Bab 28

1.2K 78 21
                                    

"AWAK tak perlu tahu pun siapa dia. Tak penting untuk awak, Amalin. Dah berkali saya cakap yang saya tak boleh nak anggap awak lebih melainkan hanya sebagai adik saya. Okey? "Kadang-kadang terasa rimas apabila seringkali Amalin berusaha untuk mendapatkan dirinya. Amalin cantik, baik dan sopan santun tapi hati dia hanya kepada Aira Nabila.

Satu nama yang dia sudah pahat di hati. Satu nama yang dia tak mampu nak buang walaupun dahulunya dia sering dihina dengan gadis itu. Amalin menunduk. Dia sedar yang dia sudah seperti terlalu menunjuk perasaannya kepada lelaki itu. Amalin angkat kepala memandang Qays. Dia tersenyum kecil dengan mata yang berair.

"Maaf Qays kalau saya terlampau memaksa awak. Saya minta diri dulu, "Amalin terus berjalan melintasi Qays. Dia akan cuba belajar untuk buang rasa suka dalam dirinya terhadap Qays. Angin malam yang meniup sepoi-sepoi bahasa buat Amalin memeluk tubuhnya yang mula terasa sejuk.

Momen itu disaksikan oleh Aira. Aira angkat bahu tanda tidak tahu. Mujur si Qays ni tak mudah terpedaya dengan perempuan.

"Awak intip saya? "

Terkejut Aira tiba-tiba sahaja Qays muncul di sebelahnya. Kus semangat. Kedua belah tangan Qays masukkan ke dalam kocek seluar slacknya.

"Bila masa saya intip awak? "Aira masih saja tidak mengaku. Qays menunduk sedikit badannya supaya kepalanya menyamai ketinggian Aira. Wajah Aira ditenung dalam. Senyuman paling manis ditayangkan kepada isterinya itu. Rasa comel pula bila Aira versi sekarang. Terasa indah dunianya apabila Aira baik-baik saja begini.

"Mengaku je lah, sayang... "Memerah muka Aira ketika itu. Geram dengan usikan Qays. Satu cubitan kecil dihadiahkan ke pinggang Qays.

"Aduh, "Qays mengaduh sedikit apabila mendapat satu cubitan berbisa dari Aira. Amboi bukan main cubit dia.

"Padan muka! "Aira terus berlari-lari anak meninggalkan Qays sendirian. Qays senyum kecil sebelum kakinya juga mula bergerak mengikuti langkah Aira.

Sampai sahaja di rumah, Qays dan Aira bersama-sama melangkah masuk ke dalam bilik. Aira melabuhkan punggungnya ke atas katil. Qays pula terus mara untuk membuka kemeja yang dipakainya. Sudah terasa rimas dengan keadaannya yang begitu.

"Eh, eh dah kenapa buka baju dekat situ pula? "Kalut Aira. Jangan macam-macam. Si Qays ni nak goda dia ke macam mana?

"Saya buka baju je lah,"

"Buka la dekat dalam bilik air sana, "arah Aira.

"Buka baju je lah sayang. Bukannya saya buka seluar depan awak pun, "balas Qays. Seronok pula dia hari-hari dapat sakat si Aira ni.

Terbeliak mata Aira dengan kata-kata Qays. Lelaki ini semakin lama semakin menunjukkan sisi dia yang miang keladi tu. Naik seram sejuk Aira dibuatnya. Senakal-nakal dia, dia masih malu dan takut dengan lelaki tau.

"Suka hati awaklah. Saya nak keluar, "laju Aira buka langkah mahu keluar dari dalam bilik. Baru sahaja mahu melangkah ke arah pintu bilik. Pintu laju ditahan Qays. Tersandar Aira di pintu sebaik sahaja Qays tepat berada di hadapannya ketika ini. Liur ditelan kesat.

"Saya usik je lah...duduklah atas katil sana. Nanti saya siap mandi, awak pula mandi ye, "butang baju kemeja yang sudah dibuka menayangkan dada bidang Qays kepada Aira. Why so hot? Tiba-tiba Aira rasa panas apabila mereka duduk dengan keadaan seperti itu.

