Bab 31

2.3K 127 32
                                    

DI meja makan, sebelum sempat Qays mengambil lauk untuknya, Aira terlebih dahulu meletakkan lauk siakap tiga rasa berserta sayur kailan yang digoreng oleh Puan Mariam ke dalam pinggan Qays. Senyuman manis ditayangkan kepada Qays. Sedaya upaya Aira cuba untuk berbaik dengan lelaki itu.

"Cukup ke? "Soal Aira yang masih berdiri di sebelah suaminya itu. Qays hanya mengangguk kecil. Suara langsung tidak dikeluarkan.

"Dah macam pengantin baru je pasangan sejoli ni kan yang? "Sampuk Airil sambil tersengih ke arah Haura, isterinya. Saja mahu memeriahkan suasana antara mereka.

"Itulah abang. Nampak manis je, "balas Haura sambil tergelak halus.

"Usik-usik juga.. Marilah kita makan. Ha Qays bacakan doa boleh? "celah Dato' Mikail. Perutnya pun sudah berkeroncong minta diisi. Nampak sedap betul lauk tengah hari ini.

Qays hanya mengangguk sekilas sebelum tangan ditadah untuk membacakan doa sebelum makan. Selesai mengaminkan, mereka mula menjamu selera seisi keluarga. Qays perasan yang sesekali Aira akan menjelingnya tetapi dia hanya buat tidak tahu.

Bunyi tangisan anak kecil dari ruang tamu buat Haura terhenti makan. Mesti anaknya itu mencari ketiadaannya ketika bangun tidur. Laju tangan dicelup ke dalam bekas basuhan.

"Meh la abang tengok dia, "tawar Airil. Kasihan kepada isterinya yang tak sempat nak makan dengan sempurna.

"Tak pe lah abang. Biar Haura je tengok rose kejap, "

"Ye lah. Kejap lagi datang makan semula ye, "pesan Airil.

Qays dan Aira hanya menjadi pemerhati kepada pasangan itu.

"Macam tulah orang yang dah ada anak ni. Nak makan pun tak sempurna. Kadang tidur pun tak cukup kalau anak masih kecil lagi, "sampuk Dato' Mikail.

"Kamu berdua ni tak teringin ke nak timang anak sendiri? "Soalan Dato' Mikail terus buat Qays tersedak. Laju gelas yang berisi air dicapainya. Soalan bapa mertuanya itu benar-benar buat dia rasa tercekik.

"Kalau ikutkan kamu berdua ni dah nak masuk empat tahun berkahwin. Kalau ada anak mesti dah besar. Babah tau korang masih belajar. Babah cuma cakap je mana tahu waktu Aira nak graduate nanti hadiah dia orang baru kan? "Ujar Dato' Mikail. Aira hanya diam tidak membalas apa-apa. Rasa macam nak terbakar pula kulit muka dia sekarang ni. Tak pernah lagi dia terfikir soal ini. Tiba-tiba hari ini timbul isu ni. Wah, buat dia rasa nak pengsan secara tiba-tiba.

Eh, banyak pula tiba-tiba kan?

"Err...in shaa Allah babah. Kalau ada rezeki, "Qays hanya membalas begitu sahaja. Malas dia nak bantah atau bercakap banyak.

"Eh, sambunglah makan tu. Kejap lagi Haura datanglah semula tu. Jemput, jemput, "celah Datin Hanna. Tengok air muka Qays dan Aira pun Datin Hanna tahu yang mereka berdua malu. Apalah suaminya ni, waktu-waktu begini cakap soal anak. Sudahlah budak berdua tu masih belajar. Itulah siapa yang suruh kahwinkan anak awal sangat. Merasalah jarak perkahwinan mereka untuk mendapatkan anak itu sangat panjang.

Kan?

Setelah semua selesai menjamu selera, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Sudah lama mereka satu keluarga tidak berkumpul. Baru sahaja Qays mahu melangkah kaki mengikut Puan Mariam, Dato' Mikail menyuruh dia bersama Puan Mariam duduk menyertai sekali. Sebab bagi mereka Qays dan Puan Mariam bukanlah orang luar lagi.

"Sudah, sudahlah tu buat kerjanya Mariam. Duduk sini dulu kita borak satu keluarga. Alang-alang Airil, Haura semua ada sini. Bukan senang kita nak luang masa macam ni, "tegur Dato' Mikail. Puan Mariam tersengih manakala Qays menggaru lehernya yang tidak gatal.

Akhirnya, mereka semua berkumpul di ruang tamu rumah banglo itu. Berborak punya lama sehinggalah Dato' Mikail memanggil Qays dan juga Aira. Terdiam mereka berdua. Nampak wajah Dato' Mikail macam serius sangat.

