Bab 24

1.2K 85 13
                                    

"AWAK nak saya buat macam tadi or nak makan sendiri?"Ubat demam sudah berada di atas tapak tangan Qays ketika itu. Ini kali kedua pula untuk makan ubat. Aira yang berada di atas katil sudah tunjuk muka tidak puas hati. Geram betul dia dengan Qays sebab paksa dia makan ubat.

"Aku tak nak,"Aira keraskan juga suara. Masih menunjukkan degilnya. Qays senyum senget. Ouh...degil lagi eh?nampaknya Aira suka la dia buat macam tadi kan? Dah tak takut sangat.

"Jadi...awak suka la saya suap ubat macam tadi kan?"Qays sudah tersengih nakal di hadapan Aira. Terbeliak mata Aira. Macam tadi? That..their second kiss? Amboi,Aira kau kira eh sampai kali keberapa?Aira laju geleng kepala. Apa dia fikir ni?

"Nak makan ke tak nak?"lagi sekali Qays tanya Aira. Ikut Qays macam mana pun boleh. Dari tadi dia tersengih. Pipi Aira mula memerah dengan sendirinya. Yelah bila ingat apa yang berlaku pagi tadi,dia rasa malu. Tak tahu kenapa dia blushing sangat.

"Aku tak nak...nanti demam ni dia baik sendiri lah,"

"No,Aira you need to eat,"paksa Qays juga. Dapat Qays dengar keluhan berat Aira. Susah betul dia ni nak makan ubat. Telan je terus kan?

Qays mendekati Aira. Baru sahaja ubat tersebut ingin diletakkan ke pinggir bibirnya laju Aira menegah. Alamak! Tak boleh buat main juga dengan Qays ni.

"Okay fine,aku makan. Tapi...ada syarat,"

Qays angkat kening kanannya. Syarat?jangan minta yang bukan-bukan sudah.

"Apa syaratnya? Kalau saya mampu tunaikan,saya akan tunaikan,"

"Kalau aku makan ubat ni...aku nak kau belanja aku sate ayam hari tu,"

"Sure...nanti saya belikan. Yang penting,awak makan ubat ni dulu,"terus Qays setuju. Rasa berbunga-bunga pula hati Qays ketika itu. Aira dah pandai minta kepadanya. Dalam diam,Qays tersenyum. Kali ini,dia betul-betul rasa bagaimana menjadi seorang suami. Kalau boleh,kalau tak de Aira depan dia sekarang ni dia nak melompat dah.

Dengan teragak-agak Aira ambil ubat di atas tangan Qays. Dengan muka terpaksa,Aira masukkan juga ubat tersebut ke dalam mulutnya. Laju-laju botol air di tangan Qays diambil dan diteguk kasar. Werk!Pahit dia melekat atas lidah.

"Eeee...tak sedap!"omel Aira buat Qays ketawa halus. Terkesima Aira tengok Qays ketawa macam tu. Kenapa...handsome sangat?!

"Tak payahlah gelak lagi,"tegah Aira. Kang banyak-banyak dia tengok Qays gelak boleh jatuh cinta pula dia dekat lelaki itu. Eh,jatuh cinta? Kau dah mula suka dia ke Aira?!

"Tak...saya tak tahan tengok awak comel sangat. Mana ada ubat sedap,"Qays tayang senyum lebar. Sejak akhir-akhir ni,Qays sendiri rasa dia asyik senyum tak tentu arah,selalu ketawa. Sampai Puan Mariam juga perasan air muka Qays yang jelas ceria. Walaupun Aira cakap kasar macam ni,masih juga dia bersyukur sebab Aira banyak berubah. Tiada lagi hina-hina dia. Harap Aira akan kekal macam ni. And mungkin lama-lama Aira lembut hati boleh jatuh cinta dengan dia ke kan?

Jauh sangat kau berangan tu Qays. Qays senyum hambar.

"Ye lah.. Tak de ubat yang sedap sebab tu aku tak suka. Ni pun sebab kau janji nak belanja aku sate kan? Now, aku nak tidur. Thank you la jaga aku, ambil berat pasal aku, "

Qays angguk saja. Ditarik gebar bagi sehingga ke leher Aira. Rambut Aira dielus lembut sebelum dahi Aira dikucup lembut. Tergamam Aira. Dia sendiri langsung tak menolak. Makin lama,dia makin senang dengan setiap sentuhan Qays. Rasa macam betul-betul disayangi. Tak pernah dia rasa macam ni.

"Get well soon,sayang"Aira hanya pejam mata sehingga terdengar pintu bilik tertutup. Tanpa sedar,bibir Aira melorek senyum.

"I'll see how much you love me..."desis Aira dari dalam hati.

















