𝔅𝔞𝔟 33

1K 75 10
                                    

Aku berjalan bersama 4 CEO menuju ke car park. Kami berbual kosong sambil berjalan.

Tiba-tiba, seseorang menghalang jalan kami. Dia berdiri di tengah jalan. Tangannya didepakan bagi menghalang kami pergi. Dia merenung tajam ke arahku.

"Perempuan ni lagi," gumam Rayyan perlahan.

Aku memandangnya dan membuat roll eyes. Bibir dicebik.

"You !" dia melepaskan pegangan tangan antara aku dan Naufal.

"Kau nak apa lagi hah, pompuan?" soal Naufal tidak puas hati.

"Babe, I menyesal sangat tinggalkan you dulu. Please baby, kita macam dulu balik," rayunya sambil mencuba memegang lengan Naufal namun ditepis kasar.

Aku mengukir senyuman sinis.

"Babe, terima I balik please ?" dia membuat muka simpati.

Aku memegang tangannya yang dari tadi tidak berhenti cuba mencapai lengan Naufal.

"Biar aku jawabkan. And the answer is... terima," jawabku selamba.

Mata 4 CEO terbuntang luas manakala Afra tersenyum gembira.

"What?!!" jerit 4 CEO serentak.

"Seriously ?" mata Afra bersinar.

"Terima kasih, sila cuba lagi," aku tersenyum perli.

Lengan Naufal ditarik olehku menuju ke car park. Adam, Fahmi dan Rayyan turut membuka langkah mengejar kami berdua.

•••

"Sayang..."

"Hmm," jawabku acuh tak acuh.

Sumpah harini mood aku terus off lepas jumpa betina tu waktu rehat dengan waktu balik. Takde selera nak makan, menyampah betul aku dengan betina tu.

"Kenapa diam ni? Hmm?" Naufal melabuhkan punggung di sebelahku lalu aku ditarik ke dalam dakapannya.

Aku sekadar meggeleng perlahan.

"I know you well, Malaika Haura," kata lembut namun terselit ketegasan.

"Takde mood lah, ni semua perempuan tu punya pasal," jujurku.

Kepalaku dibelai lembut lalu dikucup penuh kasih sayang.

"Dah lah, tak payah fikir pasal dia lagi," nasihat Naufal lembut.

Aku mendongak ke atas memandang wajahnya. Dia turut memandang aku. Hidungnya ku cium sekilas.

"Ala... nak sini juga..." Naufal menunjuk ke arah bibirnya.

"Gatal," dadanya aku pukul manja.

"Gatal dengan isteri sendiri je," hidungku dicuit.

•••

Seorang perempuan berpakaian menjolok mata duduk di club. Dia tidak meminum minuman keras, cuma menikmati muzik bagi menghilangkan stress.

"Hey pretty lady," tegur seorang lelaki.

"Hey handsome,"

4 PRINCES [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora