𝔅𝔞𝔟 24

1K 86 0
                                    

Hari ini, genap sebulan Ika koma. Mereka semua berharap Ika akan bangun pada hari ini.

Tangan Ika digenggam erat oleh Adrian. Mama, Papa dan Arian sekadar merenung tubuh kaku itu. 4 CEO pula duduk di sofa yang sedikit jauh dari katil.

Tiba-tiba, air mata Ika jatuh setitik. Tubuhnya menggeletar. Jarinya bergerak-gerak sedikit.

"I-Ika?"

Mereka segera memanggil doktor untuk merawat Ika. Harap semuanya baik-baik sahaja.

Klekk

Pintu dibuka lalu doktor perempuan itu keluar dari wad Ika dengan senyuman melebar.

"Doktor, macam mana adik saya?" soal Adrian cemas.

"Alhamdulillah, keadaan Cik Malaika dah kembali stabil. Berkat dari doa semua, dia telah pun sedar dari koma. Cik Malaika akan dipindahkan ke wad biasa," terang doktor itu berserta senyuman.

Masing-masing tidak henti mengucapkan kata syukur.

Pintu bilik dibuka lalu masing-masing memboloskan diri ke dalam bilik.

"Ika !" Adrian memeluk aku.

Aku menepuk-nepuk lengan Adrian supaya melepaskan pelukannya.

"A-air..." pintaku.

Air dituangkan oleh Arian lalu disua kepadaku. Aku meneguknya dan mengembalikan cawan kepada Arian.

"Syukur Ika dah sedar," Mama mencium dahi aku.

Adrian dan Arian turut melabuhkan ciuman di pipi kiri dan kanan aku. Papa, Mama, Adrian dan Arian aku peluk erat.

"Berapa lama Ika kat sini?" soalan pertama yang terpacul keluar dari mulutku.

"Harini dah genap sebulan," jawab Mama sayu.

Aku memandang ke kanan dan terlihat 4 CEO. Senyuman dihadiahkan kepada mereka meskipun hanya senyuman lemah yang terbit di bibir.

"Ermm... selalu, ada orang datang tengok Ika. Dia kata, dia minta maaf sebab dah tolak Ika. Siapa dia?" soalku blur.

Mereka memandang antara satu sama lain sebelum mengeluh kecil.

"Takde siapa, sayang. Tak perlu ingat pun," Mama mengusap kepalaku yang dibaluti tudung sarung.

When it hurts but it hurts so good~
Do you take it~
Do you break it off~
When it hurts~

Phone aku di atas meja dicapai lalu terpapar nama 'Opah Haura🥰'. Kening dinaikkan tanda pelik. Punat hijau digesek tanda menjawab panggilan.

Helo?

Helo, cik ni, cucu kepada Puan Katisha ke?

Ye, saya
Ada apa ye?

Sebenarnya, kami dari pihak hospital
Kami ingin memaklumkan yang Puan Katisha baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi kerana serangan jantung

BOOM !

Bagai ada jarum yang menusuk dalam-dalam jantungku. Air mata gugur berjuraian. Esak tangisku menimbulkan tanda tanya kepada semua orang.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now