"Babah rasa dah sampai masanya untuk kamu berdua hidup berdikari, "bertaut kedua kening Aira ketika itu. Apa maksud babahnya itu?

"Maksud.. Babah? "Tanya Aira untuk kepastian. Qays hanya menanti kata-kata bapa mertuanya itu untuk kenyataan selanjutnya. Malas nak campur.

"Babah nak Qays dengan Aira hidup berumahtangga macam orang lain. Babah dah belikan kamu berdua rumah. Jadi, babah nak kamu berdua duduk di sana. Lagipun, rumah tu dekat je untuk kedua-dua universiti. Jadi, kamu berdua tak perlu risau untuk itu, "

"Tapi babah, saya bukan tak nak terima cumanya... Itukan tanggungjawab saya untuk cari rumah untuk kami berdua? "Balas Qays. Dia bukan tak suka cumanya dia sendiri nak rasa bagaimana susahnya untuk menjadi suami dan menjalankan tanggungjawab yang sempurna. Lagipun dia dan Aira tak macam suami isteri yang lain. Dia masih ragu-ragu dengan Aira.

"Ye babah tau Qays bertungkus lumus nak bahagiakan Aira. Jadi model part time apa semua tu babah tahu. Sebab usaha keras awak tu lah babah terfikir nak hadiahkan kamu berdua rumah ni. Terima ye? "Bersungguh-sungguh Dato' Mikail mahu Qays terima.

"Terima ye Qays? Mummy seronok sangat kalau Qays terima. Belajar hidup macam pasangan suami isteri yang lain ye? "Muka bersungguh-sungguh Datin Hanna buat Qays tak sampai hati mahu menolak. Adakah ini masanya untuk dia terima Aira semula? Tapi.. Bagaimana kalau Aira permainkan dia?

MAHU tidak mahu, akhirnya Qays dan Aira masuk juga ke rumah baru. Mata Qays meliar melihat keadaan rumah yang dihadiahkan kepada mereka. Cantik dan mewah.

"Cantik kan? "Ujar Aira untuk menghilangkan suasana sunyi di dalam rumah mereka ketika itu.

Qays tergelak halus. Matanya mula memandang ke arah isterinya itu.

"Cantik. Lagipun ini kan rumah awak, "balas Qays. Dia tiada hak untuk bercakap lebih-lebih.

Aira sedikit terasa namun dihiraukan saja perasaan itu. Dia tahu Qays takut dan hilang kepercayaan untuk dirinya. Aira faham.

"Inikan rumah kita. Babah hadiahkan rumah ni untuk kita berdua. Tiada istilah rumah saya pun awak, "

Qays angkat bahu tanda malas mahu ambil kisah. Takut apa yang dia akan balas lagi menyakitkan hati gadis itu.

"Jom tengok bilik kita? "Ajak Aira.

"Awak tak kisah ke sebilik dengan saya? Rasanya rumah ni banyak bilik kan? Manalah tahu kalau tak selesa dengan saya, "

Sekali lagi hati Aira rasa bagaikan dihiris. Besar sangat ke kesalahan dia dulu. Salah faham Qays ni memang tak akan ada penghujung ke? Mana Qays yang dulu? Qays yang sentiasa sabar dengan kerenah dia? Aira gigit bibir bawahnya.

"Awak...masih marahkan saya ke? "

Soalan Aira buat Qays terkedu. Dah dia tanyakan? Okey dia jawab.

"Taklah. Saya cuma tak nak berharap lebih dengan awak lagi sebab saya tahu awak tak pernah ada rasa cinta atau sayang pun dekat saya. Jadi, saya tak nak hati saya sakit atas sebab tu, "jujur Qays.

"Lagipun, saya tak mampu nak bagi awak kemewahan macam babah bagi dekat awak. Saya rasa... Saya tak layak untuk awak, "sambung Qays lagi.

"No awak. Saya tahu awak salah faham dengan kata-kata saya tiga tahun lepas kan? Okey, saya minta maaf untuk tu. Tapi, saya tak de niat langsung pun untuk sakitkan hati awak, "

"Dah Aira. Kita buat je hal kita okey? Saya dah malas nak fikir soal ni, "terus Qays bergerak ke atas mahu melihat bahagian atas rumah. Dan bilik mana yang dia mahu.

Aira menghela nafas lemah. Ya Allah... Macam mana dia nak pujuk Qays semula? Dia tahu semua ini berpunca dari dia. Sebab kata-kata dia yang buat Qays salah faham dan hilang percaya kepada dirinya.

Aira... Menyesal.

5/8/2022

Macam biasa don't forget to vote and comment too..

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now