BAB 12 | DENDAM CINTA 2

8.5K 725 655
                                    

     ADAM terkaku di hadapan pintu utama rumah banglo itu. Jelas di pendengarannya gelak tawa Marissa yang kedengaran bahagia. Tak lama selepas itu, Marissa menjerit kecil.

"Abang, janganlah! Geli tahu tak? Hahaha!"

Adam sentuh dada yang terasa pedih. Tawa Marissa kendengaran cukup bahagia. Kenyataan yang mengatakan bahawa Marissa bahagia bersama Harraz. Cukup sakit untuk Adam menerima kenyataan itu. Marissa Jasmine bukanlah miliknya. Malah, wanita itu hadir dalam hidupnya hanya sementara waktu.

'Jasmine bukan diciptakan untuk kau, Adam. Kebahagian dia ialah Harraz. Lepaskan Jasmine. Dia bukan milik kau.'

Adam pejam mata. Tuhan, sakitnya tak terperi tatkala gadis yang dicintainya terpaksa dilepaskan buat selama-lamanya. Hancur berderai jiwanya.

Buat beberapa detik, Adam masih statik di luar rumah. Dia datang ke sini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Datin Kalsom. Sekejap lagi dia akan ke airport. Sementara itu, dia singgah dahulu untuk berjumpa dengan Marissa. Tapi tak tahu pula kehadirannya kala ini menimbulkan rasa cemburu di hati.

"Astagfirullahalazim..." Cepat-cepat Adam beristighfar. Mengusir rasa kurang enak dan anasir negatif yang bertapak. Kepalanya digelengkan berkali-kali.

Beberapa minit tercegat di luar, akhirnya Adam membuka kasut dan pemegang pintu ditolak perlahan. Masuk saja ke dalam ruang rumah banglo itu, sekali lagi matanya terpusat ke arah seorang wanita. Siapa lagi kalau bukan Marissa.

"Eh, Abang Adam? Buat apa berdiri dekat situ? Mehlah join kitaorang breakfast." Farah lekas menegur Adam tatkala kornea disapa dengan kehadiran lelaki itu. Sontak, Adam mengalihkan perhatiannya ke arah Farah. Dia berdehem halus seraya seulas bibir miliknya tersungging dengan senyuman.

Serentak itu Marissa dan Harraz berpaling ke belakang. Muka Harraz sudah berubah riak. Tak suka dengan kedatangan Adam ke rumah ini.

"Assalamualaikum." Salam diberi berserta senyuman manisnya. Matanya mengerling Marissa sekilas sebelum pandangannya bertembung dengan Harraz. Wajah lelaki itu kelihatan tegang. Barangkali bengang dengan kehadirannya yang tidak dialu-alukan.

Namun, seorang Adam Benjamin bukanlah jenis yang suka mencari musuh. Dengan seikhlas hati, tangannya diangkat menegur Harraz.

"Maaf mengganggu kauorang semua. Saya datang sebab nak jumpa dengan aunty. Farah, mama Farah ada?" Adam bertanya. Wajah manis Farah direnung pula.

"Ada, mama ada dekat dapur. Sekejap, Farah panggilkan ya?" senyum Farah, ceria. Dalam hati, Farah memuji Adam. Lelaki yang bekerjaya doktor itu sangat kacak di matanya. Serba serbi sempurna. Langsung tiada cacat cela. Kan best kalau Adam itu buah hatinya? Eh, eh! Apa yang kau mengarut ni Farah?

Adam mengangguk lantas menghantar langkah Farah yang menuju ke ruang dapur.

"Adam, duduklah. Kita breakfast sekali," pelawa Marissa. Hujung matanya dapat menangkap wajah sang suami yang bertukar kelat.

"It's okay. Saya dah breakfast tadi. Saya datang ni pun sebab nak jumpa dengan aunty. Nak ucapkan terima kasih. Sekejap lagi saya nak ke airport." Adam menolak. Kala ini, hatinya meronta-ronta sakit melihat kemesraan pasangan suami isteri itu. Apatah lagi Harraz sengaja memaut manja bahu isterinya.

"Oh ya la. Saya lupa pula hari ni awak balik Ireland kan?"

Adam mengangguk. Mulutnya terbuka ingin mengatakan sesuatu. Namun, Harraz lebih licik mencuri tumpuan isterinya. Sengajalah tu taknak bagi Adam dan Marissa berbual.

"Sayang, suapakan abang mee goreng ni boleh? Abang laparlah, sayang..."

Tertawa kecil Marissa dibuatnya. Pipi Harraz dicubit lembut.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now