BAB 43 | DENDAM CINTA 2

1.9K 137 14
                                    

HAMPIR sebulan, Dee dan Damian tidak lagi pamerkan muka di hadapannya. Mungkin dek kesungguhan dia tempoh hari menghalau mereka berdua, cukup buatkan Dee dan Damian faham yang Marissa tidak mahu bersua muka lagi. Baguslah, dia pun tak perlulah sakit hati mendengar pujuk rayu Dee agar memaafkannya. Dan Marissa pun kembali hidup seperti biasa. Tidak ada apa yang berubah, cumanya hubungan dia dengan keluarganya mula renggang.

Kendatipun begitu, Marissa masih mengunjungi ke rumah orang tuanya dan bertanyakan khabar. Jika ikutkan marah, kakinya takkan jejak ke rumah banglo itu lagi. Tapi sebagai anak, tidak ada salahnya jika dia mengalah dan membuang ego. Lagipun, Datin Syarifah dan Dato Malik masih hidup. Dan selagi hayat orang tuanya masih dikandung badan, Marissa akan terus berjasa kepada mereka. Kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih.

"Hai akak!" Sedang asyik mengelamun, bahu Marissa ditepuk lembut. Farah, si adik ipar kesayangan tersengih-sengih memandang dia.

"Farah ni..." Menggeleng Marissa dek sergahan Farah tadi. Lengan gadis muda itu ditarik perlahan seraya menyuruh Farah duduk di sebelahnya. Agak lama mereka tidak bertemu sejak peristiwa itu. Dan semestinya ada rindu yang menggebu buat si adik ipar.

"Farah ingat Kak Ris dah taknak jumpa Farah dah." Tiba-tiba saja suara Farah mengendur. Air mukanya turut berubah keruh.

Bibir Marissa melekuk senyum. Rambut panjang gadis itu dibelai mesra. Walaupun Farah ini sudah terang-terangan adik kepada lelaki yang pernah menghancurkannya, namun kasih sayang Marissa teruntuk Farah sedikit pun tidak terhakis. Dia ikhlas sayangkan Farah sebagai adiknya. Kerana itu, Marissa masih punya nyali bertandang ke rumah bekas mentuanya.

"Farah ingat akak dah bencikan Farah sekali..." Farah menyambung lagi. Kalini makin perlahan nadanya. Bergetar seolah-seolah sedang menahan tangis.

"Hesy! Mana adalah..." Cepat-cepat Marissa menyangkal. Pipi gebu Farah dicubit lembut. Budak ni kalau datang manjanya memang tak bertempat. Asyik nak merengek dan menempel ajalah. Tapi Marissa tak kesah pun. Bahkan dia senang kerana mempunyai seorang adik yang manja.

"Habistu akak benci abang jelah?" Pap! Tebakan Farah mengena tepat ke tengah dahi. Rasa nak tumbang dengar pertanyaan gadis itu. Tak semena-mena lidahnya kelu. Err... apa patut Marissa jawab ya?

Bencikah dia pada Harraz? Mungkin ya. Kerana panas di hatinya belum surut. Luka yang ada ini masih segar berdarah. Hendak bertemu empat mata dengan Harraz pun rasanya Marissa tak sanggup. Bimbang lelaki itu menjadi amukan dia lagi. Jadi lebih baik tak payah. Namun kedatangan dia di rumah ini seolah-seolah membawa bala pada diri sendiri. Buatnya bertembung dengan Harraz, reaksi apa yang perlu dipamerkan?

"Tapi memang patut pun kalau akak benci abang. What he did was too much. Kalau Farah pun, Farah takkan maafkan dia." Amboi budak ni, nampak gaya macam dia pula yang paling tersakiti. Marissa mengulum senyum. Farah berpihak kepadanya kerana gadis muda itu sendiri tahu apa yang pernah Marissa lalui. Mungkin juga kerana simpati yang menebal.

"Mama mana?" Marissa ubah topik. Tak mahu nama lelaki itu mengetuk gegendang telinga lagi. Juga tak mahu Farah terus tanam rasa benci terhadap abangnya sendiri. Antara dia dan Harraz, tidak ada kena mengena dengan orang lain. Yang patut bengang, dia. Yang sedihnya, dia juga. Marissa yang perlu hadap semuanya sendiri.

"Keluar dengan papa. Sekejap lagi baliklah tu. Erm... Kak Ris..." Farah menyendeng rapat pada bahu Marissa. Ulas bibinya menyeringai lebar. Lengan Marissa diusap-usap dengan telunjuk jari. Adalah tu benda yang dia mahukan. Marissa menggeleng.

"Cakap ajelah, dik..." Pangkal hidung Farah dikepit dengan dua jarinya. Dah lama mereka tidak bermesra begini. Kali terakhir sewaktu dia masih lagi isteri Harraz dan tika itu hubungan mereka baik-baik saja. Acap kali juga Farah bertandang ke mahligai mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now