Bab 20

1.1K 80 5
                                    

AIRA turun ke dapur dengan hanya memakai crop top dan juga seluar pendek separas peha. Bukan main seksi lagi. Perutnya kosong berteriak minta untuk diisi. Puan Mariam sibuk cuci sayur dan sebagainya di sinki. Abang Hashim yang beli tadi untuk stok barang masakan.Senang sikit nak masak untuk makan malam pula.

Aira berdehem kecil kerana sekarang ni dia masih tak tahu nak membiasakan diri macam mana lagi dengan pembantu rumah merangkap ibu mertuanya ini.

"Eh, Aira nak makan? "Tanya Puan Mariam apabila sedar kehadiran Aira di dapur. Aira mengangguk kecil.

"Roti ada u—umi? "Sedaya upaya Aira cuba memanggil Puan Mariam dengan panggilan umi walaupun sukar. Puan Mariam hanya menghela nafas berat apabila melihat pakaian Aira. Walaupun kurang senang dengan itu, Puan Mariam yakin sebenarnya Aira ni masih boleh dibentuk cuma perlukan masa sahaja.

"Ada. Nak jem apa? Coklat atau strawberi? "Tanya Puan Mariam lagi.

"Tak pe yang ni Aira boleh ambil sendiri. Terima kasih, "Aira tayang senyum nipis buat Puan Mariam. Terkesima Puan Mariam ketika itu. Dia bukan apa, Aira selalunya hari-hari mood tak baik dan jarang sekali senyum. Tapi, hari ni Aira senyum kepadanya?

Entah kenapa, Puan Mariam rasa macam dia nak cakap sesuatu dengan Aira. Agak-agak Aira akan melenting tak? Puan Mariam berdehem kecil.

Lihat saja Aira yang tengah sapu coklat pada rotinya itu, Puan Mariam tegur.

"Aira, kalau umi nak cakap sikit boleh tak? "Aira angkat kepala memandang Puan Mariam. Keningnya bertaut. Nampak serius je Puan Mariam ni. Dia nak cakap apa?

"Nak cakap apa? "Tanya Aira terus. Puan Mariam tarik kerusi di hadapan Aira untuk duduk. Bibirnya dibasahkan sedikit.

"Umi harap sangat apa yang umi nak cakap ni, Aira bersifat terbuka. Umi tak nak Aira tersinggung ataupun terasa hati dengan umi. Dan yang paling penting, umi harap Aira... Tak anggap yang umi nak ambil kesempatan ke atas Aira, "serius gaya Puan Mariam ketika ini. Yelah,dia tak mahu Aira salah anggap yang bukan-bukan pula. Sebagai orang tua dia nak yang terbaik untuk anaknya,Qays Nufail.

Aira mula rasa seram sejuk. Ish, dah kenapa pula Puan Mariam ni?

"Aira... Masih tak boleh terima Qays ke? "Puan Mariam bukan apa, dia kasihankan anaknya itu. Berkorban apa saja untuk Aira sebab dia sayangkan gadis ini. Dapat Puan Mariam rasa bahawa Qays ikhlas cintakan Aira.

Aira terdiam. Dia susah nak terima orang sebab selama ni semua yang sukakan dia, nak berkawan dengan semuanya sebab dia anak orang kaya, anak Dato'. Emelda dengan Marsha juga dia tahu mereka sudi berkawan dengannya sebab dia juga anak orang kaya. Kalau dia miskin,rasanya muka dia pun mereka tak sudi nak tengok. Aira lebih rela tak ada kawan baik dan bersendirian. Itu sebab dia suka rehat dan semuanya seorang diri. Lagipun,tinggal tak sampai setahun sahaja lagi untuk habiskan STPM.

"Umi faham... Aira tak dapat nak terima Qays sebab Qays bukan lelaki idaman Aira. Tapi, Aira kena tahu juga yang anak umi memang sayangkan Aira. Dia cintakan Aira, "wajah redup Puan Mariam dipandang dengan penuh tanda tanya. Ya, jantung dia berdetak laju sekarang ni. No! Dia tak rasa apa pun. Dia tak boleh jatuh dalam genggaman Qays.

"Qays tak pernah cakap dekat umi yang dia cintakan mana-mana perempuan pun. Aira yang pertama, "

"Aira... "

"Umi faham Aira. Umi takkan paksa Aira untuk cintakan anak umi balik. Umi cuma berharap yang Aira dapat belajar untuk terima dia sikit-sikit sebagai suami Aira. Itu je. Tak banyak, sikit pun tak pe, "habis lembut Puan Mariam bercakap dengan Aira. Tapi, Puan Mariam rasa lega sebab Aira tak melenting. Alhamdulillah.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now