Ending !

2K 107 13
                                    

"Umi !" panggil seorang budak perempuan berumur 5 tahun itu sambil berlari terkedek-kedek ke arahku.

"Iye, sayang? Kenapa ni? Umi nak masak ni," soalku.

Naura menarik-narik baju aku.

"Umi, abang dengan adik gaduh," adu Naura.

Aku menggelengkan kepala mendengar aduan Naura. Budak-budak tu, memang asyik gaduh aje. Tak lain tak bukan pasal mainan.

Aku segera memimpin Naura lalu menuju ke belakang rumah. Terlihat dua orang budak lelaki berumur 5 tahun sedang berebut sesama sendiri.

"Abang, bagi balik. Ini adik punya," kata Naqib sambil cuba menarik mainan ditangan abangnya.

"Ishh, ini abang punya. Adik lah yang bagi," ujar Naqil sambil menarik kembali mainan itu.

"Abang, bagi lah.." rengek adik.

"Adik lah bagi..." ujar abang tidak mahu mengalah.

Maka, mereka pun bergaduh dengan menarik-narik mainan ditangan sambil mulut tidak henti-henti berlawan kata.

"Sudah !"

Suasana menjadi sepi seketika. Kedua mereka memandang ke arah Umi nya yang sudah bertukar menjadi singa.

"Kenapa nak gaduh ni? Pasal mainan pun nak gaduh? Umi dah beli banyak mainan untuk korang, kan? Takkan nak berebut lagi?" habis lah mereka jika Umi nya sudah mula membebel.

"Abang, Umi suruh abang jaga kakak dengan adik. Kenapa abang berebut mainan dengan adik, pula? Ini kakak ni. Umi nak masak, kejap lagi Abi nak balik. Kalau Umi masak lambat, lambat lah korang makan," bebelku lagi.

Naqil, Naura dan Naqib hanya mampu menadah telinga mendengar bebelan Umi nya.

"Assalamualaikum !"

Belum sempat aku membebel lagi, seseorang telah memberi salam dan meluru ke arah anak-anakku.

"Abi !" serentak kembar tiga itu memeluk Naufal.

"Kenapa ni? Dari luar Abi dah dengar Umi membebel?" tanya Naufal kepada anak-anaknya.

"Abi, Umi membebel sebab abang dengan adik bergaduh pasal mainan," adu Naura kepada Abi nya.

"Lah, kenapa? Kan banyak mainan Abi beli tu?" soal Naufal kepada kedua anak terunanya itu.

Naqil dan Naqib terdiam. Mereka pun tidak tahu mengapa mereka bergaduh hanya kerana mainan sahaja.

"Dah, jangan gaduh lagi," Naufal menggosok kepala anak-anaknya.

Aku hanya berdiri disebelah Naufal.

"Hmm, yelah. Umi, kitorang minta maaf sebab kacau Umi," kata Naqil sambil menunduk.

"Adik pun minta maaf," kata Naqib pula.

Aku memandang pula anak perempuanku yang hanya memandang abang dan adiknya itu.

"Yelah, Umi maafkan. Dah, jangan lah gaduh pasal mainan. Banyak lagi mainan lain," ujarku tenang.

Naqil dan Naqib tersenyum gembira lalu memeluk erat aku.

"Eh, kakak tak minta maaf kat Umi?" soal Naqil.

Naura memandang Naqil lalu mengangkat sebelah keningnya.

"Kenapa? Kakak tak salah pun," Naura mencebik.

"Salah lah, kakak tadi kacau Umi masak," sampuk Naqib pula.

Naura memandang aku dan Naufal silih berganti.

"Okay, kakak minta maaf sebab kacau Umi tadi. Kakak sayang Umi !" Naura pula memelukku.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now