Bab 9

1K 77 8
                                    

AMALIN kemam bibir untuk menghilangkan rasa gugup dalam dirinya. Seisi kelas memberi perhatian kepadanya. Ada yang berbisik-bisik selepas melihat dirinya dan ada juga yang tersenyum manis memandangnya. Mungkin dengan gayanya yang bertudung labuh buat mereka memandangnya sebegitu.

"Baik kelas, ni Nur Amalin pelajar baru dekat sini. Jadi, cikgu harap kamu semua boleh terima dia dengan baik ya,"

"Kamu boleh duduk dekat tempat kosong tu, Amalin, "tunjuk cikgu Qatrun kepada Amalin. Amalin angguk sedikit sebelum melangkah ke tempat duduknya itu. Matanya mengerling sekilas ke arah kawan sebelah mejanya itu.

"Hai, saya Amalin. Awak? "Tanya Amalin lembut.

"Nama I Aira Nabila. And you can call me Aira, "balas Aira dengan nadanya yang sedikit sombong. Malas dia nak kenal orang baru. Aira ni seorang yang agak susah nak kenal dengan orang baru. Jadi, dia malas nak beramah mesra sangat.

Amalin mengangguk saja apabila melihat Aira sepertinya agak kurang senang dengan kehadirannya itu. Tanpa memikirkan lebih, Amalin hanya pandang hadapan sebaik sahaja mengeluarkan buku panjangnya ke atas meja. Tiba-tiba rasa rindu dengan kawannya di sekolah lama.

Habis sahaja kelas, waktu rehat pun tiba. Semua pelajar tingkatan enam berpusu-pusu keluar kelas. Masing-masing perut sudah berkeroncong lapar. Namun tidak untuk pelajar yang bernama Aira. Emelda dan Marsha awal lagi hilang sebab lapar.

Amalin teragak-agak mahu tegur gadis itu.

"Ermm... Awak tak nak keluar rehat ke? "

Aira terus pandang Amalin dengan pandangan kosong. Tolonglah jangan soal dia banyak-banyak. Bagilah dia nilai dulu Amalin ni sebelum dia nak berkawan dengan gadis alim di hadapannya ini.

"I tak lapar. You keluarlah dulu, "balas Aira.

"Kalau macam tu... Okeylah. Saya pergi dulu, "pamit Amalin. Entah kenapa kus semangat dia nak cakap dengan Aira. Muka cantik tapi sayang dingin dan tiada senyuman yang terlakar di wajah itu. Dia juga tidak tahu apa masalah gadis itu.

Keluar sahaja Amalin dari kelas, Rayqal terus masuk ke dalam kelas Aira. Sebenarnya Rayqal ni satu kelas dengan Qays. Jadi, waktu rehat yang ada dia akan berkeliaran untuk mencari Aira. Kerusi di hadapan Aira ditarik sebelum dia duduk. Matanya tepat memandang Aira yang buat tidak tahu saja dengan kehadirannya itu. Pura-pura sibuk dengan bukunya.

"Sayang... Tengoklah sini, "panggil Rayqal. Aira sengaja pekakkan telinganya. Naik berbulu telinga dia dengar Rayqal panggil dia sayang.

Rayqal mendecit kecil apabila Aira buat-buat tak nampak dia di situ. Rayqal ketap gigi sehingga rahangnya kelihatan.

"You... Tengoklah I ni, "

Aira hentak pen ke atas meja dengan agak kuat. Matanya mencerlung tajam memandang Rayqal. Apa masalah lelaki ini pun dia tak tahu lah. Banyak lagi perempuan dalam sekolah ni yang dia boleh kacau dan yang memang sukakan dia. Kenapa Aira juga yang diganggu?

Rayqal senyum sumbing apabila Aira angkat kepala memandangnya. Walaupun itu pandangan tajam dia tetap suka.

"Kau keluar boleh tak? "

"Sampai hati you sayang. Jomlah rehat. I belanja you makan okey? "Ajak Rayqal tak berputus asa. Kembang kempis hidung Aira menahan rasa marah. Sabar Aira.

Tak semena-mena tangan Aira di atas meja, Rayqal elus lembut. Aira dengan rasa geram yang menggunung, terus ditumbuknya batang hidung Rayqal sekuat hati. Nafas Aira turun naik. Dia rimas dengan Rayqal. Rayqal sudah mengerang kesakitan. Hidungnya disentuh. Sebaik sahaja melihat tangannya, bukan main terkejut dia melihat ada cairan merah di tapak tangannya.

