𝔅𝔞𝔟 29

1.1K 83 3
                                    

Aku tersedar pada pukul 5 pagi. Segera aku membersihkan diri. Kemudian, aku memakai baju. Sementara menunggu Subuh, aku mengambil keputusan untuk membaca Al-Quran.

Usai solat, aku melipat sejadah dan telekung. Aku turun ke bawah untuk membuat sarapan. Aku memasak nasi goreng dan air teh susu.

"Amboi Ika, awal bangun. Ada apa-apa ke ni?" soal Mama yang baru datang.

"Haura tak sabar nak jadi menantu Ibu lah tu," perli Ibu.

Terbuntang mata aku mendengar kata-kata Ibu. Aku memandang Ibu. Naufal turut berada di belakang Ibu.

"Apa Ibu ni," jawabku lalu sambung memasak.

Mama dan Ibu tergelak kecil manakala Naufal menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Ting Tong, Ting Tong~

Aku menuju ke arah pintu lalu dibuka. Terpacul wajah 3 orang kawan aku semasa di Sabah dulu. Trisyia, Piqah dan Zati.

"Ika, siapa tu?" soal Mama.

"Ini kawan Ika, Trisyia, Piqah dengan Zati," jawabku.

"Kawan?" soal Ibu.

"Yeah, masa sekolah rendah dengan sekolah menengah dulu," aku melabuhkan punggung di sebelah Trisyia.

Ibu dan Mama turut serta.

"Ika takde kawan lelaki?" soal Papa yang baru tiba.

Belum sempat aku bercakap, Trisyia menyampuk. Mulut becok betul Trisyia ni.

"Dulu kat sekolah, dia ramai ja peminat. Tapi satu lelaki pun dia tak layan. Kononnya malas lah, apa lah," jawab Trisyia selamba.

"Hmm, faham," Ibu dan Mama tersenyum penuh makna.

Ah sudah, confirm aku jadi bahan usikan lagi ni.

"Ika nak pergi dapur kejap," pamitku.

4 CEO, twin, Papa dan Abah duduk di dapur menjamu selera. Yang perempuan pula duduk di ruang tamu.

"Ika, siapa datang?" soal Papa.

"Kawan-kawan Ika, dari Sabah," balasku sambil membancuh air teh untuk tetamu.

"Ika ada kawan?" soal Abah.

Aku memandang Abah lalu mengangkat sebelah kening.

"Ada lah," jawabku ringkas.

"Cantik ke kawan kau tu?" soal Fahmi.

Aku menatang dulang tersebut.

"Cewek Sabah, nda pernah bida. Rugi nda bikin cewek sendiri," balasku lalu berjalan ke ruang tamu.

Fahmi sudah tersenyum penuh makna.

Papa dan Abah menggelengkan kepala melihat telatah Ika itu. Sempat memuji diri sendiri.

Selesai bersarapan, Abah dan Papa berangkat ke ofis. Well, CEO kan, busy je.

Mama dan Ibu pula bergerak ke dapur.

Aku duduk di ruang tamu bersama kawan-kawan aku sambil berbual.

4 CEO yang baru sampai terpaku melihat kecantikan Trisyia, Piqah dan Zati. Mereka tiba-tiba menjadi patung.

"Mama ! Ibu ! Ada orang buat benda tak senonoh ! Dia berzina !" laungku di dapur.

"Hah, siapa berzina? Nak kena ni," Mama dan Ibu sudah mencapai senduk.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now