Bab 25

1.2K 78 21
                                    

QAYS tergamam mendengarkan itu. Namun, tidak terlalu terkejut sebab dari awal pun dia dah rasa yang Amalin seperti berminat dengannya. Qays senyum nipis. Tidak mahu gadis itu terasa dengan apa yang akan diberitahu nanti.

"Saya harap awak tak terasa hati eh, kalau saya jawab ni? "

"Tak, saya akan cuba terima. Saya tak kisah yang penting saya dah luahkan apa yang saya rasa, "sedaya upaya Amalin akan terima keputusan Qays. Dia percaya jodoh itu di tangan tuhan. Tak kira cepat atau lambat.

"Saya tak marah awak suka saya tapi... Saya dah berpunya, "ujar Qays berterus terang. Dia tak mahu memberi harapan kepada gadis itu. Gadis itu layak mencari lelaki yang lagi bagus dari dirinya.

Walaupun sakit, Amalin terima sebab itu yang dipesan awal-awal lagi pada dirinya.

"Saya anggap awak tak lebih daripada seorang adik, "

"Saya faham. Beruntung perempuan tu dapat awak,"Amalin tersenyum hambar. Sungguhpun dia redha dengan keputusan Qays, Amalin masih memerlukan masa move on.

"Tapi...saya kenal ke perempuan tu?"Teringin juga Amalin nak tahu siapa gerangan yang bertakhta di hati lelaki pujaan hatinya itu.

Qays garu belakang lehernya yang tidak gatal.

"Errr...Sorry for now,I keep it as a secret. But one day,you will know who she is,"Qays bukan apa,dia takut hal ini akan mengangguk privasi Aira selepas ini. Sudahlah,dia dah habis sekolah. Tinggal Aira saja di sini.

"It's okay...ada masa,kita jumpa lagi. Maaf dah ambil masa awak," Amalin menunduk sedikit sebelum berjalan keluar. Entah-entah abangnya,Zakwan sudah lama tunggu.

Qays menghela nafas lega. Syukur sebab Amalin faham.

"Dia suka kau?"tak sengaja Uwais dengar juga perbualan Qays sebab Uwais berada tidak jauh dari situ.

"Kalau dia suka pun,aku tak boleh nak halang perasaan dia cuma hati aku ni dah ada nama Aira je,"

"Perghh!! Aku tabik la dekat kau. Even Aira tu macam you know...bukan aku nak mengata bini kau tapi kau setia,bro,"bahu Qays ditepuk. Qays jeling Uwais sekilas. Nasib nak kutuk pun berlapik. Doa je lah Aira berubah lepas ni dari segi pakaian. Percayalah,kalau Aira berubah macam tu,dialah manusia paling bahagia sekali.

"Dahlah,aku nak balik dulu alang-alang aku cuti hari ni an. Esok aku sampai awal punya dekat bengkel,"terus helmet diambil dan dipakainya. Tak sabar nak balik. Dia dah bebas tunggu masa untuk dapat keputusan dan juga sambung belajar sahaja. Kalau boleh tak nak jauh dari Aira.

"Ye lah,jumpa esok,"

SAMPAI sahaja Aira di rumah,terus dihumban badan ke atas katil. Dia akui dia rasa sakit hati sangat tengok Qays dengan Amalin tadi. Tanpa sedar sekali air matanya merembes keluar membasahi pipi. Baru sahaja dia nak rasa selesa dengan Qays,Qays dah buat dia rasa nak overthinking balik. Qays buat dia rasa susah nak percaya lelaki itu.

Kepala disembam ke atas bantal. Melepaskan rasa geram yang melanda hatinya ketika ini. Tak tahulah kenapa dia rasa sakit hati sangat.

'No,kau tak cintakan dia pun. Biarlah dengan siapa dia nak berkawan pun. Kau tak de hak nak halang dia!'

'Tu suami kau Aira. Dia punya layan kau elok kau nak biar je ke dia melepas dekat tangan orang lain?Ada otak tu fikirlah sikit,'

"Arghhh!!! Kau memang Qays. Kau memang buat aku tak keruan macam ni,"Aira melepaskan perasaannya dengan sepuas hati. Benci dengan perasaan sendiri yang egonya tinggi melangit. Bantal di tangan dibaling ke hadapan sehingga terkena kepala Qays yang baru sahaja menapak ke dalam bilik. Terkejut Qays dibuatnya.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now