BAB 3 | DENDAM CINTA 2

6.9K 644 324
                                    

     "SAKITLAH! Lepaskan I! You ni dah kenapa, Irfan? Gila ke?" Tangan Irfan yang mencengkam kuat lengannya cuba dileraikan. Berdecit-decit bibirnya menahan sakit. Sudahlah kuku lelaki itu tajam menghunus kulitnya.

"Mana duit aku?!" Tubuh Natalia dicampakkan ke atas katil. Mukanya bengis. Matanya penuh dengan amarah.

"Duit apa pula?" tanya Natalia, pura-pura tak ingat. Liurnya ditelan. Dia menggosok lengan yang masih terasa pedih. Matanya dilarikan daripada memandang wajah bengis itu.

"Kau jangan buat-buat tak ingat, Talia. Duit aku mana?!" jerkah Irfan di depan muka wanita itu. Pernafasannya tidak teratur. Kalau ikutkan baran, mahu saja dia menampar muka bersahaja Natalia. Wanita itu kelihatan tidak gerun terhadapnya.

Natalia mendengus kuat. Mata Irfan ditentang berani. Timbul rasa kesal kerana mengikut lelaki itu keluar.

"Betullah! I tak ingat duit apa yang you maksudkan!" Hailah Natalia, kau memang sengaja tempah maut dengan Irfan ke? Tak habis-habis nak menipu. Cakap ajelah kau takde duit.

"Kau tak ingat ya? Tak apa, mari sini aku ingatkan kau," ujar Irfan, sinis. Dia mengeluarkan telefon pintarnya lantas audio yang sempat dirakam dimainkan semula.

"I boleh tolong you. Tapi dengan satu syarat." Irfan bangun lantas menghampiri Natalia. Dagu wanita itu dicuit.

"Syarat apa, sayang? Tell me, I janji yang I akan ikut segala syarat you," jawab Natalia lalu merangkul leher Irfan yang sedang menunduk.

"Lepas je rancangan yang you buat ni berjaya, I nak you bagi I sejuta sebagai 'harga' yang perlu you bayar. Lagipun, I nak bercuti ke luar negara dengan duit tu. Alang-alang tu, bolehlah I menyorok daripada Harraz. Kut-kut laki you tu nanti cari I pula and belasah I. I tak nak ambil apa-apa risiko. So, I decide I nak menetap di luar negara sampai keadaan kembali pulih."

Rakaman tersebut dimatikan. Irfan tersenyum senget melihat muka Natalia yang berubah pucat. Tak sia-sia dia merakam perbualan mereka itu. Ada gunanya juga dia simpan audio tersebut. Sekurang-kurangnya, Irfan boleh mengugut Natalia hanya dengan rakaman yang telah direkod.

"So, macam mana? Kau dah ingat?" Sarkastik sindiran Irfan itu. Keningnya ternaik sebelah seakan mengejek Natalia.

"You... You rakam perbualan kita?" Terbelalak mata Natalia. Jelas dia terkejut.

"Kau ingat aku ni bodoh ke, Talia? Aku tahu kau akan buat perangai. Sebab tu aku rakam siap-siap apa yang kita bualkan. Sekarang ni, kau jangan cakap banyak. Aku nak duit. Bukan seratus ringgit tapi satu juta!" Kepala Natalia ditunjal kasar.

Tergeleng-geleng kepala Natalia. Dadanya berombak laju.

"Mana I nak dapatkan duit sebanyak tu? You gila ke? You ingat I ni apa? Bank bergerak you?" hambur Natalia. Dia bangkit seraya anak mata mereka bertentangan tajam.

"Ah! Aku peduli apa kau ada duit atau tak! Yang aku tahu, aku nak bahagian aku! Kau dah janji dengan aku, Natalia. Kalau aku tak dapat duit tu, aku bocorkan semua rahsia kau pada suami kesayangan kau tu! Kau jangan main-main dengan aku, Talia." Irfan mengugut. Leher Natalia dicekik kuat. Terdongak kepala wanita itu mencari oksigen.

"Le... Lepaskan I! Sa... Sakit!" Dada Irfan ditumbuk bertalu-talu.

"Kalau kau taknak sakit, lebih baik kau bagi apa yang aku nak!" jerkah Irfan, kuat. Dia terus melepaskan leher Natalia. Tubuh wanita itu pula ditolak kasar sehingga Natalia jatuh semula di atas katil.

Menggigil-gigil Natalia dibuatnya. Belum pernah lagi dia melihat sisi baran Irfan.

"Ta... Tapi I tak ada duit sebanyak tu, Irfan." Perlahan dan rendah nada wanita itu. Takut-takut dia memandang Irfan.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now