Bab 26

1.6K 127 19
                                    

QAYS tepuk kedua belah tangannya sebaik sahaja selesai menukar tayar kereta pelanggan di bengkel. Bahu dan leher sedikit diregangkan. Hari ini boleh tahan orang yang datang mahu membaiki kereta. Uwais pula sibuk membaiki motosikal. Bengkel ayah Uwais ni boleh tahan besar sebab digabungkan untuk membaiki motosikal dan juga kereta.

"Siap dah kerja kau? "Tanya Uwais yang baru sahaja memasang kembali satu-satu cover set motosikal berjenama kriss tersebut.

"Siap dah untuk kereta Pak Ya tu. Bila dia nak ambil? "

"Kau call lah bagitau dia yang kau dah siap tukar tayar apa semua. Lepas tu tanya dia bila nak ambil, "

"Nombor telefon dia ada dekat mana? "Tanya Qays lagi. Dia tak tahu sebab bahagian tu ayah Uwais yang selalu uruskan.

"Kau masuk bilik tu, kau tengok selalu ayah aku tulis dalam buku. Kau cari lah, "

Qays hanya mengangguk kecil sebelum bilik kerja ayah Uwais dituju. Dicari satu persatu nama yang tertera. Terus senyumnya terbentuk sebaik sahaja nama Pak Ya berserta nombor telefonnya tertera di dalam buku.

"Assalamualaikum, Pak Ya. Ni Qays yang kerja dekat bengkel Ahmad tu, "

"Waalaikumsalam. Dah siap ke kereta saya? "Balas lelaki yang dipanggil 'Pak Ya' itu.

"Aha baru je siap. Bila Pak Ya nak ambil kereta tu? "

"Ermm.. Sekarang saya ada kerja lagi. Kalau saya pergi ambil esok boleh ke? "Dia sibuk sikit hari ni. Banyak kerja lagi yang perlu diselesaikan. Lorinya pun masih keluar masuk ambik buah kelapa sawit.

"Boleh-boleh, "balas Qays sebelum talian telefon dimatikan.

"Aku dah call Pak Ya. Dia cakap esok dia ambil kereta tu, "

"Ouh. Okeylah tu. Bro, kau tengok motor tu sekejap boleh? Alang-alang kereta kau dah siap baiki tu, "

"Mana? "

"Tu motor ex5 tu, "

"Okey boss. Nanti belanja aku makan eh. Hahahaha, "sempat lagi Qays bergurau. Bukan apa bergurau sambil buat kerja boleh hilangkan stress mereka yang ada.

"Ish kau. Pokai arr aku macam ni. Nasib kau kawan aku, "

"Eleh kau. Bukan selalu belanja aku makan, "gurau Qays. Padahal Uwais lah kawan yang sentiasa ada ketika dia susah dan senang. Uwais saja yang faham dia. Qays tarik senyum nipis.










BALIK sahaja dari kerja, sudah menjadi rutin harian Aira akan study di mejanya. Nampak saja Aira macam liar dan tak pedulikan apa pun, tapi bab pelajaran Aira tak pernah tinggal. Perlahan-perlahan berubah. Bukan senang orang yang macam Aira nak istiqomah.

Bunyi pintu yang tertutup buat Aira toleh ke belakang. Terus senyumnya melebar. Ya, tanpa disangka Aira mula terima Qays dalam hidup dia. Selama beberapa hari Aira cuba ternyata hati dia lebih tenang apabila berbaikan dengan Qays. Tak pernah lelaki itu abaikan dia.

"Eh,awak dah balik"Pen yang dipegang terus diletakkan ke atas meja. Panggilannya juga sudah bertukar awak-saya walaupun pada mulanya dia agak kekok.

Qays senyum. Tengok Aira macam ni rasa sejuk hati dia. Hilang penat kerja sehariannya.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now