Bab 8

1.1K 88 3
                                    

ZAKWAN termenung sendirian di balik tingkap rumahnya. Dia meminta cuti kepada Tengku Arshad dan Tengku Arshad memberi cuti dua minggu kepadanya untuk selesaikan segala perkara soal adik-adiknya. Zakwan merancang untuk bawa adik-adiknya ke KL dan bersekolah di sana. Nafas dihela panjang. Sudah tiga hari ibunya pergi meninggalkan mereka tetapi kehadirannya masih tetap terasa.

Zakwan toleh kepala sebaik sahaja menyedari Amalin menyentuh bahunya lembut.

"Lin tahu abang sedih, terkilan sebab tak dapat nak jumpa ibu tapi, abang kena tau yang ibu tak pernah sekali pun terasa dengan abang, "berkali-kali Amalin memberitahu abangnya soal itu. Sebab Amalin nampak yang ibu mereka sungguh tak pernah sekalipun merungut.

"Abang cuma rindu ibu. Selalu kalau abang balik macam-macam ibu masakkan untuk abang tapi kali ni... "

Amalin terus peluk tubuh Zakwan. Amalin juga sedih cuma kalau dia terlalu ikutkan perasaan pasti abangnya itu akan risau.

"Nangislah abang. Bukan bermakna bila abang menangis tu, abang lemah tapi janji dengan Lin yang lepas ni abang akan kuat. Boleh? "

Zakwan diam. Namun dari hinjutan bahunya saja Amalin tahu yang Zakwan tengah menangis sekarang ni. Amalin hanya diam membiarkan. Selama ini Zakwan lah yang sara mereka untuk belajar dan segala-galanya selepas ayah mereka meninggal dan sekarang mereka bergelar anak yatim piatu. 

"Lin dan adik-adik ikut abang balik KL ye? Korang kena pindah sekolah, "ujar Zakwan selepas melepaskan pelukan. Amalin langsung tidak terkejut. Apa saja keputusan yang dibuat oleh abangnya, dia akan ikut.

"Zafril dengan Zakri pun abang akan daftarkan sekali satu sekolah dengan Lin, "

Amalin angguk.

"Okey abang. Lin ikut je apa yang abang nak buat. Terima kasih sebab tak pernah abaikan kami, "wajah kacak abangnya dipandang penuh perasaan. Umur abangnya sudah mencecah 26 tahun tapi masih belum bertemu jodoh.

"Tanggungjawab abang, Lin. Abang tak kisah pun. Semua ni buat abang happy. Lepas abang habis cuti and settlekan semua kita pindah. Sekali sekala kita baliklah kampung, "balas Zakwan.





















AIRA perhati saja keakraban Dato' Mikail dengan Qays setiap hari. Aira nampak yang babahnya tersenyum senang setiap kali bersama dengan Qays. Aira peluk tubuh memikirkan keadaan itu. Dia iri. Kenapa dengan Qays mudah-mudah saja Dato' Mikail berasa senang tapi dengan dia? Ke Qays yang racun babahnya dengan tunjuk sikap bajet alim dia di sini?

"Bagus awak ni Qays. Saya suka kematangan kamu, "bahu Qays ditepuk. Seronok dia tadi selepas ajak Qays ikut dia main golf. Qays tak kekok bergaul dengan kawan-kawannya. Sungguh tenang cara Qays melayan kawan-kawannya tadi. Tambah-tambah Tengku Arshad. Tengku Arshad beberapa kali memuji sikap Qays tadi. Katanya sopan Qays ni.

"Tak de lah Dato'. Saya biasa-biasa je. Macam mana Dato' kenal saya, macam tu lah saya, "balas Qays merendah diri. Lagipun pendapat dan sebagainya tadi hanya sebahagian daripada yang dia belajar dan dia fikirkan tak lebih dari itu. Sampai Tengku Arshad cakap dia bagus dan sesuai untuk jadi pemimpin dalam dunia bussiness. Qays hanya beriak tenang.

Dato' Mikail tersenyum. Sopan betul Qays ni. Untung siapa yang jadi isteri dia nanti. Dato' Mikail dapat merasakan yang Qays bakal menjadi suami yang bertanggungjawab. Kalau Aira bersikap seperti ini pasti dia senang hati. Tapi, Aira langsung tak pedulikan perasaannya sebagai seorang ayah. Anak sulungnya Airil pula sedang bekerja di luar. Katanya bulan depan baru balik.

