Bab 1

4.4K 120 15
                                    

TANAH yang terdapat daun-daun kering di atasnya, Qays kutip satu persatu. Sudah menjadi rutin kepada Qays untuk datang menziarah kubur ayahnya setiap pagi Jumaat sebelum terus solat Jumaat. Bibir dikemam. Segala kenangan bersama ayahnya ketika dia masih kecil diingat samar-samar. Seingat dia ketika itu dia baru berusia 6 tahun. Dan, sekarang ini usianya sudah mencecah 19 tahun. 13 tahun berlalu.

Terasa seperti cepat masa berlalu tanpa sedar dia sudah di penghujung umur belasan tahun. Hidup bersama ibunya, Mariam sudah cukup buat dia merasa bahagia. Bahagia melalui hari-harinya seperti biasa.

Baginya.

Tidak ada yang lagi penting selain ibunya. Dia akan rawat ibunya dengan baik selagi hayat dikandung badan. Dan, dia doakan supaya ibunya sempat merasa hidup yang lebih baik bersamanya.

"Ayah, Qays janji dengan ayah yang Qays takkan pernah abaikan umi. Qays harap, Qays dapat ubah nasib hidup kami satu hari nanti, "gumam Qays sendirian. Songkok di atas kepala dibetulkan sebelum dia bangun dari mencangkung.

Qays berjalan menuju ke masjid yang terletak bersebelahan dengan kawasan tanah perkuburan. Sudah ramai yang mula memenuhi ruang masjid. Qays menuju ke tempat mengambil wudu' untuk mengambil wudu' dahulu.

"Kau pergi kubur ke tadi? "Tanya Uwais merangkap kawan Qays yang paling baik setakat ini. Qays mengangguk mengiyakan.

"Macam biasalah aku, "

"Okeylah, aku masuk dulu, "pinta Uwais sebelum meninggalkan Qays mengambil wudu'.

Selesai sahaja solat Jumaat, Qays dan Uwais menaiki motosikal untuk pulang. Qays hanya menumpang Uwais sahaja hari ini. Motosikal miliknya rosak dan sedang dibaiki. Baru sahaja kakinya mahu melangkah naik, Qays terpandang kelibat anak kucing di tepi longkang.

"Eh, kejap. Aku nampak anak kucing, "tahan Qays. Uwais terus tidak jadi mahu start moto. Qays, Qays. Inilah manusia bernama Qays Nufail seorang pencinta kucing.

Mana saja dia jumpa kucing lapar, anak kucing cari ibu, kucing kena langgar semua dibantunya. Lembut betul hati kau,Qays. Gumam Uwais.

"Weyh, kesian kucing ni. Mata dia tertutup dengan tahi mata. Tak boleh nak jalan betullah dia, "bunyi Qays. Tisu yang berada dalam poket baju Melayu dikeluarkannya. Kemudian, Qays berlalu untuk basahkan tisu tersebut. Mata anak kucing tersebut dilap secara perlahan-lahan.

"Kau nak aku pergi beli makanan ke untuk anak kucing tu? "Tanya Uwais apabila melihat perut anak kucing tersebut agak kempis.

"Boleh juga, "Qays terus selup poket baju Melayunya sekali lagi untuk mengambil duit.

"Tak payah Qays. Aku belikan. Aku pun nak buat amal jariah juga, "tegah Uwais. Di samping itu, dalam diam Uwais mahu Qays simpan duit tersebut untuk keperluannya sendiri.

"Betul ke ni? "

"Ya betul, "

Qays angguk kepala kemudian kembali sambung mencuci mata anak kucing tersebut. Kesian betul. Ni kalau dia tak tengok mesti tak boleh nak jalan mana untuk mencari makanan. Lagipun kucing ni kecil lagi. Ibu kucing ini pasti ada di sekitar masjid ni. Tak taulah anak kucing ni makan ke tak kejap lagi makanan yang dibeli oleh Uwais.

Kepala anak kucing tersebut Qays gosok perlahan selepas siap cuci mata.

"Cute, "
































"MARSHA malam ni jadi tau kita pergi sambut birthday Emelda. Dia beria ajak aku semalam, "ajak Aira. Sebenarnya malam ni malas nak keluar tapi Emelda berkali-kali merayu suruh dia ikut serta.

"Ye lah, babe. Kau ambil aku or aku ambil kau? "Tanya Marsha. Aira, Emelda dan juga Marsha memang satu geng. Di sekolah juga begitu. Mereka bertiga ambil STPM. Ini semua sebab babahnya yang suruh dia ambil STPM. Lagipun, keputusan SPM Aira tidak berapa baik. Elok lulus saja.

Puas Dato' Mikail bising itu ini kepadanya tapi masih juga perangai keras kepala dan malas itu tak boleh nak buang. Tak tau datang dari mana perangai buruk Aira ini.

