Bab 16

1.1K 62 11
                                    

DISEBABKAN rasa bosan yang teramat sangat ketika waktu rehat, Qays berkunjung ke perpustakaan hanya untuk membaca sinopsis novel.  Dia taklah suka baca novel tapi kadang pada waktu dia bosan, sinopsis dapat buang rasa bosan yang ada. Mata Qays meliar dari atas sampai ke bawah rak buku sebelum matanya tertancap ke arah satu novel.

Baru sahaja tangannya mencapai novel tersebut, ada satu lagi tangan yang turut memegang novel yang sama. Terus Qays pandang gerangan tersebut. Pandangan mereka bertaut.

"Err... Awak ambillah novel ni, "tolak si gadis dengan lembut. Kemudian, senyum manisnya ditayang kepada Qays.

"Eh, tak pe.. Awak je yang ambil. Saya saja je nak tengok. Bukan nak baca pun, "betullah kalau dia ambil pun dia nak baca sinopsis je. Bukan nak baca sebuah novel tu.

"Betul ni? "Tanya lagi si gadis untuk memastikan.

"Ye, betul, "

Terus novel Imam Mudaku Romantik tersebut berada dalam tangan si gadis. Tengok tajuk novel ni menarik.

"Urmm.. By the way, saya Amalin. Awak? "Tanya Amalin. Dalam hati Amalin memuji kesegakan lelaki di hadapannya kini.

Qays senyum nipis. "Saya Qays Nufail. Panggil je Qays, "Amalin angguk faham. Nice name, macam tuan dia juga. Handsome!

"Okey Qays. Awak senior ke? Sebab saya tak nampak pun kelibat awak dekat 6 bawah, "

"Ya, saya 6 Atas. Urmm, I need to go, saya rasa kawan saya dah tunggu saya dekat kelas, "rasa tidak selesa pula kalau dia cakap lama-lama dengan Amalin. Ye lah, dia kena ingat yang dia sudah bergelar suami orang. Kang, Aira nampak tak pasal-pasal bertambah dingin Aira dengan dia kan?

"Okey... "Belum sempat Amalin bersuara, Qays sudah pergi dulu. Amalin angkat bahu. Rushing kot.

Masuk sahaja ke dalam kelas, elok Uwais tengah makan dalam kelas. Apa makan lama betul takkan tak habis-habis lagi makan?

"Eh kau cakap nak pergi library tadi. Kenapa cepat sangat? "Tanya Uwais. Selalu kalau Qays pergi library je selagi tak habis rehat, dia tak akan masuk kelas ni.

"Malas lah. Terserempak dengan seorang girl ni. Aku jadi tak selesa lah nak lama-lama kat situ. Kang macam-macam pula dia tanya aku, "ujar Qays.

"Uish awekk... Pastu? "

"Ish kau ni. Itu yang aku blah ni, "pantang Uwais ni. Sebenarnya bukan Uwais ni nak sangat pun awek saja je mengada.

"Apo kau ni jual mahal sangat. Membujang sampai tua baru kau tau, "dalam diam Qays sengih. Bujang apanya, dah nikah pun. Cuma sesi nak tackle si Aira hati batu tu je.

"Yang kau sengih pula ni apesal? "

"Tak de apalah. Petang nanti aku cerita dari A to Z dekat kau. So, harap bersabar please, "

Habis sahaja waktu sekolah, Qays dan Uwais sama-sama bergerak ke bengkel ayah Uwais. Motosikal diletakkan di tempat parking motor yang disediakan di sebelah bengkel.

"So, kau nak cerita apa? Apa yang buat kau nak kerja awal dekat sini? "

Qays tarik nafas dalam. Matanya tepat pandang wajah Uwais. Harap kawan dia tak sakit jantung lepas dengar cerita dia ni.

"Kau jangan terkejut pulak, "pesan Qays awal-awal. Buatnya kawan baiknya ini kejung dekat situ tak ke naya kan?

"Ye.. Cepatlah jangan buang masa aku. Ahaks, "tak sabar dia nak dengar. Apa benda lah yang penting sangat ni kan.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now