"Nanti ada rezeki boleh lah kita keluar macam ni lagi. Terima kasih teman saya hari ni. Saya naik atas dululah nak mandi, panas pula, "Qays angguk kepala faham. Dia pun nak mandi juga. Badan dah berlengas semacam dah ni.

Baru sahaja mahu melangkah pergi ke biliknya, bunyi suara berdehem dari belakang. Qays pusing belakang kelihatan Aira sedang memandangnya dengan pandangan tajam.

Qays jeling ke kanan dan pandang semula ke hadapan bagi menghilangkan rasa gugup yang ada dalam dirinya sekarang ni.

"Kenapa awak pandang saya macam tu? "Tanya Qays walaupun dia dapat rasa yang Aira tak puas hati dengan dia sekarang ni.

Aira juling mata ke atas.

"Semakin rapat kau dengan babah aku kan? "

Dah dapat agak dah apa yang Aira tak puas hati dengan dia sekarang ni. Qays basahkan bibirnya yang terasa kering. Dalam diam Qays senyum. Dah alang-alang tu, usik je lah si Aira ni sekali. Asyik tegang je muka gadis itu. Dah macam tapai basi dah.

"Well... Macam apa yang awak tengok tu Alhamdulillah hubungan saya dengan Dato' baik setakat ni, "dengan bersahaja Qays pandang Aira. Saja mahu tengok reaksi Aira. Hari-hari Aira asyik tak puas hati dengan dia. Why not hari ni dia kenakan Aira kan?

"Kau memang sengaja kan?"

"And... Jangan terkejut pula nanti kalau tiba-tiba awak kena kahwin dengan saya, "sambung Qays lagi. Dengan senyum sengetnya ditayang kepada Aira. Seronok tengok muka merah padam Aira. Dia dapat lihat nafas Aira turun naik memandangnya.

"Stop it, Qays! Kau jangan melampau eh nak sebut-sebut perkataan kahwin tu dan jangan pernah berangan nak kahwin dengan aku, "benci dia dengar perkataan kahwin keluar dari mulut Qays. Tak suka!

Qays angkat bahu tanda tidak tahu dan malas nak ambil kisah. Senyuman manis ditayangkan kepada Aira.

"Okeylah awak. Saya tak kisah pun awak suka ke tak. Saya rasa dah berlengas dah badan saya ni. Kang nanti awak terjatuh cinta pula dengan bau peluh saya ni kan susah, "semakin seronok pula Qays dapat usik Aira ni.

Aira hentak kaki geram apabila Qays dengan selamba badaknya tinggalkan dia dengan perasaan marah sekarang ni.Nak je dia cekik-cekik Qays sekarang ni. Tak pernah-pernah Qays berani melawannya. Adakah sebab babah semakin rapat dengan dia?atau...dia rasa menang sebab babah selalu puji dia?

Omg Aira...stop thinking about that,okay??

Aira tarik nafas dalam dan hembus. Dia tak boleh hanya berdiam diri tengok babah rapat sangat-sangat dengan babah dia macam tu. A big NO!

"Buat apa dok perhati bilik Qays tu sayang?"tanya Datin Hanna yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Tadi dia dengan Puan Mariam tengah bersantai di luar sambil tanam pokok bunga. Masuk je ke dalam nampak Aira bercakap dengan diri sendiri sambil tenung pintu bilik Qays.

"Hah?"

"See...ada apa-apa nak cakap dengan Qays ke?"

"Mana ada,mommy...Aira belum sakit lagi nak cakap dengan si Qays tu. Takkan pernah mommy,"yakin je dia punya cara cakap tu.

Datin Hanna geleng kepala. Benci sangat dengan Qays tu. Berjodoh kang baru tau.

"Benci lah sangat si Qays tu. Kang yang dibenci tulah jodoh kamu baru tau,"balas Datin Hanna. Datin Hanna senyum dan berlalu naik ke tingkat atas. Bahu Aira ditepuk.

"Kenapa asyik cakap pasal kahwin,jodoh. Tadi Qays ni mommy pulak. Tak faham ke yang dia tak suka?"gumam Aira dengan rasa sebal penuh di dada. Aira juling mata ke atas sebelum turut naik ke atas untuk ke biliknya.






















Sorry kalau hambar🙂

TBC

30/9/2021

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now