Bab 22

1K 69 1
                                    

QAYS berdekah ketawa apabila Aira beria menjauh darinya ketika dia naik ke atas. Tambah pula ketika itu,Qays mengambil semula anak kucing putih tersebut untuk diletakkan kembali kepada ibunya. Rupanya Aira takut kucing. Ingat berani sangat.

"Sukalah kan kau gelakkan aku?"Aira muncung bibir ke depan. Meluat pula dia tengok Qays yang tengah gembira ketawakan dia. Eeee...geram je dia tengok. Laju Aira berjalan meninggalkan Qays yang baru sahaja selesai meletakkan aa kucing tersebut kepada ibunya.

"Eh Aira. Jangan lah laju sangat jalan tu. Tunggu lah saya,"Qays berlari-lari anak mengejar langkah Aira ketika itu. Eh,merajuk ke?Alahai manjanya. Isteri siapalah tu.

"Kenapa tak gelak? gelaklah lagi. Ingat aku main-main ke takut kucing?"Qays garu belakang telinganya yang tidak gatal.

"You know what,you're so cute bila marah-marah macam ni,"puji Qays tambah pula bila nampak pipi Aira yang mula memerah. Comel sangat!

"Kau jangan nak bodek aku eh,"

"Mana ada saya bodek. Saya cakap benda betullah,"

Aira jeling Qays sekilas. Ish!Handsome juga mamat ni senyum macam tu. Tergamam Aira untuk seketika. Aira berdehem kecil bagi menghilangkan rasa yang tiba-tiba terjentik di hati kecilnya. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa selesa dengan Qays. Mungkin sebab hari-hari Qays layan dia baik kot. Aira hanya diam selepas itu meneruskan joging.

"Tengku...dah fikir masak-masak ke dengan apa yang Tengku akan buat nanti?"fail dihulurkan kepada Tengku Arshad. Zakwan masih lagi berdiri di hadapan Tengku Arshad.

"Saya yakin Wan. Dah lama saya cari keluarga dia. Saya tak sangka dia dah lama meninggal,"redup wajah Tengku Arshad apabila si dia yang cari sudah lama meninggal dunia. Kalau tak boleh dia balas budi kepada si ayah,dia akan balas budi kepada si anak. Masih teringat lagi apa yang berlaku kepadanya dahulu. Jika tidak disebabkan lelaki itu,mungkin dia sudah lama meninggal dunia.

"Tapi,saya tengah tunggu masa yang sesuai saja. Sekarang saya akan biarkan dia habis belajar dulu. Lepas saja dia habis belajar,saya akan cerita pada dia dari A sampai Z,"Zakwan mengangguk faham. Dia terima segala keputusan yang akan dibuat oleh Tengku Arshad. Lagipun Tengku Arshad dia sudah anggap macam ayah. Tengku Arshad juga tidak punya siapa-siapa.

"Segala apa yang Tengku putuskan,saya ikut je. Kalau tak de apa-apa lagi saya keluar dulu ya? Dan lagi satu Tengku jangan lupa meeting pukul 4 petang nanti dengan Dato' Mikail,"sempat lagi Zakwan memberi pesanan kepada Tengku Arshad sebelum keluar.

Tengku Arshad tersandar di kerusi. Walau apa pun yang terjadi, dia akan balas semula apa yang dah dilakukan lelaki itu kepadanya. Lama dia tidak berjumpa dengan lelaki itu, tahu-tahu jumpa di mana lelaki tersebut tinggal, lelaki itu sudah tiada. Tak dapat ayah, anak pun jadilah.

"I will do everything for the sake of you and your family, "gumam Tengku Arshad. Tak kira apa yang berlaku, dia akan lakukan yang terbaik untuk balas semula budi lelaki itu yang sanggup selamatkan dia ketika itu. Walaupun sudah terang lagi bersuluh yang keadaan ketika itu sangat membahayakan nyawa.

"Soon, i will explain to you everything, "Tengku Arshad sudah tersenyum membayangkan hal itu.
















MACAM biasa Qays dan Aira ke sekolah. Perkara yang buat Qays seronok ialah Aira sudah lagi tidak marah-marah kepadanya. Sedikit sebanyak hal itu buat hati Qays senang. Syukur sangat Aira sudah sedikit terbuka kepadanya.

"Saya balik malam nanti tau, "ujar Qays dahulu kepada Aira . Mana tahu nanti Aira salah faham ke apa kan? Lagipun, Aira tak tahu yang dia tengah buat kerja part time sekarang ni.

"Aku pelik mana kau pergi eh? Malam baru balik. Bukan kadang-kadang tau tapi setiap hari. Rajin betul kau study,"bukan apa hari-hari Qays balik malam. Belajar apa sampai tak balik rumah dulu. Tak penat ke Qays? Eh, kenapa pula dia ambil berat pasal lelaki itu?

