Bab 15

1.1K 69 4
                                    

AIRIL mengambil tempat duduk di sebelah Qays.Yang dirancang sepatutnya dia balik esok tapi tak sabar dia nak tengok menantu pilihan mommy dan babahnya untuk Aira,adiknya yang tersangat degil itu.Sekali pandang boleh tahan kacak Qays ni.Takkanlah sebabkan status lelaki itu yang bukan dari keluarga kaya buat Aira tak mahukan lelaki itu?

"Pandai eh balik tak bagitau mummy. Ni kalau mummy tak de dekat rumah macam mana?"Mati-mati dia ingat anak sulongnya itu akan pulang esok.Tiba-tiba muncul depan pintu. Dalam bebel-bebel Datin Hanna tetap disendukkan juga mi goreng ke dalam piring untuk anaknya itu. Semakin segak anak dia ni.

"Haura tau tak kamu dah balik ni?"

"Tak babah.Airil ingat nak surprise kan dia. Alang-alang adik pun dah nikah,Airil ingat...Airil pun nak cepatkanlah pernikahan kami ni kalau Haura and family dia setuju,"keputusan yang dibuat Airil buat Datin Hanna terbeliak mata.

"Betul ke ni?dulu bukan main tak ready lagi nak nikah awal lah apa lah,"perli Datin Hanna.

"Itulah kamu serius ni?babah tak kisah cuma rushing sikitlah sebab last minute kan?"

"Serius babah. Lagipun dah setahun Airil tunang. Kasihan Haura sanggup tunggu Airil lama-lama. Airil ingat nak terus ke rumah diorang petang ni. Haura ada dekat rumah family dia sekarang ni,"

"Elok juga tu. Settle dulu apa yang patut,"setuju Dato' Mikail.

"Aira?"Airil mula tumpukan perhatiannya kepada Qays pula. Dia balik lagi awal pun sebab dia tak sabar nak tengok Qays ni. Dulu tengok pun waktu Qays masih dalam sekolah menengah lagi dalam usia lelaki ini lebih kurang 14 ke 15 tahun. Lagipun Airil sekarang dah 28 tahun.

"Alhamdulillah,okey je abang,"balas Qays. Takkanlah nak cakap setiap malam dia kena halau jauh-jauh sebab Aira tak suka tengok muka dia kan?memang taklah dia nak buka aib isteri sendiri. Dia masih tau nak jaga air muka si isteri.

Airil ketawa halus.

"Abang kenal Aira tu ,macam mana. Qays sabarlah nak layan kerenah dia. Aira tu susah nak terima orang sebab dia takut,takut orang sayang dia semata-mata kerana harta,"ujar Airil. Dari riak muka Qays pun Airil dapat rasa yang Qays dengan Aira masih tidak sebulu. Tapi bagus Qays ni berbudi bahasa sangat orangnya. Airil dapat rasakan yang Aira sangat beruntung memiliki Qays.

"In shaa Allah,saya boleh handle Aira tu,"janji Qays selagi mana dia mampu dan Aira tidak melebihi batasnya sebagai isteri.

"Ni makanlah dulu. Biarkan Aira tu. Perangai sangat kan,"pelawa Datin Hanna. Biar diajar sikit Aira ni. Lagi elok kalua mereka bagi Aira dan Qays duduk rumah asing. Senang sikit. Boleh biar Qays dan Aira rasa sendiri bagaimana itu tanggungjawab suami dan isteri.

Qays angguk saja. Pandai-pandailah dia lepas ni nak handle si Aira ni. Hari-hari otak dia ligat fikir bagaimana cara mahu lembutkan hati Aira ni. Puan Mariam pula tidak mahu makan sekali walaupun berkali-kali Datin Hanna ajak untuk makan sekali. Katanya masih banyak kerja yang mahu diselesaikan. Kalau ikut hati Datin Hanna dan Dato' Mikail mereka sudah tidak mahu Puan Mariam jadi pembantu rumah mereka. Tapi,wanita itu tetap berkeras kerana mahukan kerja dan tidak mahu duduk saja.






















"QAYS pergi sekolah sekali dengan Aira ye hari ni?"pinta Dato' Mikail.Senang sikit kalua Qays dan Aira gerak sekali. Lagipun Qays sekarang sudah jadi menantunya. Jadi tak salah pun kalau Aira dan Qays gerak sekali.

