Bab 13

1.2K 81 11
                                    

AIRA dibawa duduk di pelamin untuk menunggu kehadiran pengantin lelaki. Mukanya masih kekal cemberut. Bayangkan kau dipaksa kahwin dengan orang yang kau sendiri tak kenal. Boleh tak bayangkan? Ini bukan drama tv yang boleh dibuat main-main. Dengan usia dia yang baru sahaja mencecah 18 tahun.

Dari jauh dia nampak Datin Hanna sudah paksa dia senyum dengan mimik muka wanita itu. Jari Aira bermain antara satu sama lain. Jauh Aura termenung memandang riba sedar sahaja tok kadi sudah panggil dia. Eh, sejak bila pengantin lelaki sampai? Lama sangat ke dia termenung? Aira masih tidak dapat melihat siapa gerangan lelaki itu. Dia duduk membelakangi Aira.

"Takut sangat ke pengantin perempuan sampai jauh mengelamun? "Tegur tok kadi dengan nada bergurau.

Aira tak tau dia nak gelak ke nak menangis sekarang ni. Ni ke akibat dia degil sangat? Sampai kena paksa kahwin?

"Err... "Aira hanya tersengih hambar.

"Dia nervous tu haji... Marilah kita mulakan, "ujar Dato' Mikail yang jelas mukanya terpapar riak gembira. Airil abangnya juga sudah ketawa-ketawa di sebelah Dato' Mikail. Ya, abangnya Airil sudah balik ke Malaysia dan akan terus menetap di sini. Dan bulan hadapan, giliran abangnya pula untuk bernikah.

"Aira setuju nak jadi isteri? "Tanya tok kadi.

Bebola mata Aira memandang sekelilingnya. Kalau tak difikir yang babah dan mummynya akan menanggung malu kalau dia lari, dari pagi tadi dia dah lari tinggalkan rumah ini. Rasa nak menangis je sekarang ni.

"Aira... "Panggilnya lagi sekali.

"Sa... Saya setuju, "balas Aira dengan rasa tak rela.

Tok kadi, babah serta abangnya terus tersenyum lega. Sekali semua selesai, tok kadi terus jabat tangan si pengantin lelaki. Aira gigit bibir bawah.

"Qays Nufail bin Muhammad Azri? "

"Ye saya, "

Terbeliak mata Aira. Dia tak salah dengar kan?

"Aku nikahkan dikau dengan Aira Nabila Binti Mikail dengan mas kahwinnya RM300 ringgit tunai, "

"Aku terima nikahnya Aira Nabila binti Mikail dengan mas kahwinnya RM300 tunai, "

"Sah?"

"Sah, "

"Sah, "

"Alhamdulillah... "Semua hadirin menadah tangan untuk bacaan doa. Terketar jari Aira ketika ini saat terlihat Puan Mariam tersenyum di samping Datin Hanna dengan berbaju kurung berwarna peach. Lain sangat Puan Mariam ketika ini.

Bergetar bibir Aira. Kenapa, kenapa dan kenapa dengan orang yang dia benci ni juga babah jodohkan dia? Apa yang si Qays ni dah janji pada babah? Sampai babah sanggup serahkan anak dia sendiri pada lelaki itu?

Bertakung air mata Aira. Bebola matanya diangkat ke atas. Kalau dia menangis seronoklah Qays gelakkan dia nanti. Dia tak boleh kalah dengan permainan lelaki itu. Tak boleh!

Selesai semua, mereka terus dengan upacara membatalkan air sembahyang. Datin Hanna dan juga Dato' Mikail sudah tersenyum-senyum kerana pada akhirnya hajat mereka tercapai untuk bermenantukan Qays.

Qays duduk di hadapan Aira. Dalam diam Aira ketap gigi tidak sanggup nak membiarkan Qays pegang tangan dia. Dia tak suka!

"Malu sangat ke tu sayang? "Usik Datin Hanna. Padahal dia tahu Aira tengah geram dan bercelaru sekarang ni. Aira paling muka memandang Datin Hanna. Memerah muka dia bukan sebab malu tapi sedang menahan marah dalam dada. Apa pun dia dah tak boleh nak elak sekarang ni. Qays dah sah jadi suami dia. Oh my god! Still cannot brain.

"Ha apa tunggu lagi Qays sarung cincin dekat isteri kamu tu, "suruh Dato' Mikail.

"Cepat Qays. Malu-malu pulak dia, "tambah Datin Hanna pula.

Aira genggam tangan sendiri. Tangan dia akan disentuh oleh yang dia tak suka selama ni. Tiba-tiba terasa tangannya ditarik. Aira keraskan.

