Bab 4

1.3K 86 10
                                    

"KENAPA boleh jadi macam ni?!"jerkah Dato' Mikail di hadapan Aira yang sedang menunduk ke lantai. Giginya sudah mula bertemu antara satu sama lain akibat takut pada Dato' Mikail sekarang ni. Bibirnya juga tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata. Sejuk kaki dan tangannya ketika ini.

"Babah tanya kenapa tak nak jawab? "

Aira berkeras diam juga. Qays juga Dato' Mikail suruh duduk sekali sebab semalam lelaki itu yang selamatkan Aira kalau tidak tak taulah apa yang akan jadi kepada puteri tunggalnya itu. Kadang dia terfikir juga kalau dia tersalah didik anak.

"Aira... Jawab babah tanya tu, "Datin Hanna sentuh sedikit bahu Aira supaya jawab apa yang ditanya Dato' Mikail.

"Fine. If you can't answer this... Babah takkan izinkan lagi Aira berkawan dengan Emelda dan juga Marsha, "tegas suara Dato' Mikail pada pendengaran Aira. Dan, Aira tak ingat apa yang berlaku semalam.

"Ai... Aira tak ingat apa-apa babah, "jujurlah sekarang ni apa yang berlaku sampai muka mommy dan babahnya tegang sekali. Nampak macam memang mereka tengah betul-betul marah kepadanya. Mata Aira tertancap kepada Qays yang turut berada di situ dalam perbincangan keluarga mereka.

"Tak sekarang ni.. Kenapa perlu ada Qays dekat sini? "Belum sempat Dato' Mikail balas kata-kata Aira, Aira terlebih dahulu bersuara kerana orang yang dia tidak suka berada di sini sekarang.

"Sebab Qays yang selamatkan Aira semalam! "

Terbuntang luas mata Aira apabila mendengar itu. Selamat? Selamat apa? Apa yang berlaku semalam?

"Selamat apa ni babah? "

"Itulah... Kamu terlampau bebas sangat. Minum arak, bergaul bebas. Mana babah nak letak muka babah kalau semalam Qays terlambat? Hah?! "Naik turun nafas Dato' Mikail geram dengan Aira. Kenapalah anak perempuannya ini begitu degil sekali?

Berkerut lagi kening Aira. Dia mengaku dia mabuk tapi...kenapa Qays yang selamatkan dia? Melihat kerutan di dahi Aira, Datin Hanna sendiri yang buka mulut.

"Aira hampir kena rogol dengan Rayqal. Mujur Qays sampai tepat masanya kalau tak... "

Menggigil bibir Aira. Rayqal hampir rogol dia? Aira terus bangun berdiri.

"Stop mommy. Jangan cakap lagi! "Aira takut. Takut nak dengar cerita yang selanjutnya. Macam mana Rayqal boleh nak rogol dia? Apa yang Rayqal dah buat kepadanya? Dan.. Sekarang ni, orang yang dia benci yang selamatkan dia.

"Kenapa still tak boleh percaya ke yang Qays selamatkan kamu? "Tanya Datin Hanna. Dia sendiri geram dengan sikap Aira. Sombong, ego dan tak ada sebab pun untuk Aira bencikan Qays.

"Stop mommy! "

"Shut up Aira! Kalau macam ni perangai Aira, babah haramkan Aira keluar dari rumah ni selama 5 bulan selain dari pergi kelas, "keputusan Dato' Mikail muktamad sekarang ni. Tak boleh nak berlembut lagi dengan Aira kalau macam nilah perangai dia. Degil!

"Babah! "

Aira ketap gigi. Matanya mencerlung tajam ke arah Qays yang sedari tadi diam sahaja di situ.

"Puas kau? Suka tengok aku kena marah? "Merah matanya memandang Qays.

"Aira awak... "

"Aku bencilah dengar kau panggil nama aku! "

"Kamu patut berterima kasih dekat Qays, Aira. Dia yang selamatkan kamu. Kamu suka ke kalau bangun je daripada tidur maruah kamu hilang dalam sekelip mata? Suka ke? Perlu ke marah Qays?! "Bidas Dato' Mikail. Hairan sungguh dia melihat kebencian Aira kepada Qays. Padahal bagus saja budaknya.

Aira mendecit geram sebab babah dia bela Qays sangat. Kaki dihentak kuat sebelum berlari ke tingkat atas. Dipekakkan saja telinganya mendengar Dato' Mikail dan Datin Hanna memanggilnya berkali-kali.

Kedengaran dengusan kasar terbit dari bibir Dato' Mikail.

"Saya minta maaf Dato' sebab saya Aira... "

"Kamu tak ada salah pun nak minta maaf Qays. Saya yang patut minta maaf sebab Aira langsung tak berterima kasih dekat kamu, "

"Betul tu Qays. Awak selamatkan Aira semalam pun saya dah bersyukur sangat, "sambung Datin Hanna pula.

