Bab 6

1.2K 85 3
                                    

MEMERAH muka Aira ketika mahu makan. Hilang rasa mahu marah kepada Qays sebab diganti dengan rasa malu yang amat sangat. Tambah pula, Dato' Mikail tanpa segan silu mempelawa Qays makan semeja bersama mereka. Aira pandang Dato' Mikail dengan pandangan tidak puas hati. Kalau dia protes sekarang ni,keadaan yang tadi akan kembali menjadi ulang tayang dalam fikirannya.

"Kak Yam,marilah makan sekali dengan kami.Nanti jelah buat kerja tu,"ajak Datin Hanna.Senyuman paling manis ditayang kepada Puan Mariam ibu kepada Qays merangkap pembantu rumah mereka.Puan Mariam geleng kepala.Segan pula dia.

"Eh,tak apalah Datin,Dato'.Saya makan dekat belakang je,"

"Jangan malu Kak Yam,marilah,"Kali ini Dato' Mikail pula yang memanggilnya.Selepas puas didesak,akhirnya Puan Mariam bersetuju juga.Kerusi sebelah Qays ditariknya sebelum melabuhkan punggungnya di situ.

"Terima kasih Dato',Datin.Saya tak patut pun makan semeja dengan keluarga Dato'"

"Apa Kak Yam cakap macam tu,Kak Yam kerja sini dari sebelum Aira lahir lagi tau.Kak Yam saya dah anggap macam keluarga saya dah,"ujar Datin Hanna.Dia sudah kenal sangat dah perangai Puan Mariam macam mana.Kadang kala dulu,kalau dia sibuk Puan Mariam yang tolong jagakan Aira.

Puan Mariam senyum.Bersyukurnya dia dapat majikan macam mereka.Sangat berbudi bahasa.Dato' Mikail mula berdehem.

"Marilah kita makan.Apa tunggu lagi kang sejuk lauk-lauk ni,"seloroh Dato' Mikail.Tangannya naik menunjuk ke arah lauk-pauk yang terhidang elok di hadapan mata.Semuanya Nampak sedap-sedap belaka.Hari ni,separuh lauk dimasak oleh Datin Hanna sendiri.Rajin Datin Hanna ni.Malangnya sikap rajin,berbudi bahasa ni langsung tidak turun kepada puteri mereka,Aira.

Baru sahaja tangan Qays mahu mengambil lauk ketam masak lemak di hadapannya,Aira turut mahu mengambil lauk itu.Terus tangan mereka terlanggar sedikit sebelum laju-laju Qays angkat tangannya.Kus semangat!bagai ada renjatan elektrik dalam dada Qays ketika ini.Aira turut terkedu.

"Ambillah dulu,"pelawa Qays dengan senyuman manisnya.Terkedu Aira melihat senyuman itu.Aira berdehem sedikit.Dato' Mikail dan juga Datin Hanna turut melihat adegan tersebut.Tanpa menjawab apa-apa,Aira terus mencedok seekor ketam ke dalam pinggannya.Kenapalah hari ni banyak sangat perkara yang memalukan berlaku dengan lelaki yang bernama Qays Nufail ni.

Tunggulah esok-esok perang tetap akan berjalan.Esok tetap dia akan bencikan Qays!Eh,kenapa esok?kenapa bukan hari ni?!Ha,sudah Aira!Stop it!

"Aira kenapa tergeleng-geleng kepala tu?kamu okey ke?"tanya Datin Hanna apabila melihat gelagat pelik anaknya itu.Dah kenapa tergeleng-geleng kepala.Sakit kepala ke?

Qays terpecah ketawa.Muka merah Aira yang tengah malu sekarang ini dipandangnya.Terasa yang dirinya yang bakal menerima semburan api daripada Aira terus senyumannya disembunyikan.Aira pandang Qays seperti memberi amaran bahawa 'Kau siap lepas ni!'.

"Aira okey mommy.Ermm...makanlah.Aira rasa Aira tak de selera nak makan lagi,"Aira terus celup jarinya ke dalam bekas air basuh tangan.

"Eh..."

"It's okay babah.Just enjoy it okay?Aira naik atas dulu,"Tanpa menunggu Dato' Mikail mengulas lebih lanjut,Aira naik ke atas dulu.Qays pula yang rasa tidak selesa.Ke Aira tak de selera nak makan sebab dia duduk makan dekat sini sekali?sampai macam tu sekali ke tahap benci Aira kepadanya?

"Dato' saya rasa..."

"Tak de apalah Qays.Aira tak sihat mungkin.Marilah kita makan dulu,"pintas Dato' Mikail kerana dia tahu apa yang Qays nak cakap.Selalu dah macam ni.Qays terlalu menjaga hati Aira sehinggakan Dato' Mikail sendiri rasa malu dengan Qays atas setiap kata-kata Aira kepada Qays.Sungguh kasar!kenapa begitu kebal hati Qays sehingga tiada langsung rasa mahu membalas Aira.Adakah mungkin hanya kerana status?

