Bab 7

1.1K 79 1
                                    

"AWAL tahun depan awak dah habis STPM kan? "Soal Dato' Mikail ketika berada di ruang tamu. Qays yang baru sahaja pulang dari belajar bersama dengan Uwais di rumahnya dipanggilnya. Rupa-rupanya mahu tanya soal pengajiannya.

"Ya, Dato'. Awal tahun depan dah habis dah, "

"Apa perancangan awak? Nak sambung mana pula lepas ni? "Tanya Dato' Mikail ingin tahu lebih lagi. Mana tahu dia boleh sarankan kepada Qays apa-apa. Lagipun, dia akan sokong Qays seratus peratus walau apa pun yang Qays nak buat.

"Tak tahu lagi Dato'. Saya minat business. Tapi, saya tak kisah dapat mana-mana pun asalkan saya dapat sambung belajar, "balas Qays. Jujur dia tak kisah dapat apa pun yang penting dia dapat sambung belajar. Kalau dapat sambung business lagilah dia seronok. Tak pun, dalam bidang kejuruteraan. Itu pun dia minat juga.

Dato' Mikail angguk faham.

"Saya doakan awak dapat apa yang awak nak tu. In shaa Allah, saya akan support awak untuk belajar nanti. Semua perbelanjaan untuk sambung study, saya tanggung, "

"Eh, Dato'... "

"No tapi-tapi okey? Anggap je nanti ni amal jariah saya untuk awak. Saya harap awak dapat gunakan peluang tu sebaik mungkin, "bahu Qays ditepuk mesra. Senyuman manis juga ditayang pada Qays.

Aira yang sedari tadi perhati dan dengar perbualan babahnya dan juga Qays sudah kembang kempis hidung menahan marah. Gigi diketap geram. Ini yang dia tidak suka. Dia dapat rasakan yang Qays buat baik dengan keluarga dia sebab harta. Sebab nak kikis semuanya.

Pergi saja Dato' Mikail dari situ, Aira terus mendekati Qays. Aira menghempas punggungnya di atas sofa solo hadapan Qays. Ditenung Qays dengan pandangan tajam. Berkerut kening Qays dengan tindakan Aira. Haih, Qays mula rasa tidak selesa sebab Aira dengan pemakaiannya di rumah bukan tidak tahu bagaimana. Tapi, terpaksa juga dia angkat pandangan sebab nak tahu apa yang Aira nak.

"Ada apa-apa ke yang awak nak saya tolong? "Tanya Qays selepas lama diam. Aira juga tidak mula bersuara. Tapi, melihat pandangan maut Aira Qays tahu bahawa ada sesuatu yang buat Aira tak puas hati dengannya.

Aira berdecit sambil hujung bibirnya terjongket senyum sinis. Mata dijulingkan ke atas. Dia benci perangai innocent Qays. Boleh tak, jangan berpura-pura baik? Dia sangat bencikan lakonan lelaki di hadapannya kini.

"Boleh tak jangan berpura-pura? "Tanya Aira penuh maksud.

"Apa maksud awak? Saya tak faham. Cuba awak terangkan. Saya ada buat salah ke? "Sedaya upaya Qays berusaha untuk senangkan hati Aira. Qays sedar di mana kedudukannya. Dia dan Aira bagaikan langit dengan bumi.

"Aduhai... Dia buat-buat innocent pulak, "mata Aira tepat memandang wajah tak bersalah Qays.

"Kau ingat aku tak dengar apa babah aku cakap dekat kau tadi? "Dengar sahaja itu, tahulah Qays bahawa perkara tadi yang buat Aira tak puas hati dengannya.

"Oh, awak marah soal apa yang Dato' cakap tadi? "Tebak Qays sambil senyum. Comel je tengok muka cemberut Aira. Haish! Apa kau ni Qays sempat lagi kan?! Ingat siapa kau!

"Kau rasa? "

"Kalau pasal tu, awak jangan risaulah. In shaa Allah lepas habis STPM, Saya akan kerja dulu before sambung belajar. Selagi boleh elak dari Dato' sponsor saya, saya akan cuba elak, "balas Qays. Dia kalau boleh memang tak nak berhutang budi dengan keluarga Aira lagi.

"Boleh tak kau jangan pura-pura baik depan aku? "Aira tak bolehlah. Aira rasa macam Qays hanya berpura-pura baik untuk tarik perhatian keluarga dia. Aira dah kenal ramai orang dan semua yang mendekatinya semuanya hanya kerana duit, harta. Ya, Aira ada kawan Emelda dan Marsha tapi Aira dapat rasakan yang mereka pun tak ikhlas berkawan dengannya. Tambah-tambah lagi Emelda. Aira cuma berkawan untuk hilangkan bosan. Demi itu, Aira bertahan.