"Sinilah... Saya nak sarung cincin je, "ujar Qays dengan nada lembut. Kalau Aira degil... Cara halus macam ni yang dia akan gunakan. Kita tunggu dan lihat. Cinta Qays yang akan menang atau kebencian Aira yang akan musnahkan semuanya.

"Aku tak nak..."gumam Aira sambil keraskan jari. Tanpa diduga, Datin Hanna yang berada di sebelah Aira cubit lembut pinggang Aira. Lembut tapi berbisa okey.

"Mummy... Apa ni? "

"Hormat sikit Qays tu. Dia dah jadi suami kamu tu, "bidas Datin Hanna.

Dengan rasa tak rela, Aira terpaksa sua juga tangannya kepada Qays untuk sesi membatalkan air sembahyang.

Qays tayang senyum manis. Cemberut betul muka Aira.

"See,elok je cincin ni duduk dekat tuan dia,"ujar Qays sambil sarungkan cincin tersebut di jari Aira. Muka Aira dipandang dengan senyuman yang melebar. Aira hanya diam malas nak balas apa-apa. Entah apa muslihat Qays untuk keluarganya sekarang ni.

"Ha cium dahi Aira pula, Qays, "suruh Datin Hanna. Puan Mariam hanya tersenyum manis di sebelah Datin Hanna.

"Perlu ke mummy? "

"Aira... Nak tangkap gambar ni kan. Perlu la. Dah ikut je cakap mummy. Ha Qays boleh cium dahi isteri kamu ni, "

Aira mendengus kasar. Dagu Aira disentuh. Ditolak dagu Aira lembut untuk memandang matanya. Aira kemam bibir. Tiba-tiba rasa nervous nak pandang mata Qays.

Qays pejam mata sebelum bibirnya mendarat elok di dahi Aira. Terpejam mata Aira tanpa sedar.

"Kekal kejap posisi tu. Elok dah tu nak ambil gambar, "

Aira tahan debar dalam dada. Ish melebih pulak photographer ni. Bila la nak habis acara ni.

"Kau jangan nak over eh, "Aira terus beri amaran kepada Qays. Kang dia diam Qays perasan yang dia suka pula.




























BADAN Aira hempaskan ke atas katil. Ya Allah... Penatnya hari ni. Rasa macam nak terus tidur je ni. Majlis sikit-sikit macam tu pun dah penat apatah lagi majlis besar-besaran. Tapi, nak buat majlis besar pun bukannya si Qays tu anak Dato'. Aira terus pejam mata.

Tak lama kemudian, kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Eh, dia masuk bilik ni juga ke? Aira pura-pura tidur mati.

"Ha masuk tidur sini malam ni. Jangan nak selinap ke bilik lain pula, "Pesan Puan Mariam. Aira pasang telinga. Huh, sekarang ni mak dengan anak sama saja mesti gilakan harta mereka saja sebenarnya. Mana ada orang ikhlas dengan dia selama ni. Dengan perangai yang tak semenggah ni pula kan?

"Ye lah, ye lah. Umi ni... "Qays garu belakang telinga.

Perlahan-lahan, Qays melangkah ke dalam bilik Aira. Kelihatan Aira tidur nyenyak sekali. Qays geleng kepala. Haih, penat sangat ke sampai tertidur heels pun tak buka.

Qays terus duduk di hujung katil. Aira dalam diam sudah ketap gigi. Aish, dia boleh duduk situ pula. Terasa heelsnya perlahan-lahan dicabut dari kaki. Aira hanya biarkan kali ni. Qays pandang pula wajah Aira yang tertidur.

"Apalah... Tidur tudung pun tak buka. Penat sangat ke sayang oi? "Telinga Aira menangkap bait butir bicara Qays ketika ini. Sayang?

Tak semena-mena Aira dapat rasakan tangan Qays berusaha untuk buka tudung dia. Terus terbeliak mata Aira. Even dia tak bertudung, dia masih jaga batas tau antara lelaki. Entahlah, itu memang dah jadi prinsip dia.

"Hey, kau nak buat apa ni? "Marah Aira.

"Lah.. Dah awak tertidur macam tu, saya just nak tolong awak buka tudung je, "balas Qays.

"Tak payahlah kau nak pura-pura baik depan aku. Aku tak suka, "bidas Aira sebelum turun dari katil untuk ke bilik air.

Qays hanya pandang Aira dari ekor mata. Dalam hati Qays sudah susun pelbagai rancangan yang dia akan buat. Just wait and see, Aira.

"I will make sure that you will fall in love with me, "Qays senyum senget.





25/11/2021

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now