Bab 11

1.1K 82 9
                                    

"KAMU nak terima ke tawaran Dato' tu? "Tanya Puan Mariam. Bagi dia Qays masih terlalu muda lagi untuk mendirikan rumah tangga. Tambah pula dengan anak majikannya. Dari pandangan matanya saja dia sudah nampak yang Aira tak sukakan anaknya ini. Dan, kenapa pula secara tiba-tiba Dato' Mikail nak jodohkan Qays dengan Aira? Ini bukan drama TV ya.

Qays sendiri terkejut. Nafas dihela panjang. Jujur, dia bukanlah jenis lelaki yang suka buat keputusan yang terburu-buru. Perkara ini dia perlukan masa dan ruang untuk berfikir. Kalau Aira tu baik dan sukakan dirinya sudah lama dia terima tapi Aira... Bencikan dia. Tak suka dia.

"Entahlah umi. Qays tak tahu, "balas Qays senada. Mata redupnya jauh memandang ke hadapan. Bibir bawahnya digigit kecil. Tak tau nak fikir apa.

"Pada pendapat umi, kamu cakaplah elok-elok dengan Dato' dan Datin tolak permintaan diorang tu, "ujar Puan Mariam. Dia bukan tak sukakan Aira dan keluarga mereka tapi, keluarga dia dan mereka macam langit dengan bumi. Tak sesuai langsung nak berdampingan.

"Kalau... Qays dah kerja nanti umi terima ke kalau Aira jadi menantu umi? "Tebak Qays. Dia bukan apa, memang Aira bencikan dia, tak suka dia tapi... Tak tau kenapa bagai ada sesuatu pada gadis itu yang buat Qays sedikit tertarik.

Berkerut kening Puan Mariam. Qays ada hati dengan Aira ke?

"Maksudnya... "

"Ye umi, Qays mengaku yang Qays ada rasa suka dekat Aira tapi... Qays tau apa yang umi fikirkan, "buat apa nak berselindung dengan ibunya kan? Dia suka, dia cakap.

"Kamu boleh kan buang perasaan tu? "

Qays pandang Puan Mariam. Dia tahu Puan Mariam rasa rendah diri bukan sebab tak suka Aira ke apa. Cuma taraf kedudukan mereka yang buat Puan Mariam tak berapa setuju.

"Umi... "

"Umi tak nak kita ada masalah di kemudian hari Qays. Kita tak sehebat mereka. Kalau nak cari isteri, cari yang setaraf dengan kita. Kamu tak penat ke asyik kena hina dengan Aira? "Ingat Puan Mariam tak nampak dan dengar ke apa yang Aira asyik kata dekat Qays. Jijik, benci, tak suka.

Qays diam. Tangannya naik bermain jari sendiri. Terasa dengan kata-kata Puan Mariam. Bahunya ditepuk Puan Mariam dan dielus lembut. Dia sayangkan Puan Mariam. Puan Mariam lah nyawanya. Tapi, peluang hanya datang sekali, dia rasa dia betul-betul sukakan Aira tapi mampu ke dia nak sara gadis itu? Setakat makan pakai tu cukuplah tapi untuk beri kemewahan sepertimana kemewahan yang diberikan oleh Dato' Mikail kepada Aira... Dia tak mampu.

"Tapi umi...Qays kan nak kerja lepas habis STPM.. Boleh kan umi? Umi percayakan Qays? "Dia betul-betul rasa mahu halalkan Aira. Dia nak ubah Aira. Ubah ke arah yang lebih baik.

"Kamu ni betul-betul serius ke ni? "Puan Mariam mula rasa mengalah dengan anaknya ini. Ya, Qays anak yang bertanggungjawab, anak yang sangat rendah diri. Dia tak mahu anaknya terluka. Dan mungkin kalau anaknya ini terluka, sangat buruk kesannya nanti.

"Qays serius umi, "

Puan Mariam menghela nafas berat. Tangan Qays diambil dan dielus lembut. Redup matanya memandang wajah Qays.

"Umi tak nak anak umi terluka di kemudian hari. Umi tak sanggup nak tengok air mata kamu. Janji dengan umi, yang kamu dapat bertahan dengan perangai Aira nanti, "Puan Mariam tak berapa yakin yang Aira boleh bahagiakan Qays. Namun, untuk dia bencikan gadis itu siapalah dia.

