Bab 17

1.3K 81 10
                                    

MEMERAH muka Aira apabila soalan tersebut terpacul keluar dari bibir Qays. Matanya membulat. Apa yang dia fikir? Nampak sangat macam dia rela. Oh my god, Aira. Kau dah malukan diri kau sendiri! Desis Aira dari dalam hatinya.

"Awak fikir apa tu? "Aira kembali tersedar ke dunia nyata. Badan Qays yang mendekat dengannya ditolak menjauh darinya. Lagi bertambah merah muka Aira melihat senyuman nakal lelaki itu. Sejak bila si Qays berubah karakter ni? Semakin berani pula lelaki itu dengannya.

"Kau jangan nak perasan lebih-lebihlah. Geli aku, "marah Aira. Dijeling Qays yang berdiri di hadapannya. Dia perasan pipi Qays ada macam kesan minyak hitam namun dibiarkan hal itu.

"Ye lah tu, sayang... Okeylah, saya nak mandi dulu dah melekit badan ni, "Aira tunjuk muka geli. Bersayang bagai pulak! Berbulu telinga dia sekarang ni.

"Boleh tak kau jangan nak bersayang-sayang dengan aku? Aku tak sukalah, "tegas Aira gaya memberi Qays amaran keras. Dia tak suka panggilan tersebut tambah-tambah dari lelaki yang bukan pilihan hati dia.

Qays senyum senget. Kata-kata Aira bagaikan langsung tidak masuk ke dalam kepala otak dia. Dicuit hidung Aira dengan hujung jarinya sebelum berlalu pergi dari situ. Terjegil mata Aira dibuatnya.

"Meluat aku, suka hati dia je nak pegang orang. Dia ingat dia siapa? "Ujar Aira bersendirian.

Selesai mandi, Qays keluar dengan hanya bertuala separas pinggang. Dada bidangnya terdedah di hadapan Aira. Aira yang berbaring terus larikan mukanya. Malu gila! Dah hilang rasa malu ke si Qays ni?

Padahal tak sedar yang setiap hari sebelum berkahwin dulu hari-hari dia tayang gaya seksi dia dekat Qays tak rasa malu pula. Cukup kuat lagi iman Qays nak menahannya. Sekarang Aira pula acah-acah malu tengok Qays macam tu.

"Hey, kau dah tak de baju ke nak pakai? "Tegur Aira dengan wajahnya di paling ke arah lain. Sebenarnya sengaja Qays mahu kenakan Aira. Puas hati dia. Asyik dia je berlembut sangat kan. Jadi sekarang, memahg niat dia nak pikat Aira dengan gayanya yang tersendiri.

"Suka hati sayalah. Awak dulu hari-hari payung dekat saya, terseksa saya tau tak, "balas Qays sambil sembunyi senyum nakal.

Terus Aira pandang Qays. Mata dijuling ke atas. Terpaksa juga dia tengok free badan Qays sekarang ni.

"Payung? Maksud kau? "Jujur dia tak faham maksud Qays. Payung apa pula?

"Maksud saya... "Qays naik ke atas katil mendekati Aira. Aira telan liur. Qays ni dah kenapa lain macam sangat ni?

Tok! Tok!

Ketukan pintu bilik, menghentikan tindakan Qays ketika itu. Baru saja dia nak menyakat si Aira ni. Ada pula yang ketuk pintu bilik.

"Qays... Buat apa tu? Umi dah panaskan lauk tadi cakap nak makan kan? "Suara Puan Mariam kedengaran.

"Ya umi. Maaf Qays baru siap mandi. Kejap ye, "balas Qays dari dalam. Sebelum bergerak untuk pakai baju sempat kepala Aira digosok sehingga rambut Aira tidak kemas lagi. Mendecit Aira dibuatnya.

"Jom teman saya makan, "ajak Qays. Mana tau terbuka hati si isteri dia yang tersangat degil dan bongkak ni kan?

"Eh, kau jangan nak melampau eh. Kau ingat aku ni orang gaji kau ke? "Bidas Aira. Ada hati pula ajak dia teman makan bagai. Cukup la dia sanggup nak berkongsi bilik dengan Qays sekarang ni.

Qays senyum.

"Tak nak sudah. Saya tak paksa pun, "ujar Qays sebelum bergerak keluar dari bilik. Terasa? Siapa je tak terasa hati kan, tapi ditahankan saja hati dia. Dia sedar di mana kedudukan dia dalam hati Aira. Eh? Entah-entah Aira tak pernah letak nama dia dalam hati gadis itu.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now