𝔅𝔞𝔟 47

1.4K 84 4
                                    

Selang 3 minggu selepas SPM, Division Highschool menganjurkan majlis perpisahan kepada seluruh Tingkatan 5.

Kandungan aku pula sudah sarat dan tunggu masa je nak bersalin. Kalau ikut due date, minggu depan lagi 5 hari.

Selesai membelek pemakaianku, aku keluar mencari Naufal. Mana pula pergi laki aku ni? Tadi kata nak panaskan enjin kereta je.

"Hah !" sergah seseorang.

"Opocot mak aku anak tiga !" latahku akibat terkejut.

Naufal berdekah ketawa mendengar isterinya yang sememangnya kuat melatah apabila terkejut itu.

"Ishh, jahat lah dia ni," bahu Naufal ku pukul manja.

"Okay, okay, sorry sayang. Dah jom, nanti lambat pula sampai," ajak Naufal.

Naufal memimpin aku masuk ke dalam kereta. Dia pula duduk di bahagian pemandu. Kereta Audi milik Naufal meluncur di atas lebuh raya yang agak lengang menuju ke Division Highschool.

•••

"Ika !" tegur Yaya, Qayra, Sya dan Intan serentak.

Kami berpelukan antara satu sama lain.

"Ishh dia ni, dah tau sarat, nak juga pergi," lengan aku dipukul lembut oleh Yaya.

"Ala... ini last time jumpa, kan? Lepas ni, semua dah busy ikut haluan masing-masing," aku mencebik.

"Yelah. Kalau kau lawan dengan mak buyung ni, sampai ke sudah tak habis," bantah Qayra sebelum berlakunya perang dunia ke-3

Kami berjalan masuk ke dalam dewan manakala si jejaka-jejaka sudah menunggu di dalam dewan.

Maklum lah, para jejaka semuanya ada pangkat besar, kan. Itu yang nak urus sana, urus sini. Main tinggal aje kami para anak dara ini.

Eh, aku anak dara ke?

Ok abaikan-

•••

Kami berpamitan sebelum pulang ke kediaman masing-masing.

"Hmm, jumpa lagi mak buyung oi," perli Sya.

"Yelah yelah," balasku pasrah.

Mengaku je lah kau bukan anak dara lagi, nak jadi mak orang dah pun :)

"Kitorang gerak dulu, assalamualaikum," pamit Naufal.

"Waalaikummussalam,"

Aku dan Naufal berjalan ke kereta Audi miliknya. Tanganku berpaut pada lengan Naufal manakala tangannya melingkar di pinggangku.

Sedang aku berjalan bersama Naufal ke car park, perutku tiba-tiba memulas. Rasa sakit teramat sangat di perut.

Ya Allah, anak Umi ni main bola sepak ke sayang dalam ni? Selalunya dia menendang dan sakitnya biasa sahaja. Tapi kali ini, sakitnya luar biasa.

Dan aku terasa bukaan bahagian bawah semakin luas. Bayi ini seperti menolak-nolak dirinya untuk keluar. Aku sudah tidak dapat tahan lagi.

Langkah ku terhenti. Nafasku semakin tidak teratur menahan sakit. Lengan Naufal ku cengkam kuat membuatkan Naufal menoleh ke arahku.

"Sayang? Sayang kenapa ni? Okay tak?" soal Naufal apabila melihat isterinya ini berkerut-kerut mukanya.

"Auchh ! Aduh ! Abang... perut sayang... sakit sangat..." rintihku.

Mata Naufal tertancap pada bahagian bawah jubah mengandung yang dipakai isterinya telah habis basah. Membuntang matanya melihat air ketuban isterinya pecah.

"Ya Allah, sayang ! Sayang nak bersalin dah ni !" kalut Naufal.

Tidak menunggu lama, Naufal mencepung tubuh isterinya lalu dibawa masuk ke kereta. Enjin dihidupkan sebelum kereta itu dipandu laju ke hospital.

"Abang... sakit..."

"Tahan sikit sayang, ye,"

•••

Aku dimasukkan ke labour room untuk bersalin. Naufal disebelah cuma memberi kekuatan kepada isterinya.

"Sayang kuat ye," tangan aku digenggam erat.

Aku mengangguk perlahan.

"Baik puan. Saya kata push, puan push ye. Okay puan, push," kata Doktor Amira.

Aku meneran sambil menggenggam tangan Naufal kuat.

"Dah nampak kepala dah, puan. Push lagi," kata Doktor Amira lagi.

"Arghhhhhhhhhh !" aku meneran kuat sehingga terasa sesuatu keluar dibahagian bawahku.

"Alhamdulillah, normal," bayi pertama diserahkan kepada nurse.

Selang beberapa minit, perutku berasa sakit semula. Naufal kesian melihat isterinya yang sedang menahan kesakitan melahirkan. Begini rupanya pengorbanan seorang ibu.

"Okay, pun. Bersedia untuk push anak kedua. Satu... dua...tiga... push," kata Doktor Amira.

Aku meneran untuk anak kedua. Jeritan memenuhi segenap ruangan itu.

"Baik, sikit lagi, puan. Push !" arah Doktor Amira.

"Arghhhhhhhhhhh !" ada lagi benda yang meluncur dibahagian bawahku.

"Alhamdulillah, normal," bayi kedua diserahkan kepada nurse lain pula.

Selang beberapa minit, aku berasa sakit kembali dibahagian perut. Naufal tergamam melihat isterinya masih berkerut-kerut mukanya walhal sudah melahirkan.

"Okay, puan. Push untuk anak yang terakhir. Satu... dua... tiga... push !" arah Doktor Amira.

Naufal tersentak. Tiga? Anaknya kembar tiga?

Aku meneran lagi untuk anak yang ketiga. Sungguh aku rasa tak berdaya sekarang.

"Encik, pesan dekat isteri encik jangan tutup mata lagi. Kalau tak, bayi boleh lemas," pesan Doktor Amira apabila melihat pesakitnya seperti tidak berdaya.

Naufal menggenggam erat dan mengucup beberapa kali tanganku.

"Sayang, sayang kuat ye. Ini anak terakhir, kan? Sayang kuat tau," nasihat Naufal.

Aku sedaya upaya bertahan demi anak terakhirku untuk lahir ke dunia.

"Baik puan, sikit lagi. Push !" kata Doktor Amira.

"Arghhhhhhhhhh !" aku meneran kuat untuk kali yang ketiga.

"Alhamdulillah, normal," bayi ketiga diserahkan kepada nurse lain lagi.

Aku tersenyum lemah memandang Naufal.

"Alhamdulillah, sayang dah buat yang terbaik untuk anak kita. Terima kasih sayang," dahiku dikucup lama.

Aku mengangguk perlahan sebelum menutup mata akibat terlampau penat dan tidak berdaya.

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now