"Umi jangan risau okey? Qays kan lelaki bukannya perempuan. Hahaha..."rasa kelakar pula Puan Mariam ni. Mana macho kalau dia menangis. Dalam hati dia sudah tersengih. Before kahwin bolehlah dia tunjuk sikap lemah lembut pada Aira. I will show my other side after i marry you, Aira.

Pap!

"Aduh umi.. Ni kenapa tampar Qays ni? "

"Berangan apa tu? Jangan nak berangan lebih-lebih eh. Belum apa lagi dah gatal, "

Qays baik garu kepala sendiri. Ish, umi ni kan. Tahu je apa yang ada dalam fikiran anaknya ini.



























"BABAH tak bergurau kan? "Rasa nak luruh jantung dia dengar yang Dato' Mikail nak jodohkan dia dengan pilihan hati Dato' Mikail. Ni zaman dah berubah kenapa perlu aturkan lagi jodoh anak-anak?

"Babah serius Aira, "

"Oh, pleaselah babah. Aira baru 18 kot lepas tu babah nak Aira kahwin? I still wanna enjoy my single life, babah, "bantah Aira. Dan siapa lelaki itu?

"Gotcha! Perkataan enjoy tu yang babah tak nak dengar. Enough is enough sayang. Babah tak nak Aira terus hanyut dengan aktiviti yang entah apa-apa tu, "Dato' Mikail duduk berpeluk tubuh di meja kerja sambil mata tu nak memandang Aira yang jelas tidak puas hati.

"Babah... "

"Kalau Aira bantah babah tarik semua apa yang babah bagi pada Aira. No more credit card, shopping, hang out, car.. Apa lagi ye? "

"Sampai hati babah. Apa yang hebat sangat jantan yang babah nak kahwinkan dengan Aira tu? "

"Watch your mouth Aira. Dia ada nama, "bidas Dato' Mikail.

"Jadi, siapa dia? "

"Sampai hari akad nikah nanti, baru kamu tau siapa dia, "

"What? Are you insane babah? Aira akan kahwin dengan lelaki yang Aira tak kenal plus 'dipaksa' kahwin okey. Macam mana kalau dia tak handsome? Macam mana kalau dia... "

"Aira.. Stop it my lovely daughter, siapa pun dia.. Handsome ke tak janji babah suka dia. Dia yang terbaik untuk jadi suami kamu, "Dato' Mikail senyum senget. Aira sudah mula gelisah.

"Babah... Aira tak nak kahwin, "suara Aira merengek tidak mahu, Dato' Mikail langsung tidak peduli. Akhirnya, Aira keluar dari bilik kerja Dato' Mikail yang ada di rumah mereka ini. Sebal dia rasa. Susah betul nak bangkang kalau keputusan ini datang dari Dato' Mikail a.k.a babahnya itu.

Hmm.. Masih ada mommy. Mungkin mommy boleh tolong? Terus tingkat atas dituju untuk mencari Datin Hanna. Haish, mana pula mommy dia pergi ni.

Aira terus duduk berehat di atas sofa yang berada di tingkat dua rumahnya itu. Serabut fikir. Dengan tak tau siapa bakal 'suami' nya itu lagi. Terpaksa pula dia terima. Ya Allah... Baru sekarang rasa nak beristighfar banyak?

Tengah serabut macam ni lalu pula gerangan yang dia betul-betul tak suka ni.

"Kau buat apa dekat tingkat ni? Kau jangan nak macam-macam eh? "Tegur Aira.

Qays berusaha untuk pandang tempat lain sebab sudah tahu bagaimana pemakaian Aira ketika di rumah. Hanya bersinglet dan juga berseluar pendek. Tak ada rasa malu ke apa pun tak tau lah.

"Saya datang nak ambil baju kotorlah. Umi yang suruh, "balas Qays.

"Cepat sikit. Bertambah serabut kepala aku lepas tengok muka kau, "kata Aira kasar. Yelah, tengah mood tak baik sekarang ni. Si Mamat ni pula lalu lagi la rasa nak marah. Dia kena fikir lagi jalan untuk tidak kahwin. Tak faham ke yang dia tak suka?

Qays angkat muka kemudian senyum manis ke arah Aira dengan mata terpejam.

"Okiee bos, "tangannya naik ke atas kepala gaya tabik kepada Aira ditayangnya. Aira jungkit bibir tanda menyampah. Ingat comel lah tu. Qays terus berlalu pergi dari situ untuk melaksanakan tugasnya.

"Takut nanti benci jadi sayang je. You don't know me well Aira, "gumam Qays sebelum raga kain kotor diangkatnya.







DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT TOO..

TBC...

24/10/2021

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now