BAB 17 | DENDAM CINTA 2

6.5K 664 319
                                    

     SUDAH seminggu Marissa tak nampak Harraz. Sejak dia menghalau suaminya tempoh hari, lelaki itu tidak lagi menjenguknya. Jangankan batang hidung Harraz, bahkan bayang-bayang suaminya langsung tidak kelihatan di rumah ini. Marahkah lelaki itu terhadapnya?

Buat beberapa ketika, Marissa mengeluh. Salahkah dia berkelakuan kurang ajar tempoh hari? Menghalau suami sendiri sewaktu hujan sedang lebat di luar. Pula tu, boleh pula dia menuturkan ayat yang tidak sedap didengar oleh halwa telinga.

"Biarkan dia. Kalau dia mati sekalipun, Ris tak nak ambil tahu. Harraz dah tak ada makna dalam hidup Ris lagi."

Dahi dipicit kuat. Tertekan dengan keadaan yang menimpa diri mereka suami isteri. Dia bertindak terlalu kejam ke pada suaminya, Harraz? Atau apa yang dia lakukan terhadap Harraz masih belum dikira setimpal dengan apa yang lelaki itu sudah buat terhadap dirinya?

Ah, serabut sungguh! Sesak kepala otak dia memikirkan hal ini. Mulalah kepala berdenyut-denyut pening. Tekak pula mula terasa loya. Pasti kerana dia tidak makan ubatnya lagi. Lantaran itu, Marissa mengambil ubat di dalam tas tangannya. Pil bewarna putih itu ditenung. Entah sampai bilalah dia kena makan ubat tahan sakit ini. Sungguh, Marissa dah tak sanggup nak tahan kesakitannya ini. Belum kira dengan keadaan diri selepas melakukan kemoterapi. Sangat lemah!

"Ris... Boleh mama masuk?" Ketukan di pintu diselangi suara Datin Syarifah menyentakkan Marissa. Cepat-cepat dia meletakkan kembali ubatnya tadi ke dalam tas tangannya.

"Masuklah, ma," pelawa Marissa. Dia berdehem kecil tatkala mata disapa dengan batang tubuh mamanya. Senyuman manis dilemparkan.

"Ris, cuba tengok siapa yang datang." Tersenyum Datin Syarifah. Dia menoleh ke belakang sebelum memandang semula wajah anaknya.

Marissa mengerutkan dahi. Siapa pula yang datang? Harraz?

"Siapa ma?" soalnya.

"Jasmine..." seru satu suara. Adam mengulum senyuman seraya menapak ke hadapan. Keningnya sengaja dijongketkan. Terhibur melihat riak wajah Marissa. Nampak benar wanita itu terkejut dengan kehadirannya tanpa disangka-sangkakan.

"Adam?" Jelas sinar kegembiraan terpancar di wajah Marissa. Dia terus bangun. Lesap terus bayangan Harraz dalam mindanya tadi.

"Yup, it's me. Adam handsome." Adam ketawa. Suka sangat menyakat Marissa. Muka pula sengaja dikerekkan.

Memuncung bibir Marissa. Datin Syarifah sudah turun ke dapur. Marissa dan Adam turut turun dan duduk di ruang tamu. Senang. Lebih terbuka di situ.

"Rindu saya tak, hmm?" Adam meredupkan pandangannya. Dia menongkat dagu sambil merenung wajah Marissa. Hampir satu minggu tidak berjumpa dengan wanita itu, sudah pasti bibit-bibit rindu menyusup ke dalam hatinya.

Memerah kulit muka Marissa. Apatah lagi Adam merenungnya tidak berkelip. Entah kenapa, sekeping hatinya bergetar halus.

"Tak." Sepatah Marissa berkata. Isi mulutnya digigit.

Adam sembunyikan senyumannya. Melihat tona yang makin merah itu, makin galak dia mahu mengusik.

"But, I miss you..." Satu kenyitan mata dihadiahkan.

Zup!

Macam ada panahan tajam yang memanah ke hati Marissa. Panas membahang mukanya kala ini. Cepat-cepat Marissa mengalihkan wajahnya ke tempat lain. Dia berpura-pura menjengah ke dapur mencari Datin Syarifah.

"A lot," sambungnya. Jujur dari hati, Adam benar-benar merindui wanita itu. Tak pasti sama ada Marissa merasai rasa yang sama atau tidak.

Fuh, makin kuat paluan jantung Marissa. Kalau dibiarkan, mahu tercabut tangkai jantungnya ini. Oh, tidak!

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now