𝔅𝔞𝔟 16

1K 90 3
                                    

Pulang sahaja dari Pahang, aku jadi pendiam. Tidak banyak bercakap dan kurang selera makan. Hanya menangis sahaja.

Namun, beberapa minggu selepas itu aku mula pulih seperti sediakala. Ika yang dulu dah kembali !

Aku mencapai kotak hitam di bawah katil lalu kembali duduk di ataa katil. Kotak hitam dibuka perlahan.

Gelang yang tertulis nama 'Iskandar' ditilik. Gelang ni bukti persahabatan kami. Gelang ni dihadiahkan dari Is untuk Haura.

(FLASHBACK)

"Sannah helwah, Haura !" jerit seorang budak lelaki kepada seorang budak perempuan yang berumur 5 tahun.

Haura terkekek ketawa gembira.

"Is ada hadiah untuk Haura..." Is mengeluarkan sekotak kotak merah di dalam poketnya.

"Apa tu?" soal Haura ingin tahu.

Tangan Haura dicapai lalu dipakaikan gelang.

"Cantiknya..." Haura menilik gelang ditangannya dan mendapati ada nama 'Iskandar'.

"Haura punya gelang, ada nama Is. Is punya gelang ada nama Haura," terang Is sambil menunjukkan tangannya yang ada gelang bertulisan 'Haura'.

"Terima kasih Is !" kata Haura gembira.

"Sama-sama. Ini Is suruh Ibu yang tempah tau," terang Is lalu duduk di sebelah Haura.

"Terima kasih sangat-sangat tau, Is. Haura sayang Is !" Is dipeluk oleh Haura.

"Is pun sayang Haura !" Is membalas pelukan Haura.

(END FLASBACK)

"Is, mana Is? Janji Is ada dekat Haura, tapi Is? Haura takkan berhenti cari Is sampai hujung nyawa," gumamku sambil mengakirkan air mata.

Gelang tadi diletak kembali di dalam kotak. Perlahan kotak hitam itu disusun kembali di bawah katil.

•••

"Aduh, dah nak SPM..." rengek Fahmi.

"Kenapa kalau nak SPM pun?" soalku hairan.

"Weh, kau tak nervous ke? Peperiksaan kau? Keputusan kau?" soal Fahmi.

"Ermm... kita cuba lah sehabis baik, lepastu, keputusan apa pun, kita redha," nasihatku.

"Yelah, Ustazah Ika," perli Fahmi.

Aku menjeling Fahmi tajam lalu sambung membuat kerja sekolah.

"Hah ! Date !" sergah Rayyan.

Aku mengurut dada akibat terkejut disergah Rayyan.

"Kurang ajar, kau. Kang kau makan buku ni kang," geramku.

Rayyan hanya tersengih dan menggeleng.

"Korang dua dari mana?" soal Fahmi.

"Dari bilik guru, tolong Cikgu Iman," jelas Naufal.

Kami sambung study bersama kerana kelas tiada guru. Teacher Azura tiada sebab cuti bersalin. Guru ganti pula tiada kerana guru-guru sedang meeting.

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now