kami bergerak ke kereta Ferarri milik Naufal sebelum kereta itu meluncur di atas jalan raya.

Sampai di sekolah, aku menyalami tangan Naufal dan dia mengucup dahiku.

"Belajar elok-elok eh, jangan nak menggatal dengan lelaki lain," sempat aku diberi amaran oleh Naufal.

"Yeah, you too, ABANG..." kataku dengan sengaja menekankan perkataan 'abang'.

Naufal tersenyum lebar.

Aku keluar dari kereta milik Naufal. Maka, semua orang menjeling, mengumpat dan bermacam lagi.

Aku menghiraukan mereka yang memandnagku dengan pandangan tidak puas hati.

Hidup aku, aku punya hal ah !

•••

Cikgu Nora masuk bersama seorang murid perempuan. Perempuan itu tersenyum gedik memandang ke arah Naufal. Ah, pahal pula pandang laki aku macam tu?

Perempuan itu memakai dress hitam putih separas paha. Rambut karat diikat gaya messy bun. Mekap 40 inci tebal di muka. Bibir dimerahkan sehingga terlalu merah.

"Baik kelas, harini, Afra akan pindah balik ke sini," terang Cikgu Nora tenang.

Muka pelajar kelas 5SC 1 serta merta berubah tegang.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now