Bab 30

1.4K 92 15
                                    

MAHU tidak mahu,Qays pulang juga ke rumah atas sebab mahu berjumpa dengan Puan Mariam. Rindu pula masakan uminya itu. Aira pula,dia bukan tak rindu tapi dia takut. Takut Aira permainkan perasaan dia tambahan pula sering juga dia ternampak Rayqarl dengan Aira. Takkan semua itu hanya kebetulan semata?

Qays terus geleng kepala tidak mahu terus terusan memikirkan soal itu. Buang tenaga,buang masa dan sakitkan kepala dia sendiri dah kenapa kan?Terus beg galasnya dibawa keluar untuk membawa pulang baju untuk dipakai. Yelah semua bajunya pun sudah dibawa ke sini jadi terpaksalah dia bawa baju dari sini. Lagipun,dia jarang pulang ke rumah sejak-sejak dia malas mahu bertembung dengan Aira. Risau perasaan rindunya itu membuak-buak tatkala dia sedang belajar mahu didik hati untuk tidak terlalu berharap pada Aira.

"Bro,siap packing aku gerak balik terus tau. Umi aku suruh balik makan sekali di sana,"ujar Qays.Tangannya lincah memasukkan baju-baju ke dalam beg.

"Ouh okey. Aku gerak petang sikit nak settle kerja sikit lagi. Kang balik enjoy sikit tak payah fikir soal assignment apa bagai dah. Elok-eloklah kau balik kejap lagi,"pesan Uwais. Selepas meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya.

Qays termenung seketika memandang helaian baju yang sudah dilipatnya ketika itu. Fikirannya itu bercampur macam-macam. Apa akan jadi selepas ini,sudah masuk tiga tahun perkahwinannya bersama Aira. Selesai sahaja mengemaskan pakaian-pakaiannya itu,terus dicapai helmet miliknya sebelum keluar dari rumah.

Tanpa menunggu lama,Qays terus memecut motosikal miliknya itu untuk pulang ke rumah. Entah kenapa berdebar-debar jantungnya ketika itu. Dihiraukan saja perasaan itu.

Tak lama kemudian, Qays sampai di rumah banglo milik Dato' Mikail itu. Kelihatan Airil dan juga isterinya,Haura ada di sini juga. Masuk sahaja ke dalam rumah terpampang Haura sedang riba anaknya yang baru berusia dua tahun itu.Rose Humairah nama yang diberi.

"Assalamualaikum"salam diberi kepada isi rumah.Laju kepala Haura terangkat memandang gerangan yang memberi salam serentak menjawab salam.

"Eh Qays...masuklah,"

"Ye lah kak. Umi ada dekat dapur ke?"

"Aha. Cik yam ada dekat dapur. Pergilah tengok,"Ujar Haura sambil tangannya pula ligat menepuk punggung anaknya perlahan. Mata kuyu si kecil juga dia sudah tahu bahawa anaknya itu sudah mula mengantuk.

"Kalau macam tu saya ke dapur dulu lah, "Qays terus senyum kecil sebelum berlalu ke dapur. Sampai sahaja di pintu dapur kelihatan Puan Mariam lincah memasak. Terus senyuman nakal Qays terukir.

Langkah kakinya diperlahan ketika Puan Mariam sedang berada di singki sedang membasuh sayur kailan. Sampai sahaja di belakang Puan Mariam, Qays terus keluarkan suaranya yang separuh berbisik.

"Laparr... "

"Oh mak kau lapar! "Terpusing badan Puan Mariam sebelum tangannya laju naik menampar bahu si anak. Ni kalau dia pegang pisau ke apa tadi tak ke naya?

"Eh umi, umi...ni Qays ni, "tangannya naik menepis tamparan padu dari Puan Mariam. Ha kan dah mendapat. Selalu sangat buat dia terkejut.

"Padan muka kamu. Ni kalau umi ada sakit jantung ke apa kan dah naya. Jadi yatim piatu kamu! "Terus Puan Mariam gosok dada.

"Apa cakap macam tu. Sorry okey? "Terus Qays memohon maaf kerana telah membuat Puan Mariam terkejut. Tapi comel, dia suka kacau uminya itu.

"Ye lah. Baru ke sampai ni? "Tanya Puan Mariam.

"Ye umi. Baru je sampai. Tak sangka pula Abang Airil dengan Kak Haura ada sekali. Diorang baru je ke balik? "Soal Qays saja mahu memanjangkan topik perbualan antara dua beranak.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now