"Cepatlah pergi mandi, "dada Qays Aira tolak dengan kedua tapak tangannya. Terus Qays terkebelakang. Aira kemudiannya kembali duduk di atas katil. Jantungnya masih laju berdegup melihat sisi seksi si Qays. Boleh naik gila dia kalau hari-hari macam ni.

Sebaik sahaja Qays hilang ke dalam bilik air, terus Aira melepaskan nafas lega. Semakin hari, semakin nakal si Qays ni. Dah kena sampuk hantu kot.













Selama beberapa minggu berbaik dengan Qays, Aira bahagia ketika ini. Tapi, tiada seorang pun di sekolah tau yang Aira sudah berkahwin. Lagi bertambah aman apabila Rayqarl sudah habis sekolah. Tiadalah orang yang nak mengganggu ketenteraman hidup dia.

Hari ni, Qays sudah berjanji untuk mengambil dia pulang dari sekolah. Jadi, Aira tunggu Qays di hentian bas luar sekolah. Jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas. Mana pulak si Qays ni. Dah janji tapi lambat pula.

Tunggu punya tunggu, kereta honda putih berhenti tepat di hadapan hentian bas. Berkerut dahi Aira melihat gerangan yang baru sahaja buka pintu kereta untuk keluar.

Rayqarl?

Apa jantan tak guna ni buat kat sini pula?

"Hello darling... Jom I hantar you balik? "Ajak Rayqarl. Sudah berapa lama dia perhati gerak geri Aira. Sehinggakan dia tahu apa yang disembunyikan Aira sekarang. Huh, tak de taste langsung si Aira ni. Dengan budak miskin tu.

"Eh, kau buat apa dekat sini hah? "Marah Aira. Dia benci, meluat semua ada dengan si Rayqarl ni. Rimas!

"Come on darling... I datang nak jumpa you. I... Rindu, "tangannya cuba menyentuh bahu Aira namun laju Aira menepis. Laju kakinya dibawa melangkah menjauh dari Rayqarl. Tanpa berputus asa, Rayqarl mengejar langkah kaki Aira.

"Kau nak apa lagi? "

"Simple question. I nak you lah nak apa lagi? "Selamba sahaja jawapan yang diberi Rayqarl.

"No. Aku tak nak kau, "

Rayqarl ketawa sinis.

"You tak nak I sebab you dengan budak miskin tu kan? Anak pembantu rumah yang you benci dulu kan? "Bidas Rayqarl. Tergamam Aira. Mana dia tau?

"Kau jangan nak merepeklah, "

"I know darling... But I tak kisah I tetap nak you, "

"Kau tak faham ke aku tak nak kau? "

"Come on darling. Lelaki miskin tu takkan boleh bahagiakan you. Duit pun tak de. Mampu ke dia nak penuhi apa yang you nak? "Kembang kempis hidung Aira ketika ini. Dia tidak mahu sesiapa tahu soal itu. Dia nak belajar dengan tenang.

Qays yang baru sampai memandang sekeliling mencari Aira. Tak de pula Aira dekat hentian bas ni. Tadi pagi dah janji. Tanpa membuang masa, Qays terus keluar dari perut kereta untuk mencari Aira. Selangkah demi selangkah Qays berjalan sehingga terdengar bunyi suara yang amat dia kenali ketika ini.

"Kau tak faham ke? Aku sikit pun tak cintakan dia. Aku bencikan dia. Kau fikir aku nak sangat ke Qays tu? Qays tu langsung tak layak untuk akulah! "Dihamburkan semua kepada Rayqarl. Sengaja untuk puaskan hati Rayqarl.

"You serious? "Tanya Rayqarl lagi.

"Yes. Aku serius. Now, aku nak kau balik. Baliklah Rayqarl. Aku penat, "separuh merayu suara Aira ketika itu. Dia tak suka Rayqarl yang masih mencari-mencari dia.

Luluh hati Qays yang mendengar. Jadi, selama ni... Aira langsung tak ikhlas nak terima dia? Jangan-jangan, Aira buat macam ni semata-mata untuk jatuhkan dia dengan cara halus macam ni kan? Gigi rahangnya diketap geram.

"Aku sedar siapa diri aku, Aira Nabila... "Setitis air mata jantan Qays turun mengalir di pipi.












TBC

7/7/2022

DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT TOO.. LOVE YOU GUYSS😘😘

Follow lah saya jugak hekhek👉👈👀nk followback mention je okiess😘

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now