Bab 29

1.4K 93 17
                                    

"AKU sedar siapa diri aku, Aira Nabila... "Setitis air mata jantan Qays mengalir menuruni pipi. Bergetar bibir menahan rasa di hati. Dalam banyak kata Aira terhadap dirinya, ini yang paling menyakitkan untuk dia.

Aira terus tergamam saat melihat Qays berdiri tegak tidak jauh darinya. Dapat dia lihat air muka Qays berubah.

Qays yang berada jauh dari Aira dan Rayqarl mula mendekati mereka. Air mata tadi diseka dengan jarinya. Digagahkan juga kakinya untuk melangkah.

"Jom balik, "satu kata yang agak dingin pada pendengaran Aira. Baru sahaja lengan Aira ditarik Qays, Rayqarl pantas menahan.

"Bro, aku tak habis cakap lagi dengan Aira, "tahan Rayqarl. Qays berdecit. Wajah Rayqarl ditenung tajam.

"Masa kau dengan dia dah habis. Sekarang, aku nak bawa dia balik. Boleh lepas tak lengan dia sekarang ni? "Dingin. Tak pernah-pernah Aira tengok Qays sedingin ini. Naik seram pula dia secara tiba-tiba. Qays dengar ke apa dia cakap tadi? Bibir bawah digigit.

"Kau siapa? Nak halang-halang aku? Dasar miskin, "sinis sekali kata-kata Rayqarl. Qays senyum senget. Sinis pada pandangan mata Rayqarl.

"Yes. Aku tau aku miskin. So what? Aku kacau duit kau ke? Takkan? Jangan sampai buku lima aku naik ke tulang pipi kau baru kau sedar langit tu tinggi ke rendah, "bidas Qays.

"Sombong betul kau. Baguslah kalau kau sedar diri tu. Sedar sikit yang kau tak layak nak berdiri dekat sebelah Aira. Okey? "

"Stop Rayqarl. Aku nak balik, "laju Aira heret lengan Qays meninggalkan Rayqarl di situ. Naik sakit telinga dia dengar Rayqarl menyalak entah apa-apa.

Baru separuh jalan, Qays perlahan-lahan lepaskan tangan Aira dari terus memegang lengannya itu. Terkejut Aira ketika itu. Qays.. Marah dengan dia ke? Tanpa membuang masa, mereka berdua terus masuk ke dalam perut kereta.

Senyap.

Itu yang dapat Aira katakan. Selalunya ada saja perkara yang ingin dibualkan oleh Qays. Sekarang, senyap. Air muka Qays pun sudah berubah tegang. Tiada senyum.

"Awak... "

"Kita balik, "bidas Qays. Padahal, dari awal dia datang nak ambil Aira tadi sudah diniatnya nak bawa isterinya itu pergi makan dahulu. Tapi, sekarang hati dia tengah sakit sangat.

Terdiam Aira. Entah kenapa dia langsung tidak berani mahu cakap lebih-lebih ketika ini. Keadaan nampaknya begitu tegang sekali. Dapat juga Aira lihat rahang Qays bergerak-gerak.

Tak dapat ditahan lagi, Aira tetap buka suara.

"Awak... Marah sebab Rayqarl jumpa saya ke? "Namun, jauh dalam sudut hati, Aira harap Qays hanya marah sebab Rayqarl dan bukan sebab terdengar kata-katanya tadi. Langsung dia tiada niat mahu ucap begitu.

Qays hela nafas dalam.

"Saya tak de hak nak halang dengan siapa awak nak berkawan Aira, "kedengaran nada kecewa terbit dari mulut Qays.

"Kenapa pula awak kan suami saya, "

"Suami yang tak pernah diiktiraf, Aira. Awak jangan cakap apa-apa lagi sebab setiap apa yang keluar dari mulut awak sekarang semuanya semata-mata sebab nak mainkan perasaan saya je kan? "Bidas Qays. Dia cukup rasa kecewa sekarang ni. Dia sedar di mana kedudukan dia dalam hidup gadis itu.

"No. Tak, "

"Cukup Aira. Saya dah dengar semuanya tadi. Sabar ye, lagi sebulan je saya dah nak sambung belajar. Nanti, saya akan pergi juga dari hidup awak, "Qays senyum hambar. Dia sedar yang dia bukanlah lelaki yang tepat untuk Aira.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now