Bab 27

1.1K 75 20
                                    

SEMANGKUK maggi tom yam yang siap dimasak diletakkan di hadapan Aira di atas island table.Asap yang terbentuk dihidu Aira.Mulalah perut dia berkeroncong lapar. Qays menarik kerusi di sebelah Aira kemudian punggungnya dibauhkan di situ.

"Awak tak makan ke?"tanya Aira apabila hanya semangkuk maggi sahaja yang dibawa Qays. Rasa gugup pula bila Qays pandang dia dari jarak dekat macam ni. Eh,sejak bila pula si Aira jadi perempuan melayu terakhir dengan Qays ni?

Qays geleng kepala tapi tiba-tiba saja terlintas idea nakal Dalam fikiran lelaki itu.Tanpa sedar,bibir Qays tersungging senyum.

"Habis ke awak makan sorang tu?Saya masak dua bungkus tu,"

"Dua bungkus?kenapa awak campur sekali?Mana nak habis ni kalau saya makan sorang,"ujar Aira. Aduh,buat hallah Qays ni. Mananya nak habis dia makan sorang kalau sebungkus setengah tu okey lagi.

Qays jongket kening kanannya kepada Aira. Berkerut kening Aira yang memandang.Haih,dah kenapa pula dia ni?

"Kita kongsilah,sayang. Boleh kan?"Aira telan liur. Belum sempat membalas apa-apa,Qays tarik mangkuk maggi di hadapannya.Err

"Buka mulut tu,"suruh Qays ketika sudu disua ke bibir Aira. Dengan rasa yang teragak-agak pada akhirnya Aira buka juga mulut. Sedap.

Qays tersenyum nipis. Buat pertama kali dia rasa Bahagia dengan penerimaan Aira terhadapnya. Takkan dia sia-siakan Aira.

"Thanks,"ujar Qays secara tiba-tiba.

"Kenapa awak ucap thanks?"pelik Aira dibuatnya.

"Sebab awak bagi peluang pada saya untuk bahagiakan awak. In Shaa Allah, I promise you that I will take a good care of you. Thanks again sayang,"

Tergamam Aira. Laju jantung Aira menngepam. Adakah dia turut jatuh cinta dengan lelaki yang dia tak suka sebelum ni?Aira sendiri tidak tahu mahu membalas apa.

"Don't promise me. Masih jauh lagi perjalanan kita,"

"No matter what,you are my wife. You are mine. Saya akan usaha untuk bahagiakan awak,"Qays senyum sebelum satu sudu maggi lagi disua kepada Aira.Terdiam Aira. Hati dia tersentuh dengan kata-kata Qays.

"Kenapa awak suka saya?Saya tau saya bukan type perempuan yang awak suka," Kalau Qays pilih dia sebab harta lelaki itu takkan bertungkus lumus kerja hanya untuk dia. Kerja hasil titik peluh dia sendiri.

Satu sudu maggi kemudiannya disuap ke mulut sendiri. Qays pandang Aira. Pandangan penuh rasa kasih. Qays senyum kemudian bahunya diangkat.

"Saya tak tau macam mana nak explain sebab perasaan tu muncul terlalu tiba-tiba. Yes,saya tau awak seksi but people change right,honey? Saya yakin awak akan berubah,"

"Saya sendiri tak tau bila saya akan berubah. Kenapa awak terlalu yakin? Banyak lagi girl yang boleh jadi pilihan awak. Yang lagi sempurna daripada saya but why me?"

"Ini namanya jodoh,sayang. Kalau kita bukan jodoh buatlah macam mana pun kita takkan bersatu tapi akhirnya kita bersatu juga kan?"

Ralit berbual untuk pertama kali banyak perkara yang Qays dan Aira bualkan. Semakin lama Aira mula rasa selesa dengan cara Qays. Why so soft spoken?Aira lemah dengan lelaki yang soft spoken.

"Sedap? "Tanya Qays selepas satu sudu terakhir dihalakan ke arah mulut Aira. Aira angguk kepala.

"Sedap. And thanks sebab masakkan untuk saya, "jawab Aira ikhlas. Dapat dia lihat Qays tersenyum manis ke arahnya. Tiba-tiba Aira rasa malu. Bibir dikemam.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now