Bab 3

1.3K 81 4
                                    

QAYS masuk ke perkarangan rumah banglo mengikut alamat yang diberi Dato' Mikail kepadanya. Matanya meliar sekitar kawasan tersebut. Boleh dikatakan semua tetamu kebanyakkannya seusia mereka. Majlis anak orang kaya. Terlampau bebas parti ni nampaknya. Qays dapat tangkap beberapa pasangan yang sedang berpelukan sambil jalan. Laju kepalanya digelengkan. Kereta diparkingkan di luar pagar tadi.

Qays berjalan menuju ke arah kolam renang. Fuh! Dengan belon bagai. Dia cari Aira sekarang ni. Tak sempat lagi dia menuju ke arah Marsha yang leka menari ikut rentak muzik, bahu Qays ditepuk dari belakang.

"Siapa suruh kau datang sini? Aku ada jemput ke? "Tanya Emelda sinis. Huh, lelaki miskin ni pijak kaki ke parti hari lahirnya? Eeuww..

"Aku cari Aira. Mana dia? "Langsung tidak dijawab pertanyaan sinis daripada Emelda. Wajah Emelda langsung tak dilihatnya. Sekarang ini hanya Aira kerana ini sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari Aira. Kang marah Dato' Mikail nanti.

Emelda juling bebola matanya ke atas. Haish, kacau daun betul jantan sekor ni!

"Mana Aira pun kau tak payahlah nak kisah. Kau fikir kau cari dia macam ni dia suka ke? "

"Hey.. Aku tak kisahlah dia suka ke tak. Mana Aira? Tu soalan aku, "tegas suara Qays buat Emelda telan liur. Dekat sekolah pun boleh nampak Qays ni walaupun baik, dia ada tegas dia tersendiri. Dan, sekarang Emelda nampak Qays tengah serius tapi... Ada dia kisah ke?

"Kalau aku tak nak bagitau? "

Qays berdecit. Qays mula berjalan setapak demi setapak mendekati Emelda. Qays berani buat begitu sebab dia dah nampak Emelda dekat dengan kolam di belakangnya.

"Kau tak jawab,kau lemas, "ugut Qays sambil tersenyum sinis. Emelda sudah mula kecut perut. Dia... Tak pandai berenang. Itu satu-satunya kelemahan yang dia ada. Dan...Qays tahu benda tu sebab Emelda pernah lemas sewaktu mereka melakukan aktiviti perkhemahan dulu.

"Mana Aira? "Desak Qays lagi dan lagi.

"Stop! Ye aku bagitau, "

"So.. Mana dia? "

Emelda senyum sinis.

"Kau jumpa pun maybe dia dah... "Lambat-lambat Emelda mahu utarakan hal itu.

"Dah apa?! "Suara Qays mulai meninggi. Kalau jadi apa-apa pada Aira malam ni sumpah Dato' Mikail akan kecewa dengan dia.

"Dah jadi santapan malam untuk Rayqal mungkin? "Emelda mula ketawa mengejek. Ingat dia tak tau yang si Qays ni ada menaruh hati pada Aira?

Qays ketap gigi geram. Penumbuknya mula digenggam erat. Gerun Emelda tengok Qays ketika ini.

"Mana diorang? "

Bergegas Qays menuju ke dalam rumah banglo tingkat tersebut mahu mencari Aira. Sebaik sahaja dengar apa yang diberitahu oleh Emelda, laju jantung Qays mengepam darah. Kalau apa-apa jadi kepada Aira takkan mampu dia nak menjawab kepada Dato' Mikail walaupun Qays tahu Aira yang salah sebab ikut serta parti yang begini.

Buka sahaja pintu bilik tetamu, terpampang Rayqal yang tengah buka baju Aira di bahagian atas bagi  menyerlahkan lagi leher putih Aira. Laju kaki Qays melangkah ke dalam sebelum bahu Rayqal ditarik ke belakang dan satu tumbukan padu hinggap pada tulang pipi Rayqal.

Berdecit Rayqal. Macam mana Mamat ni boleh sampai ke sini?

"Kau...kau tumbuk aku?!"jerkah Rayqal. Senak jugaklah. Habis muka handsome dia sekarang ni.

"Kenapa tak boleh? Sekarang tepi, "ditolak Rayqal ke tepi sebelum badan Aira yang sedikit terdedah ditutup dengan selimut yang terdapat pada hujung katil. Lantaklah, asalkan dia dapat tutup badan Aira yang sememangnya terdedah itu. Walau alim macam mana pun dia, dia tetap lelaki.