"Saya kerja, "ternganga Aira mendengar ayat itu. Qays kerja?

"Tutup mulut tu. Janganlah terkejut sangat, "Qays senyum senget. Comel je Aira.

"Kau buat kerja apa? Kau jangan macam-macam eh, "mana tahu Qays jual dadah ke apa tak ke naya? Sudahlah malam-malam baru balik.

"Apa saya buat tu awak tak perlu tahu. Yang penting halal. First gaji nanti saya belanja awak, " Qays kenyit mata kanannya kepada Aira. Sekali lagi Aira terkesima. Aura apa yang Qays bawa sampai boleh buat dia jadi macam ni. Selalu rasa tak keruan bila dekat dengan lelaki itu.

Aira juih bibir.

"Suka hati kau lah. Dahlah, aku pun nak gerak dah ni. Nanti lambat pula sampai sekolah, "Hisham yang sudah bersedia di dalam kereta, tersenyum manis kepada Qays. Qays angkat tangan kepada Abang Hisham tanda dia juga sudah mahu ke sekolah. Lagi sebulan sahaja lagi dia akan habis STPM. Cepat saja masa berlalu.

Sampai sahaja di sekolah, Qays terserempak dengan gadis yang dia jumpa di perpustakaan dulu. Apa nama entah dia pun sudah lupa. Gadis itu tersenyum manis kepadanya.

"Awak masih ingat saya? "Tegur si gadis. Niat Amalin menegur hanya kerana untuk beramah mesra. Ye lah, dia masih ingat nama lelaki ini.

Sudahlah handsome! Qays dah macam crush Amalin dah ketika ini. Melihat dahi Qays yang berkerut seribu, tahulah dia bahawa Qays tidak berapa ingat dia. Tak apa, dia boleh kenalkan diri semula kan?

"Saya... Amalin, "Amalin beria kenalkan dirinya pada Qays. A

"Ouh.. Aha, saya ingat. Sorry, terlupa nama awak. Okeylah Amalin, saya pergi dulu, "langkah kakinya dilakukan supaya cepat sampai ke kelas. Tidak betah berada dekat dengan gadis itu. Mahunya Aira ternampak rosak masa depan dia nak lembutkan hati Aira.

Amalin mengeluh kecil. Niat dia nak berkawan je. Susah betul senior dia ni. It's okay, ada masa jumpa lagi. Kakinya turut dibawa melangkah ke dalam kelas.

Aira yang tengah hirup udara pagi yang segar, tersentak apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Suara lelaki yang dia cukup tak suka nak dengar sekarang ni.

"Aira wait! "Rayqal termengah-mengah lari dari belakang sebelum berhenti di sebelah Aira apabila sampai di sebelah Aira.

"Kau nak apa lagi? "Tanya Aira kasar. Kalau nak diikut rasa tak suka dia pada Qays, dia lagi benci lelaki di hadapannya kini, Rayqal. Lelaki yang hampir merosakkan dirinya.

"I nak you, "

"Pleaselah Rayqal. Tolonglah jangan kacau aku. Aku tak suka kau. Kau faham tak? "Berkerut dahi Aira ketika itu. Jujur, dia rimas sangat dengan Rayqal. Tak cukup lagi ke perempuan di keliling pinggang lelaki itu?

Lagi satu, dia cukup tahu bahawa Emelda betul-betul suka Rayqal ni. Yang tak nak dikejar, yang mahu diabaikan. Pelik tapi benar.

"Kalau dengan you, I takkan faham. Yang I faham I sukakan you, Aira. Takkan itu pun you tak nampak? "

Aira tergelak sinis.

"Suka aku ke kau hanya nakkan tubuh badan aku? "Sinis sekali soalan Aira. Lantaklah lelaki itu nak fikir apa sekali pun.

"Or... Disebabkan bapak aku lagi kaya dari bapak kau? "Walaupun keluarga Rayqal juga ada business sendiri, masih juga ayah Rayqal belum berpangkat Dato'. Jadi, Aira fikir Rayqal juga mahu berdampingan dengan anak orang kaya seperti dia kan?

"No Aira. Please listen, "tangan Aira Rayqal usaha untuk raih namun ditepis kasar oleh Aira.

"Hands off me! Aku tak nak dengar apa-apa pun dari kau,"terus laju Aira berjalan meninggalkan Rayqal. Dia tak suka lelaki itu.

Rayqal ketap bibir geram.

"Kau buat aku makin geram dengan kau, Qays! Kau dah rampas Aira dari aku! "Bentak Rayqal ketika itu.





14/2/2022

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now