Bab 19

1K 71 4
                                    

TERDIAM Qays dibuatnya. Sampai tahap tu ke Aira benci dia? Ke dia terlalu berlembut dengan Aira samping  Aira boleh pijak kepala dia sesuka hati? Rahang Qays bergerak-gerak menahan perasaan. Bibirnya diketap. Mata masih tunak memandang wajah Aira yang tertidur.

'Apa kau tunggu lagi Qays? Kucing dah menyerah depan mata tu kan? Orang lain boleh je sesuka hati sentuh dia. Kau suami dia. Kau layak! '

'Tak Qays. Kau tak boleh selfish. Kau kena tunggu dia ready, '

'Bodoh kau! Tunggu apa?! '

"Erghh!! "Ditumbuk stereng kereta. Qays rasa kecewa. Perlu ke dia berubah untuk tarik perhatian Aira. Perlu ke, dia buat muka tak malu hanya untuk Aira? Apa yang Aira nak?

Qays tergelak sinis. Dah tahu fikir lagi. Aira nak harta. Aira nak lelaki yang berduit. Itu pun tak faham lagi? Tubuhnya didekatkan kepada Aira yang tertidur pulas. Wajah cantik Aira diperhati secara dekat. Tak semena-mena jarinya naik mengelus setiap lekuk wajah Aira. Tidak berkelip matanya memandang.

Perlahan-lahan wajahnya semakin didekat kepada Aira. Bibir merah delima Aira dituju. Sikit sahaja lagi mahu mendekat, Qays terus mengucap panjang.

"Tak, tak. Kau tak boleh buat macam ni Qays, "diperhati bahagian seat belakang. Kot Dato' Mikail yang tergantung di dalam kereta, Qays ambil sebelum diselimutkan pada badan Aira. Dia akan tunggu di sini sehingga Aira bangun. Enjin kereta dimatikan sebelum tingkap dibuka sedikit untuk udara segar masuk. Mana tau dia tertidur ke apa kan.

Matanya jauh memandang ke arah tasik yang tenang. Tanpa sedar, mata Qays turut terlelap.

"Abang... Kenapa diorang tak balik lagi ni? "Risau Datin Hanna dibuatnya. Sungguhpun Aira dalam tangan Qays, tetap juga dia risau. Yelah, Qays dengan Aira pun masing-masing muda lagi kan?

"Awak tak payah risaulah. Taulah Qays nak handle si Aira tu. Mana tau dia bawanya Aira untuk selesaikan masalah mereka. Dah, awak tak payah risau lagi, "

"Datin janganlah risau. In shaa Allah tak de apa yang berlaku. Kita doa je baik-baik ye Datin, "sambung Puan Mariam. Lama-lama Datin Hanna hanya menurut sahaja. Bukan apa, anak perempuannya seorang sahaja. Wajarlah kalau dia risau. Hailah Aira, suka susahkan hati kami. Bila kamu nak berubah? Kenapa kamu yang liar macam ni?

"Ye lah. Kalau macam tu saya naik atas dulu. Kalau ada apa-apa Kak Yam bagitau saya ye? "

"Ye Datin. Datin naiklah berehat dulu. Saya tengok muka Datin pun dah pucat tu, "Puan Mariam hanya tayang senyum manis kepada Datin Hanna. Dipandang belakang Datin Hanna dan Dato' Mikail yang naik ke atas untuk berehat. Kasihan dia lihat mereka dan dia juga kasihan kepada anaknya. Mampu ke Qays nak ubah Aira? Kalau diikutkan hati dia, dia dah nak suruh Qays berhenti dari bodohkan diri macam tu.

Kakinya juga dibawa melangkah ke dalam bilik untuk merehatkan badan. Dalam hati juga dia berdoa tiada apa yang buruk berlaku. Umi, doakan yang terbaik untuk Qays. Qays satu-satunya anak umi. Gumam Puan Mariam dalam hati. Nafas dihela berat.

Tepat pukul 2 pagi, Aira tersedar daripada tidur. Matanya meliar memandang sekeliling. Bukan main terkejut dia melihat Qays yang tertidur pulas di bahagian pemandu. Dengan kepalanya yang terasa pening lagi.

"Qays! "Terus nama Qays diseru kuat buat Qays tersentak. Boleh lemah jantung dia kalau macam ni.

"Kau bawa aku pergi mana ni? Mana Marsha? "Kot yang berada di atas badannya diselak bagi memastikan keadaan dirinya.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now