Bab 12

1K 65 6
                                    

SEMINGGU berlalu, Qays belum memberikan kata putus kepada Dato' Mikail. Jauh di sudut hati dia terlalu inginkan Aira tapi bila difikirkan semula taraf hidup dia dan Aira buat dia rasa kurang yakin untuk memiliki gadis itu. Whiteboard di hadapan ditenung dalam. Beberapa bulan sahaja lagi dia dah nak habis STPM dan menginjak ke usia 20 tahun.

"Woih! Kau menungkan apa tu? "Uwais tepuk bahu Qays. Tersentak Qays dibuatnya.

"Ish kau ni. Terkejut aku, "

"Aku tengok kau ralit sangat aku sergah lah. Kau kenapa? Ada problem ke? "Tanya Uwais. Rasa pelik pula tiba-tiba minggu ni banyak sangat Qays termenung. Makan pun acuh tak acuh je. Orang tua-tua cakap apa, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Ha, begitulah nampaknya.

"Tak de lah. Aku cuma penat je, "tipu Qays. Tak nak dia bagitau Uwais yang Dato' Mikail mintak dia kahwin dengan Aira dan dia suka gadis itu sebenarnya.

"Kau yakin? "

"Ye lah. Kau nampak aku macam tipu kau ke? "Qays angkat sebelah keningnya kepada Uwais. Uwais angkat bahu. kepala. Entahlah dia rasa macam ada sesuatu yang Qays tengah fikirkan.

"Ye lah, ye lah, "Uwais malas nak tanya banyak-banyak lagi. Kerusi di sebelah Uwais tarik sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Apa yang difikirkan Ways pun dia tidak tahu sampai waktu rehat tak keluar kelas langsung. Masuk je dia ke dalam kelas tengok-tengok Qays sedang termenung jauh. Entah-entah dah sampai ke bulan.

"Weyh, habis STPM nanti kau tak nak ke kerja dekat bengkel ayah aku? Dia bukan larat sangat dah. Ada aku dengan kau je ni, "

Qays toleh kepala pandang Uwais.

"Seriuslah aku boleh kerja dengan kau? "

"Apanya tak boleh, bolehlah. Tapi, gaji taklah banyak mana, "balas Uwais.

"Tak banyak pun masuk juga. Aku on je. Apa-apa hal settle lepas STPM lah, "Qays senyum lebar. Apa-apa pun dia dah tahu yang lepas je exam dia dah ada benda nak buat selain daripada dia promote baju-baju online. Macam-macam yang dia buat tanpa pengetahuan Aira sebenarnya untuk simpan duit. Pada mata gadis itu dia hanyalah lelaki yang hanya tahu menyusahkan keluarga dia. Qays senyum senget.

"Apa tetiba senyum macam tu. Scary pula aku, "tegur Uwais. Tak pernah-pernah Qays senyum macam tu. Apa yang pelik sangat Qays hari ni.

"Okeylah. Aku nak pergi toilet kejap, "Qays bangun kemudian tepuk bahu Uwais. Lepas habis STPM kerja dah menanti sebelum dia nak sambung belajar. Bolehlah elak dari kerja dengan Dato' Mikail kan? Lagipun dia malaslah nanti Aira mesti cakap dia nak kikis harta keluarga gadis itu.

So... Kalau dia terima tawaran Dato' Mikail tu Puan Mariam akan setuju ke?



























QAYS basahkan sedikit bibirnya yang terasa kering. Berdiri di hadapan Dato' Mikail dengan tenungan lelaki itu kepadanya buat dia rasa sedikit gugup. Dalam diam, Qays terfikir apa betul keputusan yang dia buat ni? Nafas ditarik dalam sebelum duduk di kerusi hadapan meja kerja Dato' Mikail.

"Macam mana? Apa jawapan kamu? Saya harap jawapan tu tak mengecewakan saya, "sela Dato' Mikail. Sungguh dia nak Qays jadi menantu dia. Tiada yang lain.

"First of all saya nak cakap sorry Dato', "

"Kamu tak dapat terima Aira ke Qays? Saya faham yang Aira... "

"Tak Dato' tapi... "

"Saya faham, "balas Dato' Mikail. Dia tak sanggup nak dengar kata tolak dari Qays. Dia berharap sangat Qays dapat jadi suami kepada Aira. Dia yakin Aira akan berubah ke arah yang lebih baik selepas ini.

