𝔅𝔞𝔟 17

1K 90 3
                                    

Kami lepak bersama di Taman Division. Tiada benda nak dibuat sekarang. Cuma menghadap phone.

"Aku bosan..." rungut Fahmi lalu kepalanya diletakkan di atas meja.

"Hi bosan ! Aku Rayyan !" ujar Rayyan teruja.

Aku dan Rayyan terkekek ketawa dengan pernyataan Rayyan.

"Ngok lah budak ni," kepala Rayyan disekeh Fahmi.

Rayyan mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya.

"Hah, jom pergi rumah Rayyan !" ajak Fahmi.

"Asal rumah aku lak?" soal Rayyan tidak berpuas hati.

"Kan dah lama tak pergi rumah kau. Jom lah..." rayu Fahmi.

Rayyan menjelirkan lidah kepada Fahmi dan berpaling.

"Heh, Ika jom ikut !" ajak Fahmi.

Sebenarnya dia nak bagi Rayyan tak merajuk dengan dia, tu yang dia ajak Ika sekali. Takde lah bosan. Boleh juga kenalkan dekat family Rayyan ni.

"Boleh ke?" soalku ragu-ragu.

"Kenapa pula tak boleh?" balas Fahmi lalu tergelak.

Muka Rayyan serta merta berubah ceria.

"Borak apa?" tanya Adam yang baru tiba bersama Naufal setelah membeli air.

"Fahmi ajak Ika pergi rumah Rayyan, sebab tadi ada orang tu merajuk..." perliku dan menjeling Rayyan sekilas.

"Ika !" panggil Rayyan.

Aku ketawa melihat telinga Rayyan yang merah menandakan dia malu.

Yang lain ketawa terbahak-bahak melihat Rayyan yang sedang menahan malu.

"Ee, Ika ni jahat, ah !" balas Rayyan menutup malunya.

"Kalau Ika jahat, dah lama Ika bunuh Rayyan," balasku selamba.

Rayyan meneguk liur kasar.

"Tak lah, gurau je," balasku lalu ketawa berdekah-dekah.

"Ika ! Sampai hati, Ika !" balas Rayyan lalu mencebik.

"Kau ni Rayyan, macam budak-budak ah," kata Adam dengan sisa tawanya.

Makin memuncung mulut Rayyan.

"Ala Rayyan ni, yelah. Tak buat dah, okay? Tak payah lah merajuk," pujukku.

Rayyan tetap dengan posisinya.

"Kalau tak, Ika tak pergi rumah Rayyan, eh?" soalku.

Laju sahaja Rayyan menggeleng.

"Okay, so takyah merajuk," balasku.

Rayyan mengangguk.

"Adoi, bisu dah ke?" soal Fahmi lalu tergelak diikuti aku, Adam dan Naufal.

"Kurang ajar kau !" bahu Adam dipukul Rayyan.

Mereka saling bergaduh disitu.

Kau ciptakan lagu indah~
Kau senyum semanis buah~
Satu tapi pasti dan sangat berarti~
Kau takkan terganti~

iPhone 7s milikku berdering dan tertera nama 'Trisyia Cayeng🥴❣️' di skrin. Senyuman lebar terukir di bibirku.

"Kejap eh, Ika nak angkat call," pamitku.

Punat hijau digesek tanda mengangkat panggilan.

Assalamualaikum Cayeng !

Waalaikummussalam, hi babe

Oh gosh, I miss you so damn much you know

Aww... miss you too babe

So, kenapa call aku ni?
Selalunya busy je, sampai lupa kawan sendiri

Aku nak minta tolong kau ni

Tolong? Tolong apa?

Aku berkenan lah dengan salah sorang mamat yang jumpa dengan kita haritu

Mamat? Yang kita terserempak lepastu diorang jumpa kita tu?

Yeah ! Aku minat dengan sorang member dia tu
Btw, single tak?

Kau jangan risau, semua kat situ single je
Kau minat yang mana?

Yang sederhana tinggi tu
Ala, mamat kedua yang duduk depan kau

Ohh, Fahmi?

Maybe, aku mana tahu nama dia

Hahhahhhahhh, nanti aku tolong kau

Bagi aku nombor dia wey
Aku nak try luck

Okay, siap cayeng
Tapi, dia tu playboy tau
Mungkin kau boleh buat dia buka hati dia untuk kau dan tak terima mana-mana perempuan lagi

Thanks weh, support aku

Jangan risau, aku member kau kot
Apa guna member kalau tak membantu kan

Yelah, take care tau
Bye, assalamualaikum

You too
Bye, waalaikummussalam

Tut !

Panggilan diletakkan lalu phone disimpan ke dalam poket.

"Dia punya kejap, rasanya boleh main bole sepak 5 round," perli Fahmi.

Aku sekadar tersengih.

"Siapa call ?" soal Rayyan.

"Grilfriend," jawabku sepatah.

"Girlfriend? Ee, lesbian..." seloroh Rayyan.

PAPP

Kepalanya menjadi sasaran aku membaling air botol mineral.

"Weh, botol aku," rengek Naufal.

"Aduh, pinjam kejap je," aku memulangkan botol kepada Naufal.

Dia mengambil semual botolnya.

"Kau, lain kali cuci otak tu pakai clorox, baru bersih," kataku pada Rayyan.

Rayyan sekadar tersengih.

'Haih, macam-macam karenah kawan-kawan aku ni. Tapi, tanpa diorang, aku takkan boleh ceria kembali seperti ini'

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now