Bab 14

1K 61 8
                                    

SOFA di dalam bilik Aira Qays pandang selepas siap mandi dan solat Isya'.Digeleng kepala apabila melihat Aira terbongkang tidur tak sedarkan diri.Dah tak rasa nak solat ke apa minah ni?Qays rasa tak senang duduk kalau dia tak kejutkan Aira.Kang jenuh dia nak menjawab di akhirat nanti.Qays bangun juga mendekati Aira yang sedang tidur.Bahu Aira disentuh dengan hujung jari.

"Aira...bangun,"kejut Qays lembut.

"Aira bangun.Bersihkan diri and solat dulu. Nanti awak tidurlah balik,"Aira tarik gebar sehingga tutup seluruh mukanya.Rimas dengar si mamat poyo ni bising-bising.Qays tarik gebar tersebut sehingga ke bawah.Nak sangat malas-malas kan?Even Aira benci dia sekalipun,dia dah sah sebagai suami Aira.

"Kau jangan nak bising sangat boleh tak?Aku rimas tau tak?!kau nak solat,kau solatlah!Aku nak tidur.Memekak je,"bidas Aira.

"I'm your husband,Aira.Not the person that you hate anymore,"Ada tika Qays akan berlembut,dia akan berlembut.But this time,takkan sesekali dia berlembut sebab solat bukan perkara main.

Aira mendecit geram.Bencilah macam ni.Sampai bila dia akan hidup dengan si Qays ni.Dia tak suka!Baru je nikah dah pandai nak atur dia itu ini.I hate this marriage!

"Okay fine!"Aira bangun secara kasar kemudian terus bergerak ke arah tandas.Benci dengar suara Qays bebel-bebel macam mak nenek.Qays hela nafas lega.Terus punggungnya dilabuhkan ke atas katil milik Aira.Ni kalau Aira depan mata dia sah Aira dah mengamuk macam orang gila sebab duduk atas katil dia.Qays kan terlampau jijik di mata Aira.Nasiblah dia.Tak tau macam mana nak lembutkan hati si Aira ni.

Selesai mandi,baru Aira perasaan dia terlupa nak ambil tuala.Dahinya diketuk dengan jari.Aish!bodoh betul kau Aira.Dahlah kau sebilik dengan mamat poyo tu.And now,kau nak minta tolong dia ke?Oh my god...betul-betul memalukan diri sendiri.Aira gigit bibir sendiri.Mahu tak mahu terpaksa juga dia minta tolong Qays.Kali ni je eh.

Dengan rasa terpaksa,Aira minta tolong juga Qays.

"Qays!"sekali panggil masih tidak menyahut.Haih,mana pulak dia ni.

Qays sengaja diam dulu.Nak tengok apa si isteri bertuah dia itu mahukan.Sebelum ni degil sangat kan.Haa,meh kita tengok sikit si Aira ni.

"Qays kau ada ke tak ni?Aku nak minta tolong sikit ni,"Aira gigit bibir bawah.Takkanlah dia nak terjah je keluar ni.Kalau tak mandi lagi tak apalah.Apa senyap pula tiba-tiba si Qays ni.

Seronok Qays tersengih di atas katil.Tadi sombong sangat.Bisinglah,rimaslah.Kan dah mendapat balasan sebab berkasar dengan encik suami.Qays ketawa tanpa bunyi.

"Qays...kau dengar ke tak ni?"disebabkan kasihan pada Aira si sombong ni,Qays akhirnya menyahut juga.

"Yee..saya ada ni.Sorry tertidur tadi.Ingatkan terdengar suara awak dalam mimpi tadi,"balas Qays.Hahaha...tipu sunat tak apa kan?

"Menyempat kau eh,aku nak minta tolong sikit ni,"bini siapalah yang kasar sangat ni.Qays geleng kepala.Entah celah mananya sikap si Aira ni yang buat dia jatuh hati kepada gadis itu.

"Nak minta tolong saya tapi kasar betul.Nak saya tolong ke tak ni?"

"Whatever lah Qays.Tolong ambilkan tuala aku please..."harap-harap nilah kali terakhir dia akan minta tolong Qays.Yang si Qays ni pun, main-main pulak.

"Ye lah Puan Aira Nabila... "Dalam diam, Qays terfikir mahu kenakan Aira. Bukan selalu pun nak boleh usik minah ni kan. Qays senyum senget. Qays terus ambil tuala yang tersangkut elok di tempat sangkut tuala.

Pintu bilik air diketuk.

"Nah tuala awak, "ujar Qays sebelum Aira buka pintu sedikit hanya untuk mencapai tuala yang diminta. Tapi bila disua tangan langsung tak ada tuala yang dapat dicapainya.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now