BAB 19 | DENDAM CINTA 2

6.3K 670 328
                                    

SHAFQI merehatkan tubuhnya di sofa. Segala sendi diregangkan bersama mata yang terkatup rapat. Sedikit lelah setelah seharian melayan Wafa membeli-belah. Bukan saja penat mengangkat barang-barang wanita itu, bahkan mentalnya turut semak dengan pelbagai soalan yang diajukan oleh isterinya.

"Who is she?" soal Wafa lalu mengambil tempat di sebelah Shafqi. Suaminya dipandang seakan mahu ditelan hidup-hidup.

Shafqi memekakkan telinganya. Malas dia mahu melayan dan menjawab pertanyaan Wafa. Lebih baik dia tidur.

"I'm asking you, Shafqi!" Oktaf suara Wafa meninggi. Disertai dengan satu pukulan kuat di lengan lelaki itu.

Berdecit kuat Shafqi dibuatnya. Mata terus dibuka. Iris hitam pekatnya tajam menikam wajah sang isteri. Bengang pula dia dengan Wafa ni.

"Perempuan mana pula?" Acuh tak acuh Shafqi bertanya semula. Walhal, dia yakin perempuan yang dimaksudkan oleh Wafa ialah Marissa.

Mendengus-dengus Wafa menahan sabar. Boleh Shafqi tanya siapa perempuan yang dia maksudkan? Takkan baru sejam dua balik, terus hilang ingatan lelaki itu? Huh, menguji kesabaran betul!

"Jangan berpura-pura tak faham, Shafqi. Siapa Marissa?"

"Kawan." Sepatah dan senada Shafqi menjawab. Remote televisyen di atas meja kopi diambil. Lalu, satu persatu siaran televisyen mula bertukar.

Terlepas tawa sinis dari bibir Wafa. Kepalanya digelengkan. Isi mulutnya ditolak dengan lidah. Shafqi bohong! Macamlah baru semalam dia kenal lelaki itu.

"You tak payah nak tipu I lah, Shafqi. Cara you pandang dia tadi, bukan pandangan seorang kawan. I tahu, you suka dia kan?" Wafa serkap jarang. Matanya membulat.

"Wohoo... Sejak bila you pandai menilai orang ni, hm?" Shafqi beriak sinis. Sengaja mengapi-apikan lagi hati Wafa yang sedia berbahang itu.

Buku lima dikepal. Kecil besar aje Wafa pandang Shafqi tika ini. Makin menyirap pula darahnya tatkala sengihan sumbing terlakar di wajah suaminya itu.

"Jangan nak perli I. Sekarang ni, you tak jawab lagi soalan I. Siapa sebenarnya perempuan tu? Ex girlfriend you... or perempuan simpanan you?" Sarkastik Wafa menyindir. Kalau Shafqi boleh bikin hatinya panas, dia juga boleh buat lelaki itu seribu kali panas daripadanya.

"Jaga sikit mulut you tu, Wafa. You ingat Marissa spesis perempuan macam you? Sanggup gadaikan harga diri kerana lelaki?" Sinisan dibalas sinisan. Shafqi tergelak melihat muka merah Wafa.

"Untuk soalan you tadi... Yes, memang I suka Marissa. Bukan setakat suka, tapi I sayangkan dia. Just to let you know, I dah kenal Marissa lebih lama daripada I kenal you. And I love her."

Hancur lebur hati Wafa. Bibirnya diketap. Tubir mata terasa hangat. Begitu bersahaja Shafqi berkata-kata tanpa sedikit pun mempedulikan perasaannya.

"Then, kenapa you tak kahwin dengan dia? Kenapa you kahwin dengan I?" Tersangkut-sangkut suara Wafa. Kerongkong terasa kesat untuk menelan liur.

Pap!

Remote tv diletakkan kasar di atas meja kaca itu. Berdenting bunyinya. Shafqi menoleh. Mata berkaca Wafa ditatap tanpa perasaan.

"Kalau tak kerana you, kita takkan berkahwin. And kalau you dengar cakap I, budak dalam perut tu takkan wujud. So, jangan tanya kenapa I berkahwin dengan you kalau you sendiri dah tahu jawapannya." Agak mudah dan lancar Shafqi mengenakan Wafa semula.

Memang betul. Perkahwinan ini takkan terjadi kalau tak kerana perempuan bernama Wafa itu sendiri. Seorang model terkenal di Perancis kini telah ditamatkan kontraknya dek keterlanjuran mereka berdua. Wafa tidak dibenarkan mengandung dalam tempoh kontraknya. Namun lain pula yang jadi. Kerana nafsu, diri sendiri yang merana.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now