"Astaghfirullahalazim... Saya tak berpura-pura Aira. Kenapa awak tak percayakan saya? Saya langsung tak ada niat untuk rampas apa-apa pun daripada awak Aira, "

"Dahlah Qays, selagi mana hati aku cakap kau berpura-pura. Takkan ubah persepsi aku yang macam tu terhadap kau. Aku naik atas dulu, "Aira bangun beredar daripada situ. Qays mengeluh lemah. Jujur tak pernah terlintas di hatinya untuk rampas apa yang Aira miliki. Selagi dia mampu cari duit untuk sambung belajar, dia akan cari. Itu yang akan dia buktikan kepada Aira bahawa dia bukan seperti apa yang Aira fikirkan.

Qays urut dahinya yang terasa pening dengan perkara tadi. Terus dia bergerak ke arah biliknya yang diberi Dato' Mikail untuknya. Biliknya juga di tingkat satu bersebelahan dengan bilik ibunya. Kata Dato' Mikail lebih elok begitu sebab Qays pun dah dewasa mesti ingin privasi sendiri. Berkali juga dia menolak tapi Dato' Mikail dan Datin Hanna berkeras juga.


























"IBUUU... Kenapa ibu tinggalkan Wan? Ibu dah janji yang ibu akan tetap ada di sisi Wan. Kalau ibu tinggalkan Wan macam mana dengan adik-adik? "Zakwan menangis semahunya sebaik sahaja sampai ke kampungnya. Dia menerima panggilan daripada kampung pagi tadi yang menyatakan ibunya sudah tiada. Bergegas dia ingin pulang ke kampung. Tengku Arshad juga turut pulang bersamanya.

Tubuh kaku ibunya dipeluk. Adiknya Amalin sentuh belakangnya. Dipeluk tubuh Zakwan dari belakang. Amalin sudah berusia 18 tahun. Sedih bukan kepalang apabila ibu yang mereka cintai sudah pulang ke rahmatullah akibat jatuh bilik air. Dalam sekelip mata sahaja mereka kehilangan ibu mereka.

"Abang... Kalau abang menangis macam ni, macam mana Lin dengan adik-adik akan kuat? "Tersentak Zakwan dengan soalan adik perempuannya itu. Lagi dua orang adiknya lelaki yang berusia 16 dan juga 15 tahun. Zafril dan juga Zakri.

Zakwan diam. Masih menahan air mata.

"Kalau abang lemah... Macam mana kami nak kuat abang? "Tanya Amalin lagi. Dia juga sudah puas menangis tapi, dia sedar kalau dia terus terusan menangis dan tak dapat nak menerima takdir, adakah ibunya akan tenang di sana?

"Abang... Abang minta maaf. Abang cuma, tak sempat lagi nak jumpa ibu. Abang tak sempat pun jenguk ibu bulan ni. Abang rindu ibu. Abang... "

"Abang... Ibu tau abang kerja untuk kami. Ibu tau abang dekat sana buat kerja ikhlas untuk kami. Ibu tak pernah merungut. Lin dengar sendiri yang ibu cakap dia beruntung dapat anak macam abang. Dia bersyukur sangat, "terus tubuh Amalin Zakwan peluk dengan rasa sedih yang tak tertanggung. Betul ke ibu cakap semua tu?

"Betul ke Lin? Ibu cakap macam tu? "Amalin angguk kepala mengiyakan. Belakang badan abangnya diusap. Amalin turut keluar air mata dengan keadaan itu. Ya Allah... Sakitnya perasaan ini.

"Allahuakbar... "Zakwan pejam mata.

'Ibu... Wan janji, Wan akan jaga adik-adik macam nyawa Wan sendiri. Ibu jangan risau lagi. Semoga ibu tenang di sana, 'gumam Zakwan dalam hati. Dia lepaskan pelukan pada Amalin.

Amalin seka air mata pada pipinya. Dia pun bersyukur dapat abang macam Zakwan. Sangat bertanggungjawab. Untung siapa yang bakal jadi isteri abangnya itu. Amalin senyum hambar.

"Jom baca yassin untuk ibu, "ajak Zakwan. Amalin angguk kepala. Tengku Arshad yang memerhati tidak jauh dari situ tersenyum melihat adik beradik itu. Tak rugi dia sara keluarga ini.













TBC

20/9/2021

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now