Bab 2

1.6K 90 15
                                    

"BABE, come on takkan minum orange je? "Emelda mula menarik tangan Aira ke arah meja yang terletaknya minuman-minuman keras. Aira beberapa kali menolak. Kalaulah dia minum hari ni, sah balik je nanti dia diharamkan keluar lagi.

"Please babe, kau kenal kan babah aku macam mana? Aku tak naklah lepas aku join party kau malam ni aku terus kena haramkan keluar rumah, "balas Aira. Lagipun, dia malas lah nak minum minuman keras ni.

Emelda mendecit kecil. Keluhan berat juga keluar dari bibir. Bibir dijuih ke depan tanda kecewa dengan penolakan Aira. Tapi, benda boleh pujuk lagi tak salahkan?

"Babe.. Pleaseeee... Sikit je minum eh? Demi birthday aku. Aku kan birthday girl hari ni? "Mata Emelda kedipkan ke arah Rayqal yang memang sudah sedari awal minta kepada Emelda untuk buat Aira mabuk. Sudah lama dia aim Aira. Maklumlah Rayqal ni antara playboy berjaya juga. Seliar-liar Aira tak pernah lagi dia ada boyfriend.

"Ish kau ni... Aku..."

"Babe...kau tak sayang aku ke? Hari ni kan hari aku, "pujuk Emelda lagi semampu boleh. Ye lah, Rayqal dah janjikan dia sesuatu kan jadi...dia kenalah dia usaha semampu boleh.

Aira mula mengeluh. Serba salah dibuatnya.

"Ye lah, ye lah.. Sikit je eh, "akhirnya Aira mengalah juga. Seteguk air minuman keras tersebut diteguk ke dalam kerongkongnya. Tanpa sedar, semakin berteguk-teguk dia menelan air haram tersebut.

Emelda sudah tersenyum suka. Marsha pula memang ralit melayan kawan-kawannya di sana. Pada awalnya memang Aira yang beria ajak dia tapi pada akhirnya Marsha juga hanyut dalam lautan keseronokan duniawi.

Emelda biar dahulu Aira menikmati air haram tersebut. Langkah kakinya dibawa ke arah Rayqal. Dasar kawan tak guna. Boleh pula dia nak serahkan Aira kepada Rayqal. Memang benarlah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Aira cukup percaya dengan kawannya itu. See.. Walaupun susah nak datang ke parti ni, Aira tetap berkeras dan akhirnya dia terlepas juga ke sini.

Tapi... Dengan senangnya, Emelda gadaikan kawan baiknya sendiri kepada lelaki buaya seperti Rayqal.

"Macam yang you nak, I dah dapatkan Aira untuk you, "ujar Emelda sambil bibirnya elok tersimpul senyum. Dan, yang sebenarnya dia buat begitu sebab dia sukakan Rayqal. Dia harap apabila dia buat macam ni Rayqal percaya padanya dan akan mula jatuh hati padanya. Bodoh betul si Emelda ni!

Rayqal senyum senget. Gelas kaca diletakkan ke atas island table. Dia mula berdiri sambil kemejanya dibetulkan sedikit.

"Thanks Mel.. Later I belanja you, okay? "Balas Rayqal. Dalam hati sudah tidak sabar mahu menyentuh kulit putih mulus Aira. Dah lama dia geram dengan gadis itu. Jual mahal sangat. Padahal pakaian gadis itu tak pernah cukup kain. Terbelah sana, terbelah sini. Dia ingat iman aku ni kuat sangat ke nak tengok dia hari-hari macam tu? Entah-entah belakang dia macam-macam yang Aira dah pernah buat.

"Serius? "

"Yup, I serius. See you later, "Dengar sahaja itu, Emelda terus berbunga-bunga hati. Rasa macam melompat dekat situ je. Terus Emelda jerit kecil. Bukan main seronok lagi dia.

"Yes! "























"SAYA dah cakap kan dekat awak yang saya tak izinkan dia keluar malam, "Dato' Mikail picit dahinya yang mula rasa pening dengan perangai anak gadisnya itu. Abang Aira tak de pula jadi macam ni. Kenapa Aira yang liar macam ni?

"Dah cakap abang. Aira tu degil betul. Berkeras juga nak pergi birthday party si Emelda tu, "Datin Hanna mula rasa bersalah sebab berlembut sangat lepaskan Aira pergi selepas beberapa kali dipujuk rayu. Kalau suaminya yang larang mesti Aira tak pergi. Dato' Mikail kalau dia kata A mesti A juga jawapannya. Dan Aira takkan langsung boleh bangkang.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now