"Kalau Qays gerak sekali dengan Aira,Aira tak nak pergi sekolah,"bantah Aira. Cukup-cukuplah setiap malam dia kena pandang muka Qays ni. Takkanlah nak pergi sekolah pun kena hadap lagi muka tak semenggah lelaki itu?

"Eh tak pe babah,Qays naik motor je. Lagipun,lepas habis sekolah ada janji dengan Uwais,"tolak Qays. Dikerling Aira yang tayang muka masam mencuka. Hari-hari Aira tayang muka begini.

"Ouh ye ke?Hurmm..kalau macam tu tak apa lah,"

"Sebelum tu, Aira salam tangan suami kamu dulu. Ingat kamu tu dah jadi isteri Qays. Hormat dia sebagai suami,"sambung Dato' Mikail. Dalam diam, Dato' Mikail memainkan peranan penting untuk eratkan hubungan Aira dan Qays.

Aira berdecit kecil. Ish!Ya Allah...babah saja nak kenakan dia?dalam keadaan terpaksa,Aira tetap juga melangkah ke arah Qays. Qays sembunyi senyum.

"Sukalah kau kan?Aku terpaksa je ni tak ikhlas pun nak cium tangan kau,"ujar Aira dengan rasa geram.

"Ikut suka awaklah,sayang. Saya tak kisah pun. By the way...don't make your face like that. Nanti cepat kedut,"Qays kenyit mata kanannya kepada Aira sebelum tersenyum nakal. Tangannya yang dipegang Aira,Aira lepas laju.Eeeee...lagi bertambah geli bila Qays buat perangai macam ni.

"Kau ni kan makin menjadi-jadi kan?Aku benci kau,"Aira rasa macam nak je dia Tarik rambut Qays lepas tu botakkan. Menggatal sangat kan?!

"But I like you,"entah kenapa suka pula Qays usik si Aira ni. Biarlah sekarang ni Aira isteri dia bukan lagi sebagai anak majikannya. Jadi,kisah apa dia kalau Aira nak meroyan sekali pun.

"Dah-dah,nanti gaduh lagi. Dah lewat ni,"tegur Dato' Mikail. Baru saja Aira nak membalas,Dato' Mikail dah tegur. Potong betul!

Qays tahan ketawa melihat muka tidak puas hati Aira sekarang ni. Perangai macam tu pun dia boleh jatuh cinta. Pelik, tapi benar. Tangan Dato' Mikail disalamnya.

"Naik motor tu elok-elok Qays. Apa-apa call je babah atau Abang Hisham ye, "pesan Dato' Mikail.

"Okey babah. Saya pergi dulu, "habis sekolah dia dah janji dengan Uwais nak buat kerja part time jadi mekanik dekat bengkel keluarga Uwais tu. Bolehlah dia buat duit poket kan.

Sampai sahaja di sekolah, Qays sudah nampak Aira pun dah berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah bersama Marsha dan juga Emelda. Aira ni tak perasan atau buat-buat tak perasan yang Emelda ni bukan baik sangat pun. Marsha tu better la juga.

"Ah biarlah dia, "malas Qays nak kisah bab tu selagi tak memudharatkan mereka sekarang ni. Kalau ditegur mulalah nak cakap dia ni siapa nak beria tentukan hidup dia pula kan?

"Woih, termenung apa sampai tak berkelip mata kau? "

"Tak de apa lah. Penat sikit, "

Berkerut dahi Uwais. "Sejak akhir-akhir ni aku perasan kau asyik sebut penat je. Ada apa-apa ke? "

"Nantilah aku cerita. Panjang nak cerita dekat kau ni. Aku ingat nak cerita dekat kau ni pun sebab aku percaya kau je ni, "

"Eleh kau. Cakap je lah aku je kawan terbaik kau kan? "Sela Uwais. Mana tak baiknya, semua benda mereka buat bersama. Lagi satu semalam, Qays call dia cakap kalau boleh dia nak start buat part time dekat bengkel ayah dia boleh ke? Hmm.. Sangat tiba-tiba.

"Beranganlah Uwais... "Sengaja Qays tak nak mengaku. Dan memang jauh di dalam hati dia, dia bersyukur sangat dapat kawan macam Uwais. Selalu ada waktu dia susah dan senang.

"Ye lah tuu... "













1/2/2022

How's guys.. Suka ke idok? Huhu

Don't forget to vote and comment.

Jangan lupa follow sekali.. Muehehehehe.. Love you guys.. THANK YOUUU

Edited: psstt...psstt jngn lupa follow saya guyss.. Muahh bnykk

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now