Hidungnya sekali lagi disentuh. Ya, hidung Rayqal berdarah. Darah mengalir keluar dari hidungnya. Aira senyum sinis sebelum keluar dari kelas. Puas hati dia. Qays yang baru saja sampai terkejut melihat keadaan itu. Qays nampak Aira senyum puas hati.

Kepala Qays dijengah ke dalam kelas untuk melihat apa yang berlaku tapi Rayqal keluar dulu dari kelas. Terserempak dengan Qays. Tangannya masih menekup hidungnya yang keluar darah itu. Berkerut kening Qays.

"Kau dah kenapa tutup-tutup hidung tu? "Sengaja Qays tanya kerana pelik dengan keadaan itu.

"Kau jangan nak sibuklah, "Terus Rayqal berjalan menuju ke tandas. Mujur ada tisu dalam kocek seluar dia, kalau tak mahunya dia menanggung malu di koperasi nanti dengan keadaan hidung dia yang macam ni. Kau tunggu Aira. Ada hari aku balas balik. Aku geram je dengan kau ni.

Qays angkat bahu tanda lantaklah. Tapi, Qays dapat merasakan bahawa apa yang berlaku kepada Rayqal pasti ada kaitan dengan Aira. Apa yang Aira buat?
















DATO' MIKAIL duduk termenung di kerusi meja kerjanya memikirkan soal Aira. Anaknya itu semakin dilarang semakin menjadi-jadi. Jadi, dia tengah fikir apa yang dia boleh buat untuk bentuk Aira menjadi elok, anak yang solehah yang menutup aurat dengan sempurna. Buntu Dato' Mikail memikirkan soal itu. Dia sama sekali tidak pernah abaikan Aira. Walau sesibuk mana pun dia.

"Abang tengah fikir, apa yang abang perlu buat untuk ubah Aira. Abang takut... Abang tak sempat nak tengok anak abang berubah, Abang dah pergi dulu, "

"Abang, "

"Tak Hanna... "

"Kenapa abang cakap macam tu? Saya tak suka abang cakap macam tu, "

"Hanna... Kita tak tau apa yang akan... "

"Dah abang. Jangan cakap lagi macam tu. Kita selesaikan masalah Aira ni sama-sama okey? "Bidas Datin Hanna. Dia tak nak dengar suami dia cakap macam tu. Dari dulu sampai sekarang Dato' Mikail lah tempat dia bergantung, tempat dia berkongsi semua masalah. Tak dapat dia bayang kalau suaminya itu pergi dahulu. Bukan nak menidakkan takdir tapi bagi Datin Hanna kalau boleh, lebih baik dia pergi bersama dengan suaminya. Tak sanggup dia.

"Yelah sayang... Tua-tua pun sweet lagi ye? "Dato' Mikail senyum sumbing. Memerah muka Datin Hanna. Ni yang sayang ni. Ada sahaja yang Dato' Mikail nak usik dia.

"Saya pun pening nak fikir pasal Aira ni abang. Kang saya kahwinkan dia baru dia tau, "omel Datin Hanna tanpa sedar perkataan 'kahwin' tu buat Dato' Mikail sedikit tertarik.

"Kahwin? "

Datin Hanna berkerut dahi melihat suaminya seperti sangat tertarik dengan kata-kata dia.

"Bagus idea awak ni, "

"Jangan cakap yang abang... "

"Ya... Abang rasa cara yang paling terbaik, kita bagi Aira kahwin, "Dato' Mikail fikir kalau Aira kahwin mungkin perangai dia boleh berubah. Dan, akan belajar untuk bertanggungjawab.

"Tapi... Aira kan sekolah lagi dan abang nak bagi Aira kahwin dengan siapa? "Datin Hanna mula pelik. Silap pula dia cakap macam tu tadi. Niatnya hanya bergurau tapi Dato' Mikail ambil serius pula.

"Soal calon suami yang abang akan pilih untuk Aira, awak jangan risau. Abang akan nilai dan saring betul-betul bakal menantu kita tu. Abang harap dia akan terima Aira, "

"Tapi apa yang abang nak buat? Macam mana? Abang rasa Aira tak protes ke? "

"Abang tau apa yang abang buat. Awak tunggu je nanti, "Dato' Mikail mula tersenyum penuh makna. Sudah ada dalam kepalanya siapa yang bakal menjadi calon menantunya yang terbaik.















Muehehehe.. Sorry lama tak update and saya akan update bila ada since saya dah start kelas skrg ni. So, saya harap ada yang suka story ni.

Haha.. Komen la seketul dua untuk naikkan semangat saya.. Thank you for reading..

TBC

10/10/2021

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now