BAB 24 | DENDAM CINTA 2

5.1K 605 124
                                    

*kdg2 kegilaan wattpad ni tk terjangkau dek akal juga ya? Nah, new chapter. Sempat tambah sikit scene and delete beberapa part. Buat yg dh baca tadi, nk baca semula pun amatlah dialu-alukan.*

BAM!

Badan terkujat sedikit tatkala bunyi guruh berdentum-dentum kuat. Marissa yang sedang lena mencelikkan biji matanya. Jantung berdegup kencang dek terlalu terkejut. Drastik, posisi tubuh dibetulkan. Dari baringan, kini disandarkan tubuh ke badan katil. Lampu di sisi katil dibuka.

Terpisat-pisat matanya menahan kantuk. Punya sedap dia tidur tadi, sekarang dah terjaga dek dentuman guruh di luar. Kepala terasa pening-pening lalat. Inilah padahnya kalau terjaga secara mengejut. Seketika, Marissa capai telefon di hujung bantal. Skrin dinyalakan.

"Baru pukul tiga pagi. Haih..." keluhnya pula. Kepala disandarkan di kepala katil. Mata terpejam melayan kantuk yang bermaharajalela. Baru mahu lena, kilat dan guruh memancar ke biliknya.

"Harraz!" Terjerit kecil Marissa jadinya. Tubuhnya melompat turun dari ranjang. Tanpa sedar, matanya melilau menjejaki keberadaan sang suami. Kosong. Mana Harraz pergi? Selalunya waktu begini, Harraz ada di dalam bilik. Takkan pagi-pagi buta macam ni dah ke bilik gim?

Selalunya begitulah Harraz. Usai subuh, lelaki itu akan menyibukkan diri di bilik gim. Boleh dikatakan setiap hari begitulah rutin Harraz. Pukul lapan tepat, barulah suaminya turun dan menolongnya menyediakan sarapan. Tapi bukan tolong sangat, tolong menyibuk dan mengganggunya adalah! Geram betul!

Yang buat Marissa tertanya-tanya sekarang ni, ke mana pula suaminya itu pergi pada waktu sebegini? Sudahlah tubuhnya mula menggeletar dek bunyi dan biasan kilat yang sabung-menyabung dari tadi. Hujan tidak juga, tapi langit masih berdentum tidak berhenti.

Malas terus-terusan berteka-teki, Marissa ambil keputusan untuk turun ke bawah. Kut-kutlah suaminya sedang menonton bola.

Anak tangga dituruni satu persatu. Kecut perut melihat keadaan rumah yang gelap gelita. Terasa berpasir liur yang ditelan. Sampai di bawah, ruang tamu kelihatan suram tidak berlampu. Sebaik suis lampu ditekan, mata Marissa melotot pada sekujur tubuh yang terbaring di atas sofa. Hati serta merta meruntun hiba.

"Kenapalah awak tidur kat sini." Kaki diatur cermat menghampiri Harraz yang sedang lena. Perlahan-lahan punggung dilabuhkan di sisi suaminya. Wajah tampan Harraz ditenung lama. Tangan cuba mengusap pipi lelaki itu, namun niatnya dibatalkan kerana tidak mahu mengejutkan si suami.

Rintik-rintik hujan mula kedengaran di luar rumah. Rambut Harraz disentuh. Lembut dan beralun cantik. Turun pula pada sepasang mata yang terkatup rapat itu. Mata helang yang mampu menggetarkan naluri kewanitaannya. Panahan tajam retina itu mampu melembikkan setiap sendi tubuhnya.

Marissa meliarkan mata pada hidung Harraz yang terletak elok. Bibir lelaki itu pula kemerah-merahan tanda tidak merokok. Ditambah pula dengan jawline yang tidak terlalu panjang, namun cukup tajam dan sempurna di mata Marissa. Erti kata lain, Harraz benar-benar kacak orangnya. Serba-serbi tentang lelaki itu amat sempurna. Tiada cacat cela.

Itulah Harraz Daniel. Si maskulin yang cukup menjaga keperibadian diri. Jadi tidak mustahil kenapa Natalia benar-benar menyukai lelaki ini. Sekali pandang, memang boleh jatuh hati. Tambahan lagi Harraz bukanlah seorang lelaki yang mudah didekati. Mukanya ketat sentiasa, auranya dingin belaka. Ya, semua itu ditunjukkan buat yang tidak mengenalinya. Perempuan mahupun lelaki, layanannya sama. Tiada beza dan tidak bermuka-muka.

Jujur Marissa kata, saat pertama kali bertemu dengan Harraz yang dianggap sebagai pembunuh Lisa, sedikit sebanyak menghadirkan satu rasa lain dalam dirinya. Mahu kata aneh, tidak juga. Perasaan itu seolah-olah pernah dilaluinya dulu. Susah mahu digambarkan, tak terluah melalui kata-kata. Yang pasti, dia dan Harraz seakan pernah dekat suatu ketika dahulu.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now