BAB 36 | DENDAM CINTA 2

5.9K 401 99
                                    

     *Republished*

     DARI luar Adam dah dengar riuh-rendah dalam bilik wad Marissa. Berkerut dahi juga dia. Baru tadi keluarga Marissa beransur pulang. Nak kata Harraz yang datang melawat, tak mungkinlah semesra itu mereka berborak.

Tidak mahu berteka-teki lagi, Adam tolak daun pintu wad tersebut. Seraut wajah pada mulanya manis kini perlahan-lahan bertukar kosong. Sepasang mata bersabung tajam dengan iris milik seseorang yang melawat Marissa pada hari itu.

"Langkah kanan awak hari ni, Adam. Marilah sini. Diana ada bawa buah tangan untuk saya. Jom makan sekali," pelawa Marissa, menggamit Adam agar duduk bersamanya dan Diana.

Menggarit senyuman sinis di balik bibir Diana. Memang sengaja dia datang pada waktu begini. Kerana Diana tahu, Adam akan menjenguk Marissa setelah tugasnya selesai. Dan seperti yang dijangka, Adam kini berada di depan mata.

"Jomlah join sekali, doktor. Saya memang bawa lebih makanan ni. Nak juga bagi doktor rasa air tangan saya." Seperti semalam, gemeresik suara Diana menyapa halwa telinga. Bersinar bebola mata wanita itu.

Tiada alasan untuk Adam menolak lagi kalau Marissa sudah bangun dan menarik tangannya untuk duduk sekali. Berat langkah, namun Adam terpaksa akur juga. Nampaknya, situasi begini akan sering dihadapi pada masa akan datang. Memang Adam dah jangka, cuma dia saja yang belum bersedia.

"Awak nak makan nasi atau pulut kuning?"

Soalan Marissa dibiarkan sepi. Dia ralit menekur meja di hadapannya. Niat mahu mengajak wanita itu turun ke kafe untuk mengisi perut terus terbantut bila muka Diana yang menyapa pandangan dulu.

"Doktor macam tak sudi je nak makan masakan saya ni? Makanlah, doktor. Kecil hati saya kalau doktor tak makan. Kalau doktor dah kenyang, jamahlah sikit." Nada Diana kedengaran seperti berjauh hati. Senyumannya turut terpamer kelat. Lakonan Diana memang tip top.

Dalam diam, Adam merengus geram. Rahangnya juga diketap, tapi seketika cuma. Dia tak boleh tunjuk reaksi yang berlebihan di depan Marissa. Gusar menimbulkan syak wasangka buat wanita itu. Jadinya, terpaksalah Adam memaniskan muka.

"Nasi."

Marissa angguk lalu menuangkan nasi bersama ayam masak merah di pinggan Adam.

"Cik Ris tak nak makan sekali?" Diana mempelawa. Ekor matanya sempat menjeling senyap-senyap pada Adam. Sudut bibir membentuk senyum tatkala makanan yang dibawa akhirnya dijamah oleh Adam.

"Takpelah, awak makanlah dengan Adam. Saya kena jaga makan." Sopan Marissa menolak. Bukan mahu menolak rezeki, tapi Adam sendiri sudah pesan agar dia menjaga makan selepas pembedahan. Marissa perlu akur. Lagipun, Adam seorang doktor. Jadi, lelaki itu lebih tahu mana yang baik untuk pesakitnya. Berani nak bantah cakap sang doktor?

"Macam-macam awak masak ni ada apa-apa ke? Siap dengan pulut kuning lagi. Tak nak cerita dengan saya?" Laju Marissa merapat ke arah Diana. Lama tak berbusybody begini.

Ketawa kecil, Diana menunduk segan. Marissa memang pandai meneka. Tak rugi dia datang melawat wanita itu bersama agendanya.

"Tak ada apa pun sebenarnya. Cuma happy sikit sebab buah hati saya akan balik Malaysia tak lama lagi." Memerah pipi Diana ketika menutur ayatnya. Mendongak sedikit kepalanya melihat reaksi Marissa.

Tulikan telinga, Adam buat-buat tak dengar apa yang perempuan yang dianggap gila itu bicarakan. Fokusnya cuma pada nasi dan ayam masak merah yang diratah. Perutnya tiba-tiba berlagu riang. Rezeki depan mata tak usah ditolak. Yang penting, perut kenyang.

"Amboi, ada buah hati rupanya awak eh? Saya ingatkan masih solo. Bila encik buah hati nak balik tu?" Menyenget bibir Marissa tersengih. Air sirap di dalam jug dituang ke dalam cawan.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now