Bab 10

1.1K 81 6
                                    

"BAHH! "

"Oh mak kau meletup! Qays, apa buat umi macam ni. Terkejut umi tau. Ni kalau umi ada serangan jantung macam mana? "Bebel Puan Mariam sambil tangannya asyik mengacau bubur jagung dalam periuk. Puan Mariam buat untuk makanan petang.

Qays tersengih. Pinggang Puan Mariam dipeluk sambil dagunya diletakkan ke atas bahu Puan Mariam. Puan Mariam lah tempat dia bermanja dari kecil sampailah dia besar macam ni.

"Apa peluk umi macam ni hmm? "Puan Mariam dalam diam tersenyum. Manja sangat anak dia ni. Tak pernah lagi Qays tinggi suara dengannya. Dan Puan Mariam juga tak pernah lihat lagi keadaan Qays yang tengah marah orang. Qays seorang yang sangat susah nak marah orang ataupun berdendam. Tapi, bagi Puan Mariam akan lagi bahaya kalau orang seperti Qays ni marah orang. Sebab kalau marah, mesti sangat bahaya.

"Qays peluk umi sebab nak manjalah. Lainlah kalau Qays dah ada isteri nanti bolehlah manja-manja dengan isteri Qays pula, "seloroh Qays dalam nada bergurau.

"Amboiiii... Baru 19 tahun dah gatal nak ada isteri ye? "

"Mana ada.. Qays cakap je. Siapalah nak dekat Qays ni umi, "

"Hey...jodoh tak salah alamat tau. In shaa Allah, umi doakan anak umi ni berjaya dunia akhirat.. Dikurniakan jodoh yang baik-baik ye. Qays belajar je pandai-pandai sampai berjaya. Nanti hidup Qays sendiri yang berubah. Umi nak Qays hidup senang je, "Doa Puan Mariam. Dia memang nak Qays yang berjaya dan ubah nasib hidupnya sendiri. In shaa Allah pasti ada jalan.

Tanpa sedar, perbualan antara dua beranak itu diintai oleh Dato' Mikail di sebalik dinding. Bibir Dato' Mikail menguntum senyum. Sejak Qays mencecah usia remaja Dato' Mikail dah mula berkenan dengan sikap anak muda itu. Sungguh budi bahasa tutur bicaranya sangat menyenangkan hati tuanya.

"Abang tengok apa yang tersenyum-senyum tu? "Dato' Mikail buat angkat jari telunjuknya dan diletakkan pada bibirnya memberi tanda supaya Datin Hanna cakap perlahan sedikit.

Datin Hanna jengah sedikit kepalanya ke dalam dapur. Dahi Datin Hanna berkerut. Jangan cakap yang...

"Abang berkenan dengan Qays ke? "Soal Datin Hanna dalam nada berbisik.

"Nanti abang cerita. Jom kita duduk dekat taman bunga awak, "ajak Dato' Mikail. Tangan Datin Hanna diheret mengikut langkahnya.
























"WAIT, what?! "Tersentak Dato' Mikail dan Datin Hanna mendengar suara Aira dari belakang. Aira tanpa sengaja terdengar perbualan Dato' Mikail dan Datin Hanna ketika dia hendak datang melepaskan bosan di taman bunga mommy nya itu. Tapi, lain pula yang dia dapat dengar. Kahwin?

"Dah kenapa kamu ni? "Dato' Mikail cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan hal itu kerana belum masanya lagi untuk dia beritahu Aira.

"Tak Aira dengar babah nak jodohkan Aira? Ke Aira salah dengar? "Tapi memang jelas dia dengan Dato' Mikail ingin menjodohkan dia. Tapi dengan siapa? Dia tak nak!

"Kamu salah dengar ni sayang. Mummy tengah sembang dengan babah soal abang kamu. Katanya bulan depan dia balik sini. And nak langsung kan perkahwinan dia hujung tahun ni, "ujar Datin Hanna. Harap sangat Aira tak banyak soal. Sampai tepat masanya baru mereka akan utarakan hal ini. Dan yang paling penting, mereka mahu kenal Qays lebih mendalam lagi. Tahulah macam mana Dato' Mikail nak buat nanti.

"Seriuslah mummy? Abang nak balik bulan depan? "Laju saja dia duduk mencelah antara Dato' Mikail dan Datin Hanna. Bukan main seronok dengar yang Abang Airil dia nak balik. Tak sabarnya nak jumpa.

"Kak Haura dah tau ke abang nak balik? "

"Abang Airil cakap jangan bagitau Kak Haura dulu sebab dia nak surprisekan Kak Haura katanya. Jadi, Aira jangan bagitau Ka Haura dulu, "terasa macam ada bintang-bintang di mata Aira sekarang ni. Haih, sweet betul abang dia. Kalaulah dia dapat lelaki yang sweet macam abang dia mesti best kan?