"Dato' kena dengar dulu apa saya nak cakap. Saya tak cakap yang saya tolak Aira, "sudah berkaca-kaca mata Dato' Mikail ketika ini. Jadi... Qays terima Aira?

"Saya cuma nak cakap yang saya akan kahwin dengan Aira tapi ada syaratnya, "rasa kejam tapi Qays tak mahu ada terhutang apa-apa dengan keluarga ini. Dia nak berdikari.

Berkerut dahi Dato' Mikail. Kalau syarat itu tidak melampau in shaa Allah dia akan tunaikan. Gaya Qays buat dia rasa semacam sahaja.

"Habis STPM, saya dah ada tempat untuk saya kerja. Saya tak kerja dengan Dato' tak apa kan? In shaa Allah.. Nak sambung belajar nanti saya cuba mohon biasiswa, "ujar Qays terus terang. Puan Mariam hanya menurut apa yang dia mahukan. Alhamdulillah Puan Mariam terima jika Aira yang jadi menantunya.

"Kalau itu yang kamu mahukan saya tak boleh nak bantah. Tapi bila sebut pasal biasiswa, saya boleh recommend kan untuk kamu. Nanti kamu apply la mana tau diterima,"balas Dato' Mikail.

"Ye ke Dato'? "

"Ni lagi satu, saya tak nak kamu panggil saya Dato' lagi. Panggil uncle dulu supaya Aira tak syak yang bukan-bukan, "sengaja Dato' Mikail merahsiakan siapa bakal suami Aira yang dia pilih.

"Tapi... Saya tak biasa, "

"Biasakan diri kamu, "Dato' Mikail senyum manis. Alhamdulillah Qays terima. Lega rasa hati dia saat ini.

"Baik.. Uncle, "

"Lagi satu.. Saya nak ucap terima kasih sangat sebab kamu terima Aira, walaupun Aira liar sangat. Benci pada kamu. Saya rasa kamu je lelaki yang boleh ubah dia jadi seorang perempuan yang matang dan tak liar macam ni. Saya minta maaf sebab minta kamu kahwin dengan Aira, "rasa sebak secara tiba-tiba Dato' Mikail rasa sebab Aira tak macam perempuan lain. Macam memalukan pun ada bila dia minta lelaki sebaik Qays untuk mendampingi anaknya itu.

"Dato' eh uncle.. Saya terima Aira sebab..."




















Mak andam puas tarik muka Aira. Duduk tak diam betul Aira ni. Kejap dia ke kiri, kejap dia ke kanan. Puan Mariam pun tiba-tiba cuti balik ke rumah mereka sendiri. Jadi, Qays pun dia dah tak jumpa seminggu. Minggu ni cuti sekolah elok lah dia kena nikah pula. Kena paksa nikah okey!

"Kenapa yang cemberut sangat muka pengantin ni hm? "Soal si mak andam yang agak berusia sedikit. Aira dalam hati sudah menyumpah-nyumoah sudah. Dia tak suka! Entah siapalah bakal suami dia ni.

"Aira... Senyum lah sikit. Dah tak cantik dah anak mummy ni kalau tak senyum, "usik Datin Hanna.

"Baguslah kalau tak cantik mummy, mana tau lelaki tu akan batalkan pernikahan ni. Aira tak rela pun mummy, "bidas Aira. Rasa macam nak tepuk dahi Datin Hanna sekarang ni. Aira, Aira.

"Tak baik cakap macam tu sayang, "

"Aira tak suka mummy. Aira tak kenal siapa lelaki tu. Kenapa babah paksa juga Aira nikah?Aira tak fahamlah mummy, "

"Janganlah nangis.. Jenuh mak nak touch up ni ha, "

Aira tarik muka cemberut. Mak andam geleng kepala dengan gelagat pengantin kali ini. Tak kenal, tak suka last nanti tengok si suami tu handsome mau terjojol biji mata kan??

"Dahlah semua tak faham aku, "gumam Aira. Hanya mampu menangis dalam hati saja sekarang ni. Dia tak suka. Tengoklah.. Dia akan buat perangai sampai lelaki itu tak tahan duduk dengan dia.













17/11/21

Sorry for the late update.. Saya akan update ikut kekosongan masa saya ya guys.. Sorry😌

Don't forget to vote and comment too❤

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now