"Weyh bangang, mana kau nak bawa Aira hah?! "Rayqal mula berang. Sesuka hati saja Qays cempung tubuh Aira.

Qays jeling Rayqal.

"Kau jangan sampai aku buat report yang kau cuba nak buat benda tak baik dekat Aira. Kau halang aku, sekarang juga aku bawa Aira pergi balai polis. Kau nak? "Ugut Qays. Semiskin-miskin dia, dia belum bodoh lagi untuk terus biar dirinya berada di bawah tapak kaki orang kaya macam Rayqal.

Terdiam Rayqal. Dengan muka tak puas hati ditayangkan kepada Qays. Kali ini, dia terpaksa mengalah. Dan, ini takkan menjadi kali terakhir dia mencuba. Kau tunggu Aira. One day, tubuh kau akan jadi milik aku jugak!
































AIRA, Qays letak di sebelah tempat pemandu. Aira memang sudah tak sedarkan diri dah. Nampak gayanya Aira mabuk teruk sangat ni. Habis dia balik nanti. Tali pinggang keledar dipakaikan untuk Aira. Kali ini, Qays dapat pandang wajah Aira dari jarak dekat. Waktu Aira tidur tenang gila wajahnya nak dibandingkan ketika gadis itu berjaga. Memang jauh beza. Muka tenang ini juga yang banyak menghinanya.

Setelah sedar yang dirinya terlalu jauh memerhati wajah yang tidak halal baginya, Qays segera berdehem untuk buang jauh perasaan yang berputik di hatinya.

Sambil memandu, sesekali Qays pandang wajah Aira yang terkadang terkena pancaran cahaya lampu jalan.

Cantik...

Tapi sayang, langsung tak jaga kecantikan tersebut hanya untuk suami. Ni kalau Aira tahu Qays yang cempung dia, Qays yang selamatkan dia. Sudah pasti gadis itu meraung siap sental badan dengan berus tembaga lagi sebab Qays sentuh dia. Tak taulah kenapa Aira benci dia sangat. Hari-hari dia cari apa salah dia kepada gadis itu sampai Aira langsung benci nak tengok muka dia. Hina sangat ke dia jadi anak orang gaji?

Sampai sahaja di rumah, Qays teragak-agak untuk mencempung tubuh Aira tapi mana ada orang lain lagi yang boleh tolong. Abang Aira bukannya ada di sini. Dato' Mikail dan Datin Hanna setia menanti di ruang tamu.

Bukan main terkejut mereka melihat keadaan Aira yang lembik dalam cempungan Qays.

"Dato', Datin maaf terpaksa pegang Aira, "ucap Qays. Dia bukan sengaja nak sentuh tapi terpaksa.

"Tak pe letak je dia dalam bilik. Kejap lagi saya nak cakap dengan awak. Hanna pergilah teman Qays then, uruskan Aira, "sah, Dato' Mikail nak tau apa yang berlaku tadi sampai Aira jadi macam ni.

"Baik Dato', "dibawa Aira ke tingkat atas diikuti Datin Hanna.

Selesai meletakkan Aira ke atas katil, Qays meminta diri kepada Datin Hanna. Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar dari bilik, Datin Hanna tahan Qays.

"Thanks Qays. Saya minta maaf sebab susahkan awak, "ucap Datin Hanna.

"Eh tak pe datin. Saya tak kisah pun, "Qays senyum manis kepada Datin Hanna sebelum segera kembali ke bawah untuk bercakap dengan Dato' Mikail. Datin Hanna pandang Qays sekilas sebelum pintu bilik ditutup rapat.

Sejuk hati dia tengok Qays. Berbudi bahasa orangnya. Tapi tak faham dia kenapa Aira tak suka Qays. Ni kalau Aira suka Qays mahunya dia cop jadi menantu. Tak kisahlah Qays anak orang gaji ke apa yang penting perangai Qays sangatlah menyenangkan hati tuanya.

Perhatiannya segera kembali kepada Aira. Dengan selimut yang membaluti tubuh Aira buat Datin Hanna berkerut dahi pelik. Dibuka sedikit selimut yang dibalut pada badan Aira untuk lihat keadaan anaknya itu. Bukan main terkejut tengok baju Aira yang sudah terdedah dan juga merah-merah pada bahagian leher Aira lagi buat Datin Hanna terkejut.

"Apa yang berlaku? "





Wuhoo ashiap lagi.. Ehek!

Don't forget to vote and comment..

And lagi satu siapa yang berminat dengan ebook diari hati arfa boleh dm saya ye dekat 019-8234580...RM3 sahaja...nak tengok best ke tak boleh pergi baca sikit yg saya publish tu.

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now