BAB 20 | DENDAM CINTA 2

8.2K 757 314
                                    

ADAM menolak pintu wad yang dihuni oleh Harraz. Katil lelaki itu dihampiri. Kelihatan Harraz sedang nyenyak beradu. Sesekali, terdengar Harraz mengaduh sakit tatkala tangannya cuba digerakkan. Mungkin kerana perasan keadaan yang bertukar aneh, dia pantas mencelikkan matanya.

"Kau?" Dahi berkerut. Harraz memandang Adam yang tercegat berdiri di sisi katilnya. Tubuh lelaki itu lengkap berkot putih. Profesion seorang doktor.

"Kau macam mana? Dah okey sikit?" soal Adam, prihatin. Kerusi yang tersedia di sisi katil itu ditarik selamba.

"Okeylah cuma tangan aku kebas sikit." Harraz anggukkan kepalanya. Dia merenung kosong dinding wad itu. Kosong tanpa perhiasan. Begitulah hatinya kala ini. Sepi kerana penghuninya mula perlahan-lahan pergi.

Hening mengambil ruang di antara mereka. Tiada topik yang hendak dibualkan sebenarnya. Adam melawat Harraz ni pun kerana dia mahu memastikan lelaki itu baik-baik saja. Mujurlah tiada emergency malam itu. Kalau tak, memang seharian dia di bilik bedah. Ibarat hospital dan bilik bedah sudah menjadi rumah keduanya.

"Marissa betul-betul tunaikan kata dia. Aku ingatkan hati dia akan lembut bila tengok aku sakit. Tapi aku silap, Marissa dah berubah. Dia bukan lagi Marissa yang aku kenal," kata Harraz, membuka topik untuk dibualkan. Sesaat selepas itu, ada keluhan yang terbit dari bibirnya.

Adam cuma diam. Dia lebih selesa mendengar luahan lelaki itu. Di sudut pandangan matanya, Harraz benar-benar telah menyesal. Barangkali sudah sedar dengan khilafnya terhadap Marissa.

Tapi, itu kata Adam. Bagaimana pula dengan Marissa? Adakah wanita itu turut nampak perubahan ketara suaminya? Atau sengaja dibutakan mata hati agar tidak terjatuh lagi dalam dakapan si suami?

"Semuanya disebabkan aku, Adam. Anak-anak aku mati disebabkan aku. Hubungan kami retak pun disebabkan tuduhan tak berasas yang aku lempar pada dia. Semua ni berlaku berpunca daripada aku sendiri. Kau tengoklah apa yang aku terima sekarang ni. Kifarah atas dosa-dosa yang aku dah buat pada Marissa."

Harraz pejam mata. Ada satu titisan jernih mengalir di lekuk pipinya. Terkenang akan dosanya pada sang isteri dan anak-anaknya. Tanpa sedikit pun mempedulikan rasa malu kepada Adam, Harraz terus hanyut melayan perasaan. Dia tidak kesah kalau Adam mahu mengecopnya lelaki lemah.

"Memang apa yang kau buat pada Jasmine dah cukup melampau, Harraz. Kau bukan saja dera tubuh dia, tapi hati dan perasaan Jasmine sekali. Dua bulan dia dekat Ireland, aku nampak kesedihan yang dia tanggung. Setiap kali dia teringatkan kau, mesti Jasmine akan menangis. Mulut dia memang kata benci. Tapi jauh di sudut hati dia, dia masih sayangkan kau. Cuma kau kena faham satu perkara. Hati perempuan ni ibarat sekeping kertas. Sekali kau renyuk, kertas tu takkan sempurna macam bentuk asal. Luka tu memang akan sembuh. Tapi parutnya tetap ada sampai bila-bila."

Panjang Adam berhujah tanpa menemui noktah. Rahangnya mengeras tatkala kesedihan Marissa kembali terimbas di kotak memori. Setiap kali wanita itu berduka, dialah yang sentiasa memujuk. Sampai Adam rasa, kesakitan yang Marissa tanggung turut dirasainya bersama.

Harraz diam membatu.

"Kau pernah baca satu quote ni?" Adam hela keluhan kecil.

"A woman's heart is so pure. You can break her heart and she will still love you with every broken pieces."

Tajam sekali bicara Adam. Ia benar-benar menusuk ke jiwa milik Harraz. Berlegar-legar quote tersebut di mindanya. Telinganya berdengung-dengung sakit. Dada pula terasa mengetat.

"Tapi Marissa dah benci aku," jawab Harraz, menahan hiba.

Adam mencarik senyuman nipis. Bahu Harraz ditepuk beberapa kali.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now