Qays tarik senyum.Setiap kali Aira buat perangai jujur dia cakap dia terasa tetapi dia tak pernah simpan dalam hati sebab dia sudah lali dengan sikap gadis itu.Lagipun,keluarga dia banyak terhutang budi dengan keluarga ini.Qays masih sedar diri lagi.


















QAYS perhati ibunya yang tengah siram pokok bunga Datin Hanna.Sekali sekala Qays tersenyum.Ibunya,Puan Mariam tidak pernah mengeluh sama sekali mencari rezeki untuknya.Qays bangun daripada duduknya menuju ke arah Puan Mariam.

"Umi,duduklah.Biar Qays yang siram,"pinta Qays.Lagipun,dia tak de buat apa sekarang ni.Bolehlah tolong ringankan beban Puan Mariam.Tapi,ibunya menolak.Selalunya begitu tapi kali ni Qays berkeras juga.Siram pokok je pun.

"Qays duduklah sana.Jangan kacau umi.Dah pergi duduk.Kamu pun baru nak rehat kan.Dah gigih belajar dari tadi.Rehatlah dulu,"tegah Puan Mariam.

Qays bangun kemudian pegang paip air yang dipegang ibunya itu. Qays tayang sengih kepada ibunya. Orang nak tolong pun tak bagi. Bukannya benda berat. Kalau berat sekalipun dia lagi mampu nak buat sebab ibunya pun bukannya sihat mana sekarang ni.

"Umi... Boleh la. Bukan selalu pun Qays buat. Umi rehat okey? "Pujuk Qays sehingga Puan Mariam mengalah.

"Yelah, yelah. Degil betul kamu ni kan? "

"Degil, degil pun umi sayang Qays kan, kan? "Puan Mariam geleng kepala dengan kerenah Qays. Sejuk perut dia mengandungkan Qays. Selalu saja senangkan hati dia. Tak pernah sekali pun Puan Mariam dengan Qays mengeluh sebab hidup mereka susah macam ni.

"Ego juga eh umi kita ni? "

"Kenapa pula? "

"Ye lah... Nak mengaku sayang pun payah. Mesti muda-muda dulu ayah nak tackle umi susah kan? "Seloroh Qays. Dia memang selalu usik ibu dia macam ni. Seronok tengok muka merah Puan Mariam.

"Kamu ni kan. Cakap nak siram pokok kan, siramlah. Jangan sampai umi siram kamu pula lepas ni, "malu dia bila Qays usik-usik macam tu. Hailah anak!

"Ye lah, ye lah. Qays tak usik lagi, "Qays ketawa halus dengan gelagat ibunya itu. Comel je umi.

Aira yang berdiri tidak jauh dari belakang, perhati saja gelagat dua beranak itu. Bahagia sungguh dia tengok. Aira kalau dengan Puan Mariam dia okey, dengan Qays tak taulah kenapa dia anti sangat. Mungkin sebab Dato' Mikail selalu sangat puji Qays itu, Qays ini. Naik berbulu telinga dia dengar.

"Eh, Aira. Cari mommy ke? "Tanya Puan Mariam. Qays pura-pura tidak memandang belakang. Dia tahu Aira kalau duduk rumah pakaiannya macam mana. Qays lah yang kena dan wajib tundukkan pandangan. Yang dia tahu, dia tetap lelaki biasa yang masih ada iman di dada.

"Err.. Aha, "jawab Aira walaupun sebenarnya dia tak cari pun Datin Hanna. Saja je dia keluar sebab bosan dalam bilik. Lagipun, dalam masa sekarang babahnya sendiri sudah bagi warning yang dia tak boleh keluar sesuka hati. Lecehlah macam ni.

"Mommy tadi ada dekat sini tapi rasanya dia dah masuk bilik kot. Tak pun dekat dapur katanya nak buat roti juga tadi, "ujar Puan Mariam.

"Ouh.. Ermm.. Kalau macam tu tak pe lah saya pergi dapur kejap cari mommy, "dengar saja itu baru Qays pandang belakang mahu lihat kelibat Aira. Hmm.. Macam yang dia sudah jangka. Aira hanya memakai singlet dan juga seluar pendek paras peha. Tanpa sedar, Qays mengeluh kecil.

"Mengeluh apa tu? "Tegur Puan Mariam sambil terjungkit senyum. Dia tahu Qays tengok Aira tadi. Dan, dia kenal sangat yang Qays kurang senang dengan cara pemakaian Aira.

"In shaa Allah, satu hari nanti Aira akan berubah. Tak payah risaulah,"gumam Puan Mariam.

"Apa umi ni... "

"Naluri seorang ibu ni selalunya tepat kan? "Aduhai kenapalah dia rasa macam tertangkap pula sekarang ni? Janganlah jujur sangat umiii!!!

"Umi fikir apa tu? "

Puan Mariam senyum. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pula anak bujang sorangnya ini. Puan Mariam tergelak. Baru dia tahu, tadi usik dia sangat kan sekarang dah kena atas batang hidung sendiri.

"Dahlah, sambung siram pokok tu, "














TBC...

19/9/2021

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now