𝔅𝔞𝔟 48

1.6K 86 1
                                    

Tok Tok

Keluarga Naufal dan keluarga Ika masuk ke dalam wad yang menempatkan Ika setelah mendapat panggilan dari Naufal sebentar tadi.

"Naufal, macam mana keadaan Ika?" soal Mama risau.

"Dia okay je, Ma. Cuma tunggu bila nak sedar je. Lepas bersalin dia terus terlelap," Naufal membelai kepala isterinya lemnut.

Mama menghela nafas lega.

"Takpe lah, biarkan dia berehat dulu," nasihat Ibu.

Naufal mengangguk faham.

Tok Tok

Akif, Fahmi, Rayyan, Adam dan geng Cutie Pie masuk ke dalam wad lalu berlari ke sebelah Naufal.

"Ya Allah Ika ! Fal, Ika okay ke tu?" soal Yaya.

"Dia okay, cuma tengah berehat," balas Naufal.

"Dia dah lama ke tak sedarkan diri?" soal Intan pula.

Naufal mengangguk perlahan.

"Lepas dia bersalin anak terakhir," jawab Naufal lalu menggenggam erat tangan isterinya.

Masing-masing merenung sekujur tubuh yang pucat akibat berperang nyawa melahirkan anaknya sebentar tadi.

Tok Tok

Pintu diketuk lagi untuk kali yang ketiga. Kemudian, tiga orang nurse menolak tiga orang bayi masuk dan diletakkan di sebelah katil Ika.

 Kemudian, tiga orang nurse menolak tiga orang bayi masuk dan diletakkan di sebelah katil Ika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ya Allah, tiga ke?" soal Mama tidak percaya.

Naufal mengangguk mengiyakan.

"Comelnya..." mata mereka sudah bersinar-sinar melihat tiga orang bayi yang sedang tidur itu.

"Anak kamu ni, mana satu dulu?" soal Papa.

"Anak pertama, lelaki. Anak kedua, perempuan. Anak ketiga, lelaki," jawab Naufal lalu mengoyak senyuman.

Mereka mengangguk faham sambil mata tidak lepas memandang bayi-bayi itu.

"Ni, kamu azan dengan iqamat kan dulu," arah Abah.

Naufal mengangguk lalu mengambil bayi lelaki dahulu untuk diazankan. Kemudian, bayi perempuan pula digendong dan di iqamat kan.

Naufal menggendong anak keduanya manakala ank pertama dan ketiga dalam gendongan Ibu dan Mama.

"Abang Naufal, dah ada nama ke?" soal Nana.

Naufal mengangguk perlahan.

"Anak pertama, Naqil Zumair. Anak ketiga, Naqib Zulkarnain. Anak kedua, biar Umi dia yang bagi," Naufal tersenyum memandang Ika.

"Naqil Zumair? Naqib Zulkarnain? Sedap nama," puji Adam.

Perlahan-lahan aku mencelikkan mata. Silau yang menyucuk-nyucuk mataku menyebabkan penglihatanku kabur. Mata dikelip beberapa kali sebelum terbuka sepenuhnya.

"Abang..." panggilku perlahan.

"Sayang? Sayang dah bangun?" soal Naufal.

Aku hanya mampu mengangguk sahaja oleh kerana kesakitannya masih terasa.

"Alhamdulillah, Ika dah sedar," ucap Mama lalu mencium pipiku sekilas.

Aku berusaha duduk dengan bantuan Naufal.

"Congrats, Ika. Comel anak kau," Yaya, Qayra, Sya, Intan dan aku saling berpelukan sebentar.

"Thanks korang," ucapku perlahan.

Yaya, Qayra, Sya dan Intan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Eh, kitorang balik dulu lah. Ada kerja lagi ni. Bye," pamit Sya.

Akif, Rayyan, Adam dan Fahmi turut pamit untuk pulang. Dan hanya tinggal ahli keluarga sahaja di dalam wad.

"Comelnya awak, sayang..." aku bermain dengan hidung anak kedua ku.

"Sayang nak bagi nama dia apa? Nama anak pertama kita, Naqil Zumair. Anak ketiga, Naqib Zulkarnain. So, anak kedua ni?" soal Naufal sambil menggendong anak pertamanya.

Aku berfikir sejenak nama anak kedua ku.

"Hmm, Naura Zalikha? Sedap tak?" soalku.

"Sedap lah, sayang," hidungku dicuit manja.

Aku ketawa kecil.

"Hah Ika, kau tak nak plan anak yang keempat pula?" usik Arian.

"Eh, eh, yang ini pun belum cukup sebulan umur dia, nak tambah lagi pula," aku menjeling Arian tajam.

"Hah betul tu. Ini, adik kamu pun dah tiga orang anak, kamu tu, bila nak bagi Mama menantu?" soal Mama.

"Ala, ada jodoh ada lah, Ma. Kalau takde, Mama carikan," Arian tersengih.

"Banyak lah kau," kata Adrian lalu menjeling adik kembarnya itu.

Maisng-masing hanya ketawa melihat gelagat kembar itu.

❤️Tengku Naqil Zumair bin Tengku Naufal Iskandar
💙Tengku Naura Zalikha binti Tengku Naufal Iskandar
💛Tengku Naqib Zulkarnain bin Tengku Naufal Iskandar.

Alhamdulillah, keluarga kami telah lengkap dengan kehadiran tiga orang cahaya mata sekaligus. Cahaya mata yang bakal menyinari lagi kehidupan suami isteri.

Semoga dengan adanya cahaya mata ini, bakal mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Dan juga dapat menambah kasih sayang antara keluarga.

"Thank you so much, sayang..."

"Thanks to you too, abang..."

-TAMAT-

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now