TIBA hari yang dinanti-nantikan,Qays dan Uwais habis peperiksaan dengan jayanya. Hanya tawakal yang mampu mereka katakan sekarang ini. Hubungan antara Aira dan Qays juga semakin membaik. Walaupun Aira masih kasar dengannya,tapi Qays dah boleh bawa bergurau dengan gadis itu. Itu pun sudah memadai untuk Qays. Aira sudah tak keluar malam sekarang ni. Alhamdulillah.

"Yang kau tersengih-sengih ni dah kenapa?makin hari,makin aku risau dengan kau ni,"tegur Uwais. Ye lah,kalau senyap je mesti Qays akan sengih-sengih macam tu. Dah macam kerang busuk dah dia tengok.

"Risau apa?"

"Kau,kalau aku hantar wad sakit jiwa kang baru tau. Hormatlah sikit aku yang single ni,"

Qays mencebik. Lah...kes single ke ni?

"Kalau rasa diri tu single sangat pergilah try si Amalin tu. Dia kan selalu tegur kita. Aku tengok dia tu comel lah juga.Sesuai dengan kau,"saran Qays buat Uwais tepuk kuat peha Qays. Haaa...ni dia nak cakap ni!

"Kau kenapa tampar aku.Pedih gila!"

"Betulkan sikit ayat 'kita' tu. Amalin tu asyik tegur kau okey! Aku rasa dia syok dekat kau lah,"bidas Uwais. Sebenarnya,okey saja Amalin tu. Cantik,sopan,baik semua pakej cukup lengkap. Cara pemakaiannya juga sangat menutup aurat. Mungkin saja sebab Amalin tak tahu yang Qays ni suami orang. Itu yang Amalin berani tegur Qays di mana saja.

"Dia tegur sebab dia kenal. Kalau dia syok dekat aku pun,hati aku ni dah tak de ruang nak letak orang lain selain isteri aku,"fuh!bukan kaleng-kaleng Qays sekarang ni. Dah pandai buat ayat sweet-sweet macam ni kan?

"Bukan main kau eh,stop bab Amalin. Kau dengan Aira macam mana? Okey?"

"Kalau aku dengan dia tak okey...tak de nya aku nak sengih macam sekarang ni. Even dia kasar macam tu...at least,dia macam dah dapat terima aku dah sekarang ni,"balas Qays. Jelas berseri-seri wajah Qays bila cerita pasal Aira.

Uwais lega dengar. Dia sebagai sahabat turut senang mendengar itu. Okeylah tu kan?

"Lega aku dengar,"

"Qays!"Tak jauh dari mereka terdengar suara Amalin yang memanggil. Ada beberapa buah buku juga di tangan gadis itu.Uwais tepuk bahu Qays memberi ruang kepada mereka untuk bercakap. Uwais segera menjauh dari situ.

"Awak last day dekat sekolah hari ni kan?"tak tahu kenapa dia rasa sebak apabila tahu yang hari ni merupakan hari terakhir di sekolah ini.

"Ye. Hari ni saya last day. Kenapa?"Tanya Qays yang sedikit hairan. Dapat juga dia lihat air muka Amalin sedikit berubah namun masih dikawal baik. Amalin gigit bibir bawahnya.

Serba salah dia nak cakap. Tapi,kalau dia tak cakap mungkin lepas ni sudah susah dia nak jumpa lelaki ini ataupun takkan berjumpa lagi.

"Kalau saya nak cakap dengan awak sekejap boleh tak?"mana tahu Qays ada kerja lain ke apa kan?

"Awak nak cakap apa? ada benda penting ke?"

"Untuk awak mungkin benda ni tak penting...tapi untuk saya,benda ni penting,"balas Amalin. Jika ditolak dia tak kisah,asalkan dia dapat luahkan juga apa yang terbuku di hatinya. Jika diterima,dia lah manusia paling bahagia sekali.

"Okey...kalau macam tu...cakaplah,"Qays memberi ruang untuk Amalin cakap.

"Saya harap sangat apa yang saya nak cakap ni awak tak kisah or tak ambil hati dengan saya"

"...lama dah saya nak bagitau benda ni tapi hari ni,baru saya ada kekuatan untuk bagitau awak,"

Qays masih setia mendengar."Okey...so?"

"Saya...saya sebenarnya"

"...suka awak Qays,"tergamam Qays yang mendengar.

Tanpa Qays sedar,dari jauh ada sepasang mata yang berkaca mendengar dan melihat keadaan itu. Jari Aira genggam membentuk penumbuk. Selama ini dalam diam, Qays kenal dengan Amalin. Kalau tak kenal rapat macam mana Amalin boleh luah perasaannya kepada Qays? Macam mana mereka boleh duduk berdua-duaan macam tu?walaupun di tempat awam tetap... Qays tu 'suami' dia.

"Konon alim. Kau pun sama Qays. Berdua-duaan macam tu. Kau fikir kau bagus sangatlah tu?!"gumam Aira sendirian sebelum bergegas pergi dari situ.








16/2/2022

Don't forget to vote and comment too.. Tenkiu yg comment and vote.. Muehehehe.. I really appreciate it. ❤❤

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now