Qays hanya mampu tersenyum mendengar. Kalau tengok mommy dan babah Aira jelas mereka orang yang begitu lemah lembut dan berbudi bahasa. Berbeza pula dengan Aira. Sikapnya hanya Tuhan yang tahu bagaimana sakitnya hati Qays saat dihina Aira. Yang peliknya, dengan Puan Mariam, Aira baik je.

"Kalau boleh... Saya ada lagi satu permintaan dekat kamu Qays. Boleh ke? "

"Permintaan apa tu Dato'? "Berkerut kening Qays ingin tahu.

"Tolong perhatikan Aira di sekolah. Saya boleh harapkan kamu je sekarang ni. Rayqal sekolah situ juga saya takut perkara semalam berulang lagi, "ujar Dato' Mikail dengan perasaan bimbangnya kepada Aira. Hanya Qays yang dia harapkan sekarang ini.

"Boleh Dato'. In shaa Allah saya akan perhatikan dia dekat sekolah, "tapi, tak lama dia boleh perhatikan Aira di sekolah sebab sekarang ni pun dia sudah nak masuk sem akhir dalam STPM. Aira ada lagi setahun untuk berada di sekolah itu.






















"MACAM mana end up hari tu Rayqal hampir nak rogol aku? "Tanya Aira saat dia sudah kembali ke sekolah. Geram sangat bila mana pun dia nak pergi mesti perlu ditemani oleh Qays. Sudahlah dia meluat, benci tengok muka lelaki itu.

"Babe... Ak—aku mana boleh nak lawan si Rayqal tu. Aku kan perempuan, "Emelda mula mencebik-cebikkan bibirnya ke arah Aira. Mujur Aira tak ingat apa-apa. Kalau tak mampus dia!

"Itu aku taulah. Tapi, why me? Rayqal tau kan aku tak suka dia. Kenapa nak cari pasal lagi? "

"Kalau suka sama suka, tak de punya dia nak rogol kau. Ni masalahnya, dah kau reject dia banyak kali sahlah dia nak buat macam tu, "balas Marsha. Marsha langsung tidak tahu apa-apa soal hari tu. Sebab dia sendiri sibuk enjoy.

Aira mengiyakan apa yang Marsha cakap. Tak boleh jadi. Dia kena buat perhitungan dengan Mamat buaya antarabangsa tu. Ingat seseksi dia, dia masih waras lagi tau nak jaga maruah diri dia.

"Aku kena jumpa dia, "

"Babe... Kau yakin ke? Kau tak takut ke kalau dia ulang balik apa yang dia buat dekat kau malam tu? "Emelda mula rasa tidak senang duduk. Kalau si Rayqal tu bocor rahsia yang dia juga terlibat mati dia! Lagipun dia buat semua ni sebab dia suka Rayqal. Dia mahukan lelaki itu tapi kenapa Rayqal susah nak pandang dia?

"Aku tak takutlah dengan si pengecut tu. Aku nak tanya dia kenapa dia buat aku macam ni, "sekarang sudah waktu balik sekolah jadi, dia harus berjumpa segera dengan Rayqal.

Laju Aira jalan sehingga meninggalkan dua kawannya itu. Panggilan mereka dihiraukan saja. Qays yang juga baru mahu keluar, perasan yang Aira laju berjalan ke arah tempat letak kereta. Bukannya Pak Hamid ke yang akan ambil dia?

Qays terus ikut langkah Aira dari belakang. Dia malas nak tegur jadi dia memilih untuk ikut saja dari belakang.

Aira sedikit seram apabila terasa seperti dirinya diikuti dari belakang. Tak berani nak menoleh, Aira lajukan lagi kakinya berjalan di koridor makmal sains. Tote begnya dipeluk di bahagian depan. Tak tahan dengan itu, Aira terus pusing belakang tapi tiada apa pun dibelakang dia. Liur ditelan kesat. Qays menghela nafas lega apabila dia sempat menyorok di belakang tiang. Kus semangat dia.

Aira terkejut apabila dirinya diheret ke bahagian belakang makmal dengan mulutnya ditekup rapat. Aira mula meronta untuk dilepaskan. Ditepuk berkali-kali kekura tangan yang menekup mulutnya ketika ini.

"Lepaslah! "Aira bersuara sebaik sahaja tangan lelaki itu dilepaskan. Aira pusing kebelakang dengan matanya mencerlung tajam memandang gerangan itu.

"Kau? "











Ehek... Don't forget to vote and comment guys.. Untuk naikkan semangat dan idea saya untuk terus sambung cerita ni.

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now