PROLOGUE | DENDAM CINTA 2

22.5K 751 590
                                    

Start : 18/12/21

NASI goreng di dalam mangkuk itu dipandang kosong. Harraz meneguk liur. Nasi goreng cina, iaitu makanan kegemarannya. Entah kenapa, fikirannya tiba-tiba teringat pada sesuatu.

"Ni ke nasi goreng kau yang sedap tu?" Sarkastik sindiran Harraz.

"Awak... Awak nak buat apa ni?" Berdegup kencang jantung Marissa tatkala nasi itu dibuat main.

Prang!

Harraz menghempaskan mangkuk tersebut. Bertaburan nasi di atas marmar putih itu. Marissa terkedu. Natalia tercengang. Tak sangka Harraz sekejam itu.

"Aku tak hinginlah makan masakan daripada kau, perempuan! Apa-apa yang kau buat, aku takkan sentuh apatah lagi nak makan! Kau tahu sebab apa? Sebab aku geli dan jijik!" hina Harraz sepuas hati.

Selajur, Harraz memejamkan mata mengingatkan kejadian tersebut. Tak disangka, Harraz Daniel yang lembut bersama sang isteri boleh bertindak sekejam itu terhadap isterinya, Marissa. Sungguh, dia tak tahu syaitan apa yang merasuknya tika itu.

Masih terbayang riak wajah isterinya yang kelihatan sugul. Ya, Marissa sedih. Bukan itu saja, barangkali wanita itu berasa kecewa dan marah terhadapnya. Seketika, Harraz mengeluh lemah. Dahinya dipicit. Sedikit sebanyak, rasa kesal mula hadir dalam diri.

'Kau dah terlambat nak menyesal, Harraz. Marissa dah pergi jauh dari hidup kau!' Hatinya berdetik marah.

"Kenapa ditenung aje nasi tu? Makanlah," sampuk Datin Kalsom seraya menggeleng kecil. Kemudian, dia menuangkan air kopi di dalam cawan.

Harraz menggeleng kecil. Dia menyuapkan sesudu nasi goreng cina ke dalam mulut. Masa nak telan tu, rasa berpasir tekaknya. Dia rindukan masakan Marissa. Sungguh teramat rindu.

"Sedap? Sama macam Ris masak?" soal Datin Kalsom segali gus menyentakkan anak lelakinya. Sengaja dia mengenakan Harraz.

"Mama punya lagi sedap," puji Harraz lalu tersenyum tawar. Berbeza. Masakan seorang ibu dengan seorang isteri begitu banyak ketaranya.

"Macamlah mama tak kenal kamu, Harraz. Kamu sebenarnya rindukan Marissa kan?" tebak Datin Kalsom sambil memincilkan biji matanya.

Terdiam Harraz. Nasi di dalam pinggan ditenung dalam. Tak cukup lagi, dikuis-kuis pula nasi itu. Seleranya mati tatkala teringat akan sang isteri yang entah di mana berada sekarang ini.

"Tak, mama silap. Harraz tak pernah pun rindukan perempuan tu. Huh, perempuan murah macam tu tak layak untuk Harraz. Jijik Harraz dengan dia!" Separa keras intonasi Harraz. Wah, bukan main tinggi lagi ego kau ya?

"Astagfirullahalazim..." Menggeleng Datin Kalsom mendengar bicara anaknya. Terus terbantut kerjanya mengemas meja makan itu. Harraz dipandang dengan renungan tajam.

"Kamu ni sedar ke tak sedar apa yang keluar dari mulut kamu ni, Harraz?" soalnya.

"Sedar, ma." Ringkas jawapan Harraz. Air kopi dicicipnya. Bila teringat balik yang Marissa pernah curang terhadapnya, automatik hati Harraz menggelegak panas.

"Perempuan yang kamu kata jijik tu masih isteri kamu. Kalau betul kamu dah taknak pada Marissa tu, ceraikan. Jangan buat dia gantung tak bertali. Itu kejam namanya. Mama tak ajar anak mama jadi manusia macam tu." Tegas Datin Kalsom bersuara. Kalau suaminya ada sekali tika ini, memang dibasuh habis-habisan anak lelakinya itu.

Terjongket bibir Harraz. Sakit pula hati bila mamanya asyik menyebelahi isterinya itu.

"Kejam? Apa yang dia buat dekat Harraz tu lagi kejam, ma. Harraz separuh mati sayangkan dia. Tapi Marissa? Dia curang belakang Harraz!" Harraz mula membentak. Mukanya berubah tegang. Halkumnya bergerak-gerak menandakan dia sedang marah.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now