"Ni yang tetiba sengih ni kenapa? "

"Kalau Aira dapat lelaki yang sweet macam abang kan best mummy... "

"Gatal dah anak babah ni? Hmm? "Bukan senang Aira nak happy macam ni sembang santai bersama mereka. Mujur rancangan mereka tadi tidak ketahuan. Dah rasa macam nak luruh jantung tadi takut plan gagal.

"Dato', Datin.. Bubur jagung dah siap. Jemput makan, "Puan Mariam hidangkan bubur jagung tersebut di hadapan mereka. Baru saja Puan Mariam ingin berlalu dari situ, Dato' Mikail memanggilnya.

"Ada apa-apa lagi Dato' nak? "Tanya Puan Mariam. Dato' Mikail geleng kepala.

"Panggil Qays makan sekali dengan kami, "

"Babah... "

"Panggil Qays, Mariam, "Puan Mariam angguk kepala. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan anaknya yang buat Dato' Mikail sebegitu tegas?

"Baik Dato', "Aira buat muka tidak puas hati. Dah kenapa nak panggil si Qays tu pulak. Apa special sangat si Qays ni?!

Puan Mariam terus masuk ke dalam untuk panggil Qays keluar. Dalam hati Dato' Mikail sudah berbunga. Pada pandangan dia Qays calon yang sesuai untuk Aira. Tak kiralah macam mana pun, akan dia buat sampai mereka berdua kahwin. Sebab Aira ni degil sangat.

"Ha.. Meh sini Qays, Mariam duduk makan sekali, "

"Babah dah kenapa nak panggil Qays ni? Kalau Qays duduk makan sekali Aira masuk dalam, "ugut Aira. Qays berdiri di hadapan mereka. Baru sahaja Aira bangun Dato' Mikail mencegah dengan suara tegas. Dia dah tak boleh nak berlembut dengan Aira dah sekarang. Semakin naik lemak dia.

"Aira Nabila! Babah cakap duduk, duduk, "Aira telan liur. Lain macam aura babah dia kali ini. Aira jeling Qays sekilas. Meluatnya dia. Mesti Qays suka dapat raih hati Dato' Mikail sekarang ni. Qays mengambil tempat si sebelah Puan Mariam.

"Nanti habis makan, babah nak Aira je masuk dalam. Babah ada perkara nak cakap dengan Qays dengan Cik Yam, "ujar Dato' Mikail kepada Aira. Datin Hanna hanya menurut sebab dia sudah tahu apa yang nak dibincangkan dengan mereka.

"Aira ke Qays anak babah? Kenapa Aira tak boleh dengar juga? "Semakin bertambah rasa tidak puas hati Aira terhadap Qays. Lelaki itu sudah mula tunjuk belang. Dia takkan biarkan semua tu terjadi.

"Dengar cakap babah Aira, "Aira kehilangan kata apabila melihat nada dan wajah tegang Dato' Mikail ketika ini. Akhir sekali, Aira hanya menghela nafas berat. Terus diam tanpa suara. Dia terasa hati.





















"TAPI kenapa saya Dato'? "Qays mula berkerut kening pelik. Sungguh tidak masuk akal permintaan Dato' Mikail. Dia belum punya apa-apa lagi untuk berkahwin. Dia masih punya masa depan untuk dia fikirkan.

"Maaf Dato', tapi anak saya masih muda lagi. Belum ada kewangan yang kukuh untuk sara hidup dia dan isteri nanti, "balas Puan Mariam.

"Dah tak lama Qays nak habis STPM kan? Sementara tunggu Universiti, saya nak bawa dia kerja dengan saya. Jadi pembantu saya, "ujar Dato' Mikail. Dia tersangatlah berkenan mahu bermenantukan Qays. Qays gigit bibir.

"Ss—saya rasa saya tak boleh Dato', "Kalau dia senang, ada duit dan kelengkapan yang cukup untuk insan bernama isteri dia takkan tolak permintaan Dato' Mikail sekarang ni tapi... Sekarang ni dia tak mampu. Dia takut, dia tak mampu bahagiakan Aira seperti yang Dato' Mikail inginkan.

"Kalau kami bagi Qays masa untuk fikirkan.. Boleh kan? "Sela Datin Hanna. Dia juga berharap untuk Qays terima. Akan mereka cari juga cara untuk buat Qays setuju. Setakat Aira yang degil tu nanti Dato' Mikail boleh handle.

"Baiklah Dato'. Bagi saya masa untuk fikir dahulu, "Puan Mariam juga kehilangan kata mahu membalas apa. Dia tak kisah kalau Qays sendiri sanggup. Takkan sesekali pun dia paksa anaknya itu.

"Okay. Saya bagi awak masa. Dapat je jawapan nanti, awak boleh terus bagitau saya, "Dato' Mikail setuju untuk beri Qays masa. Dia faham perasaan lelaki itu.



























DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT TOO...

TBC

17/10/2021











BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now