Bab 5

1.2K 136 13
                                    

"KAU? "bukan main terkejut Aira melihat gerangan di hadapannya ketika ini. Giginya diketap geram.

"Kenapa you marah sangat ni hmm? "Rayqal buat muka tidak bersalah kepada Aira. Huh, dekat sekolah elok bertutup pakai tudung apa semua dekat luar seksi bagai nak rak. Kalau boleh semua nak tunjuk. Geram je dia tengok. Suara sengaja dilembutkan kepada Aira.

Aira berdiri berpeluk tubuh. Meluat dia tengok muka Rayqal. Rasa marah membuak-buak bila tahu lelaki iti telah menyentuhnya tanpa izin.

"Kau memang muka tak tahu malu kan? Kau ingat aku tak tahu ke apa berlaku malam tu? "Kalau tak ingatkan ni kawasan sekolah sudah lama Aira menggila. Pasti kepala Rayqal sekarang sudah botak licin. Sudah membayangkan bagaimana dia ingin tarik-tarik rambut Rayqal sampai lelaki itu botak. Namun, disabarkan saja hatinya ini.

Rayqal ketawa sinis. Belakang disandarkan ke dinding. Hanya berdiri santai tanpa mereka sedar Qays sedang memasang telinga di sebalik tiang mendengar mereka berbual.

"I buat apa sayang? "

Soalan Rayqal buat hidung Aira kembang kempis menahan rasa. Geramnya ya Allah. Seliar-liar dia, dia masih tahu lagi bagaimana mahu menjaga dirinya hanya untuk yang halal.

"Hey, aku benci la dengar kau panggil aku sayang, "

Rayqal mendekati Aira. Dibisik perlahan ke telinga Aira yang berlapik tudung.

"Kalau you rasa diri you tu mahal, lain kali pakaian tu jaga. I lelaki yang ada nafsu bukan macam anak pembantu rumah you tu tahan je tengok you seksi-seksi depan dia, "Rayqal senyum sinis sebelum bahu Aira dilanggar sedikit kasar dan pergi dari situ.

Aira menjerit memanggil nama lelaki itu. Dia belum habis cakap lagi, Rayqal dah pergi. Kalau boleh dia nak tampar-tampar mukut si buaya tu. Aira mendengus kasar.

"Berapa ratus kali pun kau minta untuk bersama aku, aku tak hadaplah dengan kau jantan! "Jerkah Aira tapi tak taulah Rayqal dengar ke tak. Aira berdecit geram.

Qays yang berada di sebalik tiang berasa sedikit lega apabila Rayqal sudah pergi dari situ. Sebaik sahaja memastikan keadaan sekitar selamat untuk Aira, Qays berlalu pergi dari situ.

Qays berjalan untuk keluar dari sekolah. Qays duduk di bus stop dahulu sementara menunggu Uwais. Dia sudah janji dengan Uwais untuk pulang bersama. Sudah ditawarkan oleh Dato' Mikail untuk membiarkan saja Qays pulang dengan Pak Hamid tapi Qays menolak. Katanya cukuplah dia datang ke sekolah sahaja bersama Aira. Sedar yang dirinya tidak disukai oleh Aira.

"Kesiankan... Datang and balik sekolah kena tumpang orang macam ni, "Qays sudah dapat agak suara itu milik siapa. Qays lebih memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Kalau dia lawan nanti susah. Dia tak nak nama baiknya tercemar. Dia nak berjaya and keluar dari sekolah ni dengan membawa nama baiknya.

"Kau ni memang jenis telinga pekak kan? Kalau kau tak datang selamatkan dia mesti sekarang aku dah dapat keluar dengan Rayqal. But you ruined everything, "geram Emelda rasa. Dia dah lama nakkan Rayqal. Mungkin lepas saja dia buat apa yang Rayqal nak, Rayqal akan pandang dia kan? Fikir Emelda.

Qays pusing kepala memandang Emelda. Hanya pandang tanpa berkata apa-apa. Dia dapat lihat muka merah Emelda. Hidung juga kembang kempis nenahan marah.

"Kenapa kau diam? Kau tak berani nak jawab ke sebab aku anak orang kaya hmm? "Kata-kata Emelda sungguh sinis. Tapi Qays tak rasa apa-apa sebab dia selesa hidup begini. Kalau kaya harta tapi miskin adab pun tak guna juga. Ada juga manusia yang jenis macam ni. Naik menyampah Qays dibuatnya.

Qays hembus nafas dalam.

"Aku tak nak bergaduh dengan kau sebab semua kata-kata yang keluar nanti hanya akan jadi benda yang sia-sia je. Orang yang macam kau ni tak layak nak berkawan dengan sesiapalah, "bidas Qays tegas.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now