"Mana kamu nak pergi pula malam ni? "Tanya mommy Aira, Datin Hanna. Masuk sahaja bilik anak daranya itu terus dia menangkap perbualan telefon mereka. Aira sudah tidak dapat ditegur. Aira degil, keras kepala semua ada dengannya.

"Eh, nanti aku call kau balik. Mommy aku pula bising ni, "Aira berdecit perlahan. Janganlah mommy dia nak halang dia keluar pula malam ni. Haih.

"Err.. Birthday party kawan Aira, "ujar Aira. Sah, kejap lagi kena dengar leteran tak berbayar Datin Hanna.

"Aira, mommy tak suka Aira suka hati je nak keluar ke sana ke sini. Aira tahu tak Aira tu anak dara. Jagalah sikit diri tu. Mana letaknya maruah sebagai seorang perempuan? "Tegur cara baik tak pernah nak dengar sekarang Datin Hanna pun dah naik tanduk. Semakin tidak sabar dengan perangai Aira.

"Mommy nak cakap Aira tak pandai jaga diri ke? "Matanya tunak memandang Datin Hanna. Suka hati mommynya saja mahu menuduh dia yang bukan-bukan. Dia akui dia degil, keras kepala dan sebagainya tapi bab maruah diri, tak pernah lagi terlintas di hatinya mahu dengan mudah saja dia gadaikan. No way okay!

"Bukan itu maksud mommy. Mommy pesan sebab mommy takut. Anak dara mommy seorang ni je tau, "yup, Aira anak perempuan tunggal mereka dan dua lagi anaknya adalah lelaki. Kedua-duanya merupakan abang Aira. Mereka berdua berada di luar negara sedang melanjutkan pelajaran. Jadi, hanya tinggal Aira di rumah ini.

"Dah tu.. Tak payahlah risaukan Aira. Pandailah Aira jaga diri Aira sendiri, "sela Aira tanpa memikirkan apa-apa. Tetap juga dia berkeras mahu keluar.

"Mommy... "

"Shh.. Mommy jangan cakap apa-apa okay? Aira just nak keluar sambut birthday kawan. Itu je, "

"Dahlah, Aira nak turun minum air, "ujar Aira dengan hanya memakai seluar pendek dan juga shirt biasa.

"Aira please tukar seluar. Kang ada Qays dekat bawah, "tegur Datin Hanna. Entah kenapalah pakaian Aira ini terlampau seksa di mata dia. Umur dah 18 tahun tapi masih juga dia kena tegur macam Aira baru beberapa tahun.

"Ada Aira kisah ke dengan mamat tu? Come on, mommy ni rumah kita. Dia orang asing pandailah dia jaga adab dalam rumah ni, "bidas Aira agak kurang ajar. Luluh hati Datin Hanna. Susahnya Ya Allah nak tegur anak sendiri. Aira terlalu degil.

Semakin besar,semakin liar.

Uwais hantar Qays sampai di hadapan pintu pagar.Sebelum berjalan masuk ke dalam pekarangan rumah banglo milik Dato' Mikail,Qays sempat melambai kawannya itu.

Songkok yang berada di atas kepala dibuka.Melepaskan rambut kemasnya itu.Sedap mata memandang si Qays ni.Di sekolah jadi rebutan para gadis juga dengan wajahnya yang tampan. Langsung mereka tidak kisah dengan status dirinya yang hanya anak orang gaji.

Namun,hanya seorang yang kisah mengenai status hidupnya.

Aira Nabila.Gadis itu sungguh liar. Sampaikan langsung tidak ada rasa malu apabila sesuka hati saja membuka aurat. Walaupun dia ada depan Aira,Aira hanya buat dia seperti tidak wujud. Macam dia lelaki yang tiada nafsu.

Masuk sahaja ke bahagian dapur,Qays nampak betis putih mulus sahaja sedang membuka peti ais di bahagian atas. Terus Qays mengucap panjang.

"Astaghfirullahala'zim...MasyaAllah.."

"Allahuakbar!"terkejut Qays apabila bahunya ditepuk Puan Mariam.

"Panjangnya mengucap?"perli Puan Mariam. Dia tahu bila Qays ucap macam tu pasti ada benda yang buat dia beristighfar panjang. Jenguk sahaja ke dalam dapur,tahulah Puan Mariam Qays tertengok Aira seksi lagi.

"Umi ni,terkejut tau,"

"Dah pergi masuk bilik dulu. Nanti nampak je kamu kang kena sembur je tak memasal,"seloroh Puan Mariam. Tahu sangat dah perangai Aira kepada Qays macam mana. Anti sangat!

"Ye lah umi, "balas